Thursday, July 5, 2012

Perfume (s)


Aku jarang-jarang beli perfume.  Tahap kejarangan membeli perfume itu  itu adalah sangat jarang.  Beli bila betul-betul berkenan sahaja.  Perfume pertama yang aku beli ialah The Spirit of Moon Flower keluaran Body Shop pada tahun 2006.  Tapi sayang sampai sekarang Body Shop tak keluarkan dah wangian ni.. memang wangi tahap aku buleh sengih sorang-sorang.  Gila wangi.  Harganya pun tak mahal, dalam lingkungan RM49.90.  Beli sebotol, bertahun aku guna.   Sebab aku jarang-jarang sembur perfume sebenarnya.   Bila dah dekat nak habis tinggal lagi sikit, kiranya dalam botol tu masih nampak sisa-sisa maka akupun berhenti pakai cukup setakat boleh tengok baki-baki dalam botol jadilah.  

 
The Spirit of Moonflower yang tersangatlah wanginya

Perfume ke dua ialah  Beautiful Sheer  dari Estee Lauder.  Beli pada tahun 2008 dekat Parkson Grand, Alamanda.  Parkson ni dibuka selepas  beberapa tahun Alamanda dibuka.  Kalau tak silap aku.  Ceritanya macam ni, masa tu Parkson Grand baru buka di Alamanda.  Jadi akupun rajinla pegi bertawaf ke sana dan bila ada peluang mencuba  perfume yang dijual kat sana, hati terpaut sudah dengan kewangian Beautiful Sheer ini.  Namun oleh kerana harganya yang sangat mahal pada aku, niat nak membeli tu ditangguh berbulan-bulan lamanya sampaikan ada part gaji aku yang aku tolak tepi semata-mata nak beli perfume ni.  Gigihkan mak ? Hehehe.  Sebulan RM50 aku simpan, cukup bulan ke empat hati sudah tidak menahan, mintak En WTT tambah.. Maka dapatlah perfume tu sebotol.  RM270.  Gila. Ok pada aku memang gila sebab aku tak pernah beli perfume semahal tu. 

Dengan Beautiful Sheer ni aku sempat pakai satu hari saja dan pada hari kedua, nak dijadikan cerita di awal-awal subuh bila buka lemari demi terpandang saja botol Sheer Beautiful ni, terdetik rasa benci yang sungguh mendalam.  Sepertinya aku dan Beautiful Sheer ni pernah ada sejarah hitam di masa silam.  Ku pendamkan jua.  Entah mengapa.  Daripada dok rasa wangi macam di kayangan, terus rasa bau longkang yang tak terhingga.  Sehingga sampai satu tahap bila pandang  botol pun sudah tak mampu membendung rasa benci yang menjadi-jadi.  Rupa-rupanya ini adalah pembawaan.  Mak disahkan mengandung anak sulung selepas sehari membeli Beautiful Sheer. Kehkehkeh.  Ok, kita salahkan pembawaan.  Serious aku benci dengan perfume ni sampaikan bila terfikir botol perfume ni ada kat dalam rumahpun, mengundang seribu keresahan.  Akhirnya, aku jual kat kawan aku yang kebetulan tengah himpun duit jugak nak beli perfume yang sama.  Sudahnya   setelah baru sekali sembur  maka Beautiful Sheer ni bertukar tangan.  Aku jual dengan harga RM200.  Okey, selesai sudah beban hati emosi mak nih ! 


Benci bilang cinta punyer perfume !

Lepas tu aku beli koleksi perfume keluaran Body Shop.  Harganyapun masih dalam lingkungan kemampuan untuk rakyat berpendapatan sederhana seperti aku. Hehehe. Antara yang menarik ialah Moroccan Rose, Neroli Jasmine dan beberapa lagi.  Perfume Elianto pun buleh tahan wanginya jugak.  Itupun ada yang aku simpan, ada yang aku bagi kat kawan-kawan dan jugak bibik-bibik Rumaisa dan Rasyid terdahulu.  

Moroccan Rose – bau ros keras banget !
 

Sensation by Elianto – kejap wangi, kejap busuk !


