Thursday, October 20, 2011

Tiada Yang Kekal...

Dslr yang pertama dalam hidupku, yang bertajuk Panasonic Lumix FZ40 sudah hilang Jumaat lepas. Bagaimana ia hilang sudah tidak menjadi penting lagi. Akupun takmo nangis walaupun pada awalnya, ada rasa sedikit kiciwa. Sebab baru beli dan baru je nak belajar-belajar cemana mau amik gambar cantik. Tapipun diakhirnya aku terpikir balik, kalo kecewa, nangis gulung-gulung pun takkan datang balik benda yang ilang itu. Benda bersifat baharu memang macam tu. Tadak yang kekal. Makanya redho aja dengan takdir Ilahi. Tapi, kalo aku tau siapa pelakunye, siap kau.. awasss, aku akan pancung telur ! Telur ayam tengah banyak kat rumah aku sekarang, semalam beli sepapan dari Ekonsave.. kelauttt !

Sebabnya, dalam dslr itu masih ada gambar-gambar raya hari tu yang belum sempat dimuatnaik ke dalam lappy. Gambar bersama keluarga , merakam kemeriahan Aidil Fitri yang datang hanya setahun sekali. Pujuk hati sendiri, tahun depan raya lagi. Boleh amik lain gambar sekeluarga anak beranak, ipar duai segala.. Tapi tema raya haruslah berlainan dari tahun ini. Tahun ni purple. Tahun depan mungkin, oren. Memang takkan sama!

Lain-lain gambar yang turut lesap bersama dslr itu boleh amik lagi gambarnya kan, contoh macam WTT dengan obsesinya terhadap bas.. mungkin lepas ni jalan-jalan jumpa lagik bas sekian-sekian, ulang snap. Hanya tinggi rendah kebarangkalian untuk jumpa balik bas yang sama itu aku taktau. Kasian WTT.

Selain dari tu takde la gambar apa sangat kecuali, hmmm.. aku rasa ada satu gambar dubur kucing yang telah tak sengaja disnap oleh Rumaisa masa kat kampung (anak dara aku tu, ada hati juga mau jadi jurugambar propesenel). Arhhh, hanya gay gersang saja yang minat dengan gambar-gambar dubur ni. Pendek kata patah tumbuh hilang berganti, mungkin ada rezeki depan-depan aku leh beli ganti.

4 comments:

sweetluvardini said...

akak,bila tarikh dia hilang?pastu nti ada kiraan dia,dlm kiraan islam, ada akak kat ofc ne ajar sekiranya brg hilang,samaada dia ada tersorok,org pinjam atau mmg bnda yg hilang itu akan kekal hilang.nti sy bgtau akak cmne nk kira klu sekiranya ada brg hilang.

marstories said...

ya Allah naja..yer ke? emm...tarik napas panjang aku. dah xde rezeki mungkin. InsyaAllah..mungkin Allah nak memberikan sesuatu yang lebih baik nanti. Redha & bersabarlah yer..

p/s: patutlah suara hang mcm x bersemangat masa aku tepon hari tu..now i know why.. :(

Naja said...

sweetluv - ilang dalam keta kena pecah masuk, diumpil time hubby g solat jumaat kat cheras.

rini - oooo sayang, bukan sebab tu aku tak bermaya. aku kena control suara sebab pintu bilik boss aku terbukak besaq time hang tepon tu... mak harus kaver kejelitaan mak di situ. kekekeke

TiNiE said...

loorrh, awat aku tak tau pon...
adehla, lebih kurang sama gakla nasib kita nih..sobbssss. pasrah n redho!