Thursday, October 13, 2011

Current Account.


Ini kisah benar seorang aku. Atas sebab-sebab peribadi aku pi Cimpeng, bukak current account @ akaun semasa. Pegawai khidmat pelanggan yang bertugas, memang mesra. Nak bukak current akaun tak payah beratur tunggu giliran. Cakap dengan pegawai bertugas di depan kaunter nombor, terus dapat giliran. Tak macam sebelum ni juga di Cimpeng, hampir sejam jadi tukun untuk urusan ‘Western Union’, bila sampai giliran “Maaf puan, Western Union offline hari ni!”. Arghhhhhhhhhhhhhh !! Mak stress !

Sambil isi borang, dialog beginipun terjadi di antara aku dengan pegawai khidmat pelanggan yang bernama Hartinalofa (bukan nama sebenar) itu :

PB : Puan memohon buka akaun semasa untuk tujuan apa ya?”.

Aku : Errr.. urusan peribadi saja.

PB : Ok saya catat peribadi. Atau mungkin puan nak buat bisnes ke ?

Aku : Tak, memang untuk urusan peribadi.

PB mencatatkan sesuatu. Lepas tu taip sesuatu kat komputer dia. Dan…

PB : Puan, urusan peribadi urusan apa ya Puan ?

Aku : Alamak, kena tulis ke urusan peribadi tu urusan apa ?

PB : Ya, puan. Memang prosedur kami macam tu.

Aku : Kalau dah kena bagitau, tak jadi peribadi lagi la.

PB : Saya memang kena isi form untuk sebab-sebab peribadi.

Aku : You tulis je lah peribadi.

PB : Tak boleh Puan, saya mesti tulis sebab-sebabnya. Ikut prosedur.

Aku : Kalau saya bagitau, you nak tuliskah ?

PB : Mesti. Memang wajib saya isi dalam borang permohonan

Aku : Ok you tulis macam ni, sebab-sebab kenapa saya nak bukak akaun semasa ialah saya saja nak feeling orang kaya-kaya boleh sign buku cek sendiri.

PB : Errrr…. Okeylah saya letak urusan peribadi!.

Haaa… bolehpun ! Prosedur la sangat. Kah kah kah !

6 comments:

Laxmi said...

wakakakkakakkakka.. padan muka dia sbb tanya soklan bangang!!!! I LAIK!!!!

AMIRZA said...

muahahaha... wakakakak (aku gelak guling2 ala icon YM)

FAIMAL said...

hahahhahahahahaahahhaqha.... bagus jawapan kawan aku ni... aku pun nak feeling-feling org kayalah

aNNie said...

hAHAHA.. lucu lah kak naja..

TiNiE said...

wahahaha...sesuai ngan muka dia...

umieliza said...

hahahah.. nak sangat tau urusan org.. dah bgtau.. taknak tulis plak..