Sambung lagi cerita raya.
Raya dah berlalu pergi, tapi masih lagi nak cerita. Masih menggunakan alasan cuti raya yang lama
di kampung. En WTT bawak kami
berjalan-jalan lagi. Yang ni kejadian
pada raya ke bila aku tak berapa ingat tapi rasanya raya ke belas-belas dah.
Daerah Yan dengan Sik ni pun tak jauh sebenarnya, kalo jalan clear lebih kurang
setengah jam ke 45 minit sampai dah.. Sepanjang
hidup, ini pertama kali aku jejak kaki ke kawasan Yan ni, nama saja orang
Kedah. Sedih bunyinya. Hehehe
Luas jugak daerah Yan
, dia macam gabungan tiga pemandangan indah yang
berlapis-lapis. Di hujung sana ada gunung-gunung, di tengah-tengahnya sawah
padi dan jugak pantai… Yang pasti Yan ni
banyak kawasan perkelahan dan air terjun yang sungguh cantik. Sangat menggoda naluri semulajadi mak yang
sukakan air nih tapi oleh kerana terpapar papan tanda memberi amaran tentang
gejala-gejala penyakit kencing tikus, terus termati nafsu nak mandi manda di
situ. Kami hanya tengok-tengok saja
sambil menikmati keindahan alam sekitar.
Terkagum sebentar mak dibuatnya.
Chalet-chalet jugak banyak didirikan untuk para pelanciong yang ingin menetap di sana, sambil menikmati udara sejuk dan redup.
|
Air terjun pertama yang kami singgah... tak ingat pulak namanya. |
|
Air yang kemerah-merahan, taktau apa sebab. |
|
Orang-orang Yan mungkin boleh jawab kenapa air di sini warnanya merah. |
|
Pemandangan indah, sejuk dan mendamaikan. |
|
Rasyid dan kakak sepupunya, Najwa. |
|
Kemain teruja mereka berdua ni tengok air, jangan terjun sudahlah.. |
|
Dua ketui budak yang takleh mandi.. |
|
Rancakberbincang kenapa mereka tidak dibenarkan mandi di situ.. hahaha |
|
Ni adalah salah satu chalet yang tersedia di sana. Ada banyak sebenarnya boleh pilih mana suka. |
Tapi sat sebelum tu nak tunjuk satu gambar yang buat aku
terkagum-kagum dan rasa nak balik pindah dok Kedah time tu jugak…
Ni ada dua plastik cucoq ni, satu cucoq pisang satu lagi
cucoq cempedak. Dua-dua aku beli RM2
setiap satu. Kiranya cucoq pisang RM2,
cucoq cempedak RM2. Bukak plastik terus
macam wahhhh gila banyak.. Kira punya kira.. sekeping cucoq pisang bersamaan
dengan sekupang. Gila kagum wei… macam
tu jugak dengan cucoq cempedak. Dengan
RM4 kami dapat 20 keping cucoq pisang dan 18 bijik cucoq cempedak. AKu doakan murah rezeki makcik penjual cucoq2
nih! Amin… Kat sini mana nak dapat rega
tu.. Yang selalu dok tengok kat pasar malam belah-belah sini, cucoq pisang RM1
dpt 4 keping, manakala cucoq cempedak sebijik 40c.
|
Cucoq pisang yang meramai dalam plastik |
|
Cucoq cempedak di tempat kejadian |
Tapi cucoq ni bukan beli kat Yan la, yang ni beli kat
Baling. Depan sekolah berhampiran dengan
jalan masuk nak ke Air Panas Ulu Legong tu.. hehehe. OK sori mak terkeluar dari landasan
penceritaan hari ni. Aku tak mampu nak
menyekat keterujaan menceritakan perihal cucoq tersebut dalam entry kali ni..
Dan pasal Yan tu, nanti aku citer pelan-pelan ya… aku dah
tak mampu nak menaip or bercerita kerana tetiba lapaq cucoq pisang dan
cempedak. Nyesal plak cerita.. hihihi !
No comments:
Post a Comment