Monday, October 31, 2011

Ceritera memasak...

Mak mentua aku boleh kata terel masak segala jenis kuih-kuih dari yang senang-senang sampai yang aku rasa nak muntah darah kalo kena tolong dia, sebab sangat komplikated kronologi pembuatannya bagi aku. Aku memang respek dengan tahap kebersungguhan mak mentua aku dalam bab masak-masak ni. Bahan-bahan masakan dia pun sangatlah alami dan mesra alam gitu. Kunyit tanam sendiri, jemur dan kisar sendiri. Cili kisar buatan sendiri, tak pernah beli yang siap kisar dari kedai. Lagi satu kopi. Kopi tanam sendiri, petik, jemur. Goreng kopi campur gula, masak berjam-jam dari pagi membawa ke tengahari. Tinggai nak mesin saja bawak pi kedai. Hasilnya, bikin anak menantu ketagih minum kopi original buatan tangan. Itu mak mentua aku. Kalo nak bandingkan tahap keterelan aku memasak dengan tahap kepakaran yang dimiliki oleh mak mentua aku dalam bab masak memasak, memang aku kelauttt. Sedikit sebanyak, bakat memasak mak mentua aku ni turun pada En.WTT.

Ini pulak mak aku. Mak aku bukan tak terel masak, tapi dia pun macam aku jugak. Telan apa ada, guna mana boleh. Bahan-bahan masakannya tidak terikat dengan resepi. Kalo takdak bahan A dia ubahsuai bahan B, yang penting jadi lauk. Bab memasak dia memang tak beria-ia pulun. Hadap buku resepi jauh sekali. Tapi percayala, apa saja yang mak aku masak bila aku telan, rasanya sungguh sedap. Bagi aku, paling sedap di cakerawala ini walaupun selalu sangat masakannya ringkas-ringkas sahaja seperti ikan tamban masin masak asam, letak bawang banyak-banyak. Pendek kata teori masakan ibu adalah masakan tersedap dalam donia adalah betul untuk semua anak-anak. Anak mana yang tak pernah puji mak dia masak sedap? Kalo nak dibandingkan kebolehan aku memasak dengan mak aku, aku dok tepi-tepi laut kot. Boleh gitu ?

Dan aku ? Aku takdak asas memasak yang formal. Mak aku ajar masak hanya untuk ikhtiar hidup saja. Masak air, masak nasik, masak megi (yang ni mak aku tak ajar, aku tengok dalam iklan TV). Goreng ikan, goreng telur. Menggulai ringkas-ringkas dan adalah satu dua resepi masak lemak, sebab aruah ayah aku suka masak lemak. Naik sekolah menengah aku bangga pandai masak mee goreng, belajar dari kelas subjek Kemahiran Hidup untuk part Ekonomi Rumah Tangga atau singkatannya E.R.T pada masa itu. Masa tu aku bangga aku boleh memasak. Maksud boleh memasak dan terel memasak adalah dua benda yang berbeza ya abang kakak. Dan dengan asas masakan yang sangat basic itulah aku mendirikan rumahtangga. Mak aku kata tak perlu malu tak tahu memasak. Memasak tu salah satu proses pembelajaran, kita akan belajar hari-hari. Tak perlu lengkap segala ilmu memasak baru layak berumahtangga. Kepandaian memasak seorang perempuan yang ingin berumahtangga adalah tidak sepenting kemampuan seorang lelaki, iaitu tidak tertandingpun dengan kepentingan dan kemampuan seorang lelaki samada mampu atau tidak mengimamkan solat anak isterinya bila berumahtangga. Auuuuwww, best kan mak aku ? Kekeke.

Dan, bila aku memasak sesuatu yang luar dari kebiasaan menu rutin. Harusla aku bangga dan rasa sangat chef-chef gitu. Padahai apa yang aku masak tu, buleh kata separuh rakyat Malaysia ni dah khatam lama pun. Kritikal dak perasaan aku tatkala ini ?



Puding Biskut Mak Izzati Blok B3


Ini adalah puding biskut. Aku namakan ia Puding Biskut Mak Izzati Blok B3. Kenapa ia bernama sedemikian, kerana aku blajaq buat puding ni masa pi beraya kat umah opismet ku yang bernama Izzati. Kebetulan dihidangkan menu ni, sebab sedap sangat.. aku makan berpotong-potong. Tuan rumah mungkin jeling-jeling, nyesal offer makan sampai tak ingat tuan rumah. Hahaha.. macam biasa aku membuat fitnah melulu tanpa usul periksa. Dan kerana dah makan berpotong-potong puding ni, rasa bersalah datang menerpa. Lantas, aku mintak resepi time tu. Sangat beria-ia time mintak resepi macam malam tu jugak nak balik buat kaedahnya.. Tapi pecayalah, hampir dekat dua bulan kemudian barulah terealisasi. Dan hasilnya, aku kagum. Sungguh tak percaya aku masak jadi macam ni. Pada sudut pandangan aku, sangatla perfek kejadian puding ni. Kalau tak setuju, dok diam-diam. Berilah mak peluang menciwi di blog sendiri. Wakakakak.. Kau ada ??

7 comments:

haya_yaya said...

Aihh...uluq2 la resepi..takkan nak menjamu tekak sndri jer..ailio ni sape nak jawab der..;p

Naja said...

Sabaq haya, Resepi lain entry... :)

Nur Aini said...

ain pulak kalau dh reti buat sesuatu, sampai muntah ijau ain akan buat...haha

marstories said...

wahh...aku kagum :)

Laxmi said...

adoiyai teleyo aku ko wat.. sibbaik aku kenyang tahap monster skarang.. hikkss

Naja said...

Ain - samala, ulang buat sampai orang lain muntah darah.. kekeke

Rini - ahakkkksssss... ;)

Laxmi - Resepi paling mudah abad ini.

yati said...

ermmm.. nampak shedap... nak shikit...