Serious aku
tergelak sendirian, membaca di mukasurat dua Utusan Malaysia, ruangan Cerita
Kaki, Ringkasannya lebih kurang macam ni :
Malas Buat Kerja Sekolah, Murid diberi ‘Anugerah’. Kejadian ni kat Arizona, USA sana. Seorang Cikgu memberi ‘Anugerah Bencana’ kepada seorang murid perempuannya Cassandra Garcia, 8 tahun kerana sering memberi alasan apabila diminta menyiapkan kerja sekolah. Anugerah Bencana ni siap dengan pakej sijil dan diberi semasa perhimpunan sekolah.
Bukan apa
kalaulah cikgu aku kat sekolah rendah aku dulu
(lebih kurang 26 tahun yang lepas) ada idea buat macam ni, aku rasa tiap-tiap tahun aku dapat Anugerah
Bencana ni. Zaman budak-budak kan, memang gila nak main itu ini. Memang masa tu takde iPad, tab bagai ni. Tapi hakikat godaan dan tarikan untuk tidak
menumpukan pada kerja sekolah dan kerja
rumah yang dibekalkan oleh cikgu-cikgu tu sama saja kuatnya, cuma cara saja
yang berbeza. Hasilnya kerja yang cikgu
bagi untuk siap di rumah memang terbengkalai.
Kadang-kadang buat sikit, kadang tak buat langsung. Kadang-kadang tulis sebaris ayat baru, kawan
dah datang bagi salam ajak main macam-macam.
Godaan tu wei !
Dulu kerja
rumah yang cikgu bagi, aku suruh sorang rakan kelas ni buat. Nama dia N.
N ni budak lelaki yang selalu dapat nombor tercorot dalam kelas. N memang agak perlahan kebolehan membaca dan
menulisnya. Dan aku buleh kata kerap gak
la pagi-pagi sampai sekolah terus bukak buku latihan letak atas meja dia. Bukan apapun, cuma salin satu perenggan dari
buku latihan dan isi dengan perkataan-perkataan sesuai. Aku sebut dia tolong tulis dan isi jawapan. Jawapan dia yang salahpun aku tolong betulkan
dengan syarat “hang tolong buat kerja sekolah aku”. Hahaha. Kadang-kadang memang ada rasa bersalah. Tapi kan, ada hikmahnyer jugak wei
berbulan-bulan lepas tu N mai bagitau aku dia pandai menulis laju sebab aku dok
paksa dia buat kerja sekolah aku. Kira macam dia buat latihan berganda la. Dari
rasa bersalah terus aku rasa haaaaaaaaaaa… kalau aku rajin buat, belum tentu N
pandai menulis. Padahal yang sebenarnya itu adalah usaha gigih N ! Kehkehkeh..
Lagi satu, masa
kat sekolah rendah dulu dalam kelas ada macam satu ‘game’ yang sangat fofular
iaitu game ‘rubber’. Rubber ni singkatan
untuk getah pemadam bagi budak-budak belah Utara sana. Lain-lain negeri aku taktau panggil apa. Bukan game raba ya, yang tu nak kena penendang
masuk longkang kasik patah belakang ! Game getah pemadam ni kaedah permainannya
sangat senang yakni pulun jentik-jentik
getah pemadam tu sampai masuk gol. Selalunya
4 orang main bersama, paling koman pun main berdua. Kalau main sorang-sorang namanya gila babi
tak tahuan hala. Gol tu ialah tangan
kawan hang dari kumpulan berempat atau berdua tadi. Hadiahnya ialah getah pemadam yang berjaya dijentik
masuk dalam gol. Masa mainnya ialah di
antara pertukaran matapelajaran, sementara cikgu yang lain masuk kelas. Jadinya,
jangan hairanla kalau hari ni getah pemadam hang ada dua ketoi, esok jadi lapan
ketoi. Lusa tinggal seketui, tulat
mungkin dalam pencil case takdak barang seketui pun sebab semua sudah tergadai.
Okey, ini mungkin merungkai sedikit
misteri kepada mak ayah zaman sekarang yang ramai merungut hairan getah pemadam
anak-anak depa hilang. Tiap-tiap hari
hilang. Beli satu pun hilang, beli 10 pun
hilang. Kalau tak beli langsung, ajaib plak bila tiba-tiba anak-anak bawak
balik dua tiga ketui pemadam, kadang-kadang seplastik. Sedangkan duit bekal tak berkurang. Mungkin game ini masih wujud kat sekolah
anak-anak tuan dan puan. Sila ‘CSI’.
Meraban ntah
ke mana hala tapi cerita pemadam ni ada sangkut paut dengan Anugerah Bencana
tadi la, getah pemadam mungkin salah satu sebab kenapa anak-anak takdan buat kerja sekolah pada waktu
senggang. Ni untuk anak-anak hyper jer
kot, sebab mengikut pengamatan aku la anak-anak yang berdisiplin, yang tekun membuat
kerja sekolah ni takdenya dia nak terjebak dengan game pemadam ni segala.. Hehehehe.
Sekian,
repekan ablasa mak di Jumaat yang mulia.
4 comments:
Gila brutal paksa anak orang yang buat kerja sekolah. hahaha
Lizzie - Pembuli rakan sebaya kaedahnya, ya ampunnn.. mak sudah taubatannasuha !
aku dulu kak main nama negeri. siap ketagih2. elok cikgu masuk berenti sat. hati perut tergedik-gedik tak sabaq cikgu habih mengajaq.
tapi tang suruh org buat keja sekolah tu, memang tabik. terus aku bayang hang macam rumaisa masa kecik2 dulu kak. hahahaha
Rai - Nama negeri hat bermula dengan huruf a to z tu ka ? kalo hat tu aku pun kategori penagih tegar gak la.. sapa menang hadiah dia cekelat kendos sekeping.
Post a Comment