Pada tahun 2009, sekitar bulan Mei aku pergi berkursus di Langkawi.  Beli pulak sebotol Luscious Pink by Mariah Carey.   Tersangat wangi.   Alasan beli adalah untuk meraikan diri sendiri.  Alasan yang selalu digunakan bila membeli sesuatu yang tidak termasuk dalam senarai bajet tahunan. Heheheeh.  Pakai beberapa kali dan peristiwa samapun berulang.  Kebencian meluap-luap pada satu ketika.  Tapi tak terasa nak buang.  Cuma aku bungkus botolnya dan lempar masuk stor.   Selepas bersalin ke Rasyid, bila nak guna sudah rasa tidak serasi dengan jiwa keibuan mak ini.   Akhirnya daripada terbiar tidak berguna, aku berikan pada seorang rakan.  Wangi katanya.  Ok takpa, pakailah dari terbuang begitu saja. 


Sudah bagi kawan !


Lepas pada tu aku guna Johnson’s Baby Cologne saja.  Baupun sesedap rasa, lembut gitu.  Dari mak ke anak, baupun sama saja. Keluarga bahagia.   



Hinggalah akhir tahun lepas, masih lagi di Alamanda kejadiannya.  Menjengah butik  Yves Rocher, terpaut pada satu harumannya yang bertajuk Flower Party.  Wangi.  Sangat manis baunya.  Bulan 11 tahun lepas aku beli.  Macam biasa, Flower Party ni dikongsi semua anak beranak termasuk Rasyid dan Rumaisa.  Lepas mandi dua ketui anak ni akan sembur-sembur dan bersantai di rumah sambil memuji sesame sendiri akan kewangian masing-masing.  Baby cologne yang aku belikan untuk depa sempena birthday masing-masing langsung takmau sentuh dah.  Tak wangi katanya.  

Yves Rocher – Flower Party.   
Sangat wangi.. semerbak bau bunga dan aroma manis-manis.
 

Seterusnya dua minggu lepas aku pi Langkawi kerana berkursus.  Jengah kedai perfume, teruja dengan Harajuku Lovers – Love dari Gwen Steffanie tapi kerana belum gaji maka niat untuk membeli ku pendam jua.  Alih-alih beli sebotol miniature Anna  Sui untuk diri sendiri.  Dan sebotol Provocative Woman by Elizabeth Arden untuk bibik, sempena birthdaynya yang ke 30 pada 22 Jun lepas.  Bibik teruja, hampir nak menangis.  Kerana katanya ini adalah perfume yang pertama yang dia mampu miliki sepanjang hayatnya.  Sadis.

Harajuku Lovers by Gwen Steffanie - hasrat terpendam.


Miniature Anna Sui – Live Your Dream

 
Provocative Woman by Elizabeth Arden – hadiah untuk besday bibik

Semalam pergi Parkson, jalan-jalan.  Promoter bagi try haruman Pulse dari Beyonce dan Can Can daripada Paris Hilton.  Owhhhh terus jatuh cinta.  Gila yang tiada titik noktah. Gila perfume pulak mak akhir-akhir nih, sebelum ni gila Tupperware.  Gila Corelle.  Gila kasut.  Gila handbag.  Gila buku.  Gila DIY.  Gila nak menjahit.  Kegilaan yang datang secara bermusim dan semoga tidak berpanjangan.  Ahhhh, jadi perempuan memang banyak cabang gilanya !

 
Beyonce Pulse – wangi  owhhh ! 

 
Paris Hilton Can Can.  Meroyan dibuatnya !

4 comments:

TiNiE said...

sudahnya melambak gak koleksi perfume hang naja weiii.

ya wanita punya bnyk kegilaan...hu3

Naja said...

tak melambak tini.. sebab dah pas-pas kat kengkawan dan bibik-bibik. yg betul-betul ada kat aku skarang cuma dua tiga saja.

yang aku tengok semalampun baru dalam proses bercita-cita dan bercinta-cinta nak beli. heheh

Laxmi said...

bole jadi geng aku naja.. byk perfume aku kat rumah tapi still tak puas ati.. huhuhu.. nak gak carik lancome miracle (nak org belikan actually.. kahkahkah)

Naja said...

Aku tiba-tiba tingin minyak telon cap Bebiku nih Lax.. bau dia sedap sungguh terasa bagai dilangir2 rempah gitu. Hahahah