Aku tak tau
nak mula dari mana cerita ni. Kiranya
macam takdak mukadimah pembuka cerita la yer.
Ada masanya mukadimah-mukadimah bagai ni tidak menjadi sesuatu yang
penting sangatpun. Adakalanya bermukadimah bagaipun, ke laut jua perginya. Terus
tulis saja apa yang terlintas di kepala sajalah. Haaa, kan tak pasal-pasal dah dapat
seperenggan pembukaan dalam dok kata tak tahu dari mana nak mula.
Macam ni
cerita dia, sehari sebelum berpuasa hari tu aku pi Alamanda. Masih dengan tujuan utama membeli-belah di
Kafur tercinta selain bercanda di GSC.
Tiba-tiba terasa nak pi toilet. Masuk kat dalam tu adalah sorang kakak cleaner
tengah mop-mop lantai, ada dua tiga batang pengemop bersimpang-siur di
lantai. Jadinya aku tolak pintu toilet
yang paling dekat dengan aku. Aku masuk
tapi cepat-cepat keluar balik. Entah
siapalah agaknya yang termeninggal dunia sebelum sempat tekan butang ‘flush’. Tersergam megah ‘sisa submarine’ dia dalam
perairan mangkuk tandas tu. Memang tahap
mangkuk, takda kesedaran sivik langsung !!
Aku beralih
pi ke toilet yang kedua. Aku perasan
kakak cleaner tu pun sudah jeling-jeling sama aku. Jangan tuduh aku sudah ! Bila dah setel urusan-urusan duniawi aku kat
dalam tuh, aku pi kat sinki, tujuan utama nak sengih-sengih kat cermin tengok
gigi. Tengok gigi tanpa sebab. Dah jadi
habit aku, lepas berak tengok gigi. Bagaikan
hang berak pakai gigi.. ye dak? Kekekekeke.
Ok, tabiat manusia ni kadangkala pelik-pelik. Lantakkan di situ asal tidak menyusahkan
orang lain sudah.
Masa sengih-sengih
tengok gigi ni ler, sekumpulan 5 remaja pun masuk. Suara riuh rendah. Entah apa yang hepi sangat taktau la. Masuk toilet jer pun, lain la kalau macam
pestaim pi konsert Justin Bieber ke ada gak la lojiknya untuk depa berhepi-hepi
sedemikian rupa. Pastu salah sorang dari
depa masuk la toilet yang pertama tadi pastu
terus terjerit-jerit histeria.
“Euuwwwww,
wei korang-korang.. sapa berak tak flush nih. Geli! Geli” jerit yang tudung lilit-lilit
polka dot.
“Ada taik ke? Kih., kih..kih..”
tanya sorang lagi kawan dia.
“Ya lewww! Kuwang hajau mak dia tak
ajar cecare guna tandas kot. Korang
tengok nih…” ujar si lilit-lilit polka dot.
Depa ada 5 orang. Dan aku heran sungguh, sangat-sangat
heran. Kelima-limanya pun pakat menderu
jenguk kepala kat dalam toilet tadi tu semata-mata nak tengok taik macamkan
selama hayat ni tak pernah tengok.
Lainlah kalau ada sapa-sapa tergugur anak dalam tuh, kira rare lah jugak. Dah tengok, suasana jadi bertambah riuh-rendah. Adohaiiii…
“Tekan jerla
flush tu dik !” aku pun terbagi arahan serupa aku ni kakak kawasan pulak.
“Eh tak nak
le kak, bukan taik kitorang.. Euuwwwww.. jijik arrr !” jawap yang tuduh merah
plak. Ramai-ramai gelak riuh rendah
lagi.
“Yang
ramai-ramai pi dok tengok tak jijik plak.. ish ish ish..”.
Maka akupun
dengan sukarela pi la tekan flush button
tuh. Habis masalah jijik dan geli
tadi dibawa pergi ke saluran kumbahan.
Adik-adik tadipun keluar. Aku
plak berpatah balik ke sinki nak basuh tangan, kerana terdetik jugak rasa geli
wehhh. Wakakakaka!
Tetiba kan….
“Emangnya
udah lama di situ. Aku biarin aja nunggu
kalau ada yang nyobain ngilangin iya, pasti dialah orangnya” ujar kakak cleaner
tadi dengan penuh yakin dan bersemangat patriotik sekali ucapannya.
Oh, kau
tuduh aku yang berak di situ? Ingat aku
tak faham ? Hampeh sungguh…
“Bukan saya
berak situ kak. Saya punya warna
hijau-hijau sebab malam tadi banyak makan sayur-sayuran…” kataku pula.
“Sintinggggg..!”
kakak cleaner tadi tuduh aku gila plak.
Aku keluar
dari toilet, senyum jer lah. Buat baikpun
salah. Dan oh ya, aku bukan jenis yang
takjub dengan taik sendiri, nak kelebek kot ada sayoq ka ada pokok balak ka
yang aku makan malam tadi telah terhadam ataupun tidak.
Saja je aku usik kakak cleaner tuh. Kehkehkeh
Salam Ramadhan
untuk semua. Sori entry tak relevan
langsung dengan Ramadhan yang mulia ini.
3 comments:
he he he..
hang menceriakan pagi ku kak..
adoyaiii naja.. spichles mak! hahahaha
wakakakak gilerrr lah.
lama baru aku paham apa relevennya tahi-ti...kehkehkeh
Post a Comment