Wednesday, September 12, 2012

Raya Kami Bhg. 2 - Kensiu



Masih lagi cerita masa cuti raya.  Hari raya ke lima, masih di kampung dan kami keboringan.  Hujan turun kerap jugak masa tu, pagi dan petang kadang-kadang seharian.  Banyak agenda tergendala.  Walau bagaimanapun ada juga hikmahnya kerana aku dan bibik berjaya menarah rumput yang tumbuh subur di sekeliling rumah mak.  Kami susun balik pasu-pasu bunga mak yang bertebaran merata dan membiarkan Rasyid dan Rumaisa bergelumang puas-puas dengan tanah, dedaun kayu, selut dan juga apa saja yang terlintas untuk mereka asalkan tidak mendatangkan mudarat pada badan maupun kesihatan.


Pagi-pagi hari ke 6,  EnWTT mengajak kami anak beranak ke Baling.  Baling berjiran dengan daerah Sik.  Tujuan utama kami ke Baling ialah  meronda-ronda mencari tempat menarik tetapi alih-alih menjadi agenda menziarah perkampungan orang Asli di sana iaitu berhampiran dengan Ulu Legong.  Perkampungan ini sangat dekat dengan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Dah banyak kali jugak aku  sampai ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong tapi belum pernah sekalipun singgah di perkampungan orang Asli di situ. 


Memang satu pengalaman baru dalam hidup.  Penduduk perkampungan orang Asli ini  tidak ramai sekitar 267 orang termasuk kelahiran baru dalam tahun ini seramai 6 orang sahaja,  seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada mereka.  Dulu bila lalu kawasan ni dan ternampak orang Asli, serious aku teruja. Nak berhenti tak berani.  Hehehehe… terjenguk-jenguk dari sebalik tingkap kereta.  Mereka selamber sahaja.  Serupa terbalik kod pulak.  Tapi kali ni kami memberanikan diri berhenti dan beramah mesra. 


Suku kaum Asli yang mendiami perkampungan ini adalah suku kaum Kensiu, iaitu dari rumpun bangsa asli Semang-Negrito.  Rupa paras mereka ada iras-iras kaum asli dari Papua New Guinea  sikit namun fasih berbahasa Melayu.  Walau bagaimanapun, apabila berkomunikasi sesama mereka, kaum ini lebih senang menggunakan bahasa ibunda mereka yang pastinya sepatah haram habukpun aku tak faham.  Apapun mereka tetaplah mesra.  Bibik kata orang asli Irian Jaya pun menyerupai orang Kensiu ini.  Bila aku tanya bibik dia pernah pergi melawat penempatan orang Irian Jaya ke dijawabnya tengok dalam Astro, National Geographic.  Ok, tidak dinafikan National Geographic sangat membantu. 


Sebahagian besar daripada mereka beragama Islam dan selebihnya masih berpegang teguh dengan ajaran nenek moyang.  Kehidupan merekapun canggih jua, masing-masing ada henpon dan juga beberapa buah rumah terpasang dengan belanga Astro namun rata-ratanya masih melalui kehidupan yang sangat sederhana.


Hampir separuh hari jugaklah kami di sana.  Sampaikan Rasyid dan Rumaisa sempat mandi sungai bersama-sama dengan anak-anak orang Asli.  Teruja sungguh mereka berdua.  Masa mandi sungai ni, aku rasa banyak bakat-bakat baru yang boleh menggantikan Pandelela Rinong Pamg di sini.  Hehehe.  Tak caya nanti tengok gambar-gambar.


Di akhir perbualan dengan salah sorang daripada mereka, seorang ibu muda yang berusia 21 tahun dengan 2 anak yang masih kecik-kecik mengatakan kehidupan yang mereka lalui sangatlah sederhana tapi masih cukup makan anak-beranak, cumanya  kalau-kalau ada yang sudi memberi pakaian terpakai kepada mereka sangatlah dialu-alukan dan diterima dengan senang hati. Oh ok, nanti bila balik lagi aku akan bawak baju-baju terpakai anak-anakku yang sekerat guni itu.  Dan juga kepada sesiapa yang sudi menderma pakaian untuk mereka tak kiralah kecik atau besar, bolehlah kirim melalui aku.


Sehingga itu sekian dulu.  Separa skema plak entry mak kali ini… layankan saja ya anak-anak.  


R&R dikelilingi kawan-kawan baru mereka.




 Makan aiskrim beramai-ramai


 


Fauzi, 11 tahun.  Anak orang Asli yang hensem. 





Kamarul Hisyam, 9 tahun a.k.a Ronaldinho. 
Oklah, ada iras-iras.  Main bola sampai pandai ya dik !






Fatin, 5 tahun.  Comelkan.. ?






Nazira, 3 tahun.  Adik kepada Fauzi.






Mereka yang gembira dengan dunia mereka.


 Kepakaran anak-anak ini. Panjat akar pokok lalu…



 Terjun!  Oh.. Yang Zhuliang, tengoklah mereka. 

Kalau-kalau boleh menjadi pelapis kepada Pandelela Rinong. Hehehe


 Mariana, tujuh tahun.  Tidak turut mandi kerana berbaju cantik pada hari kejadian.


 
 Taufik, 1 tahun 7 bulan.





Dan pastilah, anak-anak akupun terjebak sama !
 


 Mandi.. mandi dan mandi !



 Wajah-wajah ceria, punya kawan-kawan baru.



Sebahagian aktiviti di sungai.  Membasuh pinggan mangkuk dan juga pakaian.



Julia, ibu muda beranak lima.  Dua lagi anak bersembunyi kerana malu tengok kamera.



Ini rumah yang dibina sendiri.  



 Ini rumah yang dibina oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.  Kelihatan anak-anak muda berehat-rehat.



 Farah, 18 tahun.  





Roda basikal jadi mainan, tiada iPad maupun tab.
 

2 comments:

Laxmi said...

Naja.. aku ada gak byk baju2 Meera n Darshyan.. leh tak aku pass kat ko n ko bagi kat budak2 tu time ko pi balik next round? aku pun nak let go tapi takde tempat daa sbb takmo just baling kat recycle bin yg ada kat taman.. takut nanti depa buang jer.. baju2 elok2 lagi

Naja said...

Ok lax.. boleh sangat! Dengan senang hati aku terima, nanti balik kampung aku hangkut pi situ.. ;)