Hari itu
masa berkursus di Langkawi, ada beberapa hari aku ambil cuti meluangkan masa dok kat
kampung. Best tak terkata. Kalau aku ada kuasa ajaib, mau saja aku
angkat bangunan tempat aku kerja ni pindahkan betul-betul di tepi rumah emak
kat sana supaya aku tak perlu balik ke Putrajaya lagi. Bukan aku tak bersyukur bekerja di Putrajaya
yang agak kurang sesak trafiknya, tapi sungguh jiwa aku nun sentiasa di kampung
halaman tercinta…
Macam biasa,
intro harus syahdu baru le ombak rindu kaedahnya. Okeh entry kali ni kurang cerita tapi ada
gambar-gambar.
Kat kampung
hari tu, aku sempat bawak anak-anak pegi ke satu resort stail kampung-kampung. Serendah SiKebun Bunga Holiday Homes. Resort ni terletak lebih kurang 10km dari
rumah aku. Dekat aja tapi aku tak pernah
masuk merentas sampai ke dalam-dalam kawasan resort ni. Pernah jejak kaki sekali masa tahun 2004,
sekadar melihat-lihat kawasan sekeliling dari depan pejabat resort sahaja.
Resort ini
diusahakan oleh pasangan suami isteri, Dato’ Dr. Wan Azmi Ariffin dan isterinya
Datin Sofiah. Suasana sunyi dan ditemani
dengan bunyi-bunyi unggas sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menyukai
percutian yang berkonsepkan alam semulajadi sambil ditemani dengan kedamaian
hutan. Boleh juga memancing atau mandi
di anak sungai yang mengalir di tepi resort ini atau mendaki bukit di belakang
resort ini untuk melihat keindahan dan kepelbagaian flora dan faunanya.
Harga untuk
menginap di sini pada aku sangat berpatutan tengok kepada jenis bilik, dari serendah
RM60 semalam sehingga RM100 bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Ada juga jenis dorm untuk disewa
beramai-ramai sekiranya mau berparti liar. Untuk maklumat lanjut boleh melawat di sini http://www.wanazmisik.com/serendahsik/
atau boleh saja call Datin Sofiah kalau mau bertanyakan apa-apa iaitu
di talian 0136650999. Jangan malu-malu,
Datin Sofiah sangat peramah dan baik pula orangnya. Hehehe..
Eh, kata
kurang cerita tapi kesudahannya berjela jugak.
Maafkan mak yang sudah mentipu sekalian yang membaca. Mari layankan gegambar semasa kami di
sana. Oh ya kami tidak tidoq di resort
kerana jaraknya cuma sekangkang Godzilla dari rumah bonda tercinta.
Di bawah ini adalah sebahagian
daripada penginapan yang terdapat di Serendah SiKebun Bunga. Menawarkan
lanskap menarik pandangan.
Tengoh tuh,
ada anak sungai betui-betui di belakang resort ini. Boleh mengail ikan dan mandi-manda.
Berendamlah semahunya sampai kecut apa yang ada.. hehehe
Juga keindahan alam semulajadi dengan flora dan fauna yang memukau pandangan mata.
Ini adalah semut Pak Pandir. Ribuan
semut ini sedang bermigrasi entah ke mana.
Pokok ati-ati
Kolam ikan yang indah memukau pandangan
Rasyid sedang melawat kawasan.
Sudah penat berjalan tibalah masa
untuk Rumaisa dan Rasyid minum susu daripada ibu susuan mereka yakni lembu...
kehkehkeh. Aku bergurau saja, tolong jangan diambil serius pulak ye, dah memang
benar itu susu lembu.
Sedapnya, sampai nak terlena…
Nyot nyot nyot..
Sambung
perjalanan. Kiri dan kanan hijau duniaku.
Ini pokok depu atau gaharu. Teras depu boleh dijual dengan harga di
antara RM5K sekilo sehingga RM30K bergantung pada gred. Menurut Datin Sofiah, teras depu menjadi rebutan di kalangan usahawan-usahawan dari Timur Tengah. Terliur ?
Moh tanam depu pulak.. hehe
Rupa paras pokok depu atau gaharu
Pokok jelutong, ke sayup bintang tingginya.
Ni satu lagi pokok tinggi tapi
tidak kutahu namanya, mungkin meranti atau cengal
Selain itu, kawasan sekitar resort ini juga banyak dihiasi oleh pokok-pokok bunga yang menarik. Ada antaranya yang ditanam dan ada yang tumbuh secara semulajadi. Kat sini banyak aku amik gambar yang ditanam sebab yang semulajadi tak boleh nak pergi dekat kerana askar-askar ramai mau mengikut. Mak takut ada ular dalam semak !
Taraaa.. sekuntum bunga semalu.
Dan, dua beradik yang gembira menghabiskan
sepagi di sana !
5 comments:
cantik2 la pics semua tu naja.
pandai hang snap.
Tini.. terima kasih. Terharu ai dipuji begitu. Heheeh
najaaaaaaaaaaaa... cantek ok gambar2.. i laik! ko guna kamera apa naja.. nak pinjam.. hahahha :P tak la org nak pi cari if murah nak beli.. maklum la dslr kita tu dah lari tajuk now since dah jatuh dia cam tak berapa memfokusing.. n same time tak beli lens utk mengexpandkan kreativiti.. berat ah dslr :P
Lax -GF1 - panasonic Lumix. Ya memang cantik gambar2 yang terhasil, setakat ni mak memang puas ati.
Nak pinjam pun boley :) namapun kazzz.. kan ?
wahh naja aku dah check out gf1 pana tuh.. gila woh mahal terus tak jadi beli... 2.2k kot ard that la baru bln lepas aku check.. huhuhu memang tak tercapai la kot no..
isk takut la nak mintak pinjam.. kamera mahal beb.. takmo la takpe ye.. kehkehkeh (thanks sbb sudi bagi pinjam tat itself has made me happy :) ) sayang kaz aku nih :D
Post a Comment