Sebab cuti lama, jadinya hari ni baru berkesempatan nak cerita
pasal aktiviti masa cuti raya hari tu.
Aku rasa sepanjang sejarah hidup aku sudah bekerja ni, tahun
inilah yang paling sederhana sekali persiapan raya. Tidak beli banyak kuih. Adalah beberapa, itupun semua menjurus kepada
kuih-kuih tradisi macam baulu dan kuih gulung.
Ada juga beberapa jenis kerepek dan maruku. Dan samperit serta suji yang diberi oleh
rakan sepejabat dan juga boss-boss sebagai buah tangan. Terima kasih daun keladi.
Baju raya kami juga cukuplah sorang sepasang. Tahun ni tema oren-peach. Meriah jugak la walau bersederhana. Tahun ni pecah rekod, sepanjang puasa aku tak
pernah dengar lagu raya. Bukan sebab
syahdu atau apa tapi macam tak tercapai deria pendengaran aku terhadap lagu
raya. Mungkin masa lagu dimainkan kat mana-mana
aku yang tak perasan.
Raya tahun ni juga aku gila makan bihun sup. Raya pertama buat bihun sup. Raya ketiga buat bihun sup. Raya ketiga tu aku buat, aku panggil mak
menakan aku yang kebetulan balik beraya anak beranak di kampung. Dan sepanjang
kat kampung hari tu aku rasa, ada kot dalam tujuh ke lapan kali buat bihun
sup. Suka sungguh. Sedap oiiii, padahal bihun sup bukan termasuk
dalam senarai makanan yang aku suka sangat, macam laksa. Tapi kali ni aku rasa macam bihun sup yang
aku buat tu la yang paling sedap dalam donia, tiada makanan lain yang dapat
menandinginya. Kahkahkah. Kronik sungguh. Sila abaikan perasaan mak ini.
Masuk bab ziarah menziarah pulak, raya kali ni aku jadi malas nak
keluar sana sini. Selain dari beraya di
rumah mak sendiri dan dua tiga buah rumah jiran terdekat, aku balik beraya sat
di kampung emak En WTT. Lepas tu balik
duduk kat rumah sendiri. Duduk dalam
rumah saja, tunggu sapa yang datang beraya. Tak tengok TV sebab siaran Astro aku dah
tamatkan pada bulan dua hari tu kerana smartcard yang asyik rosak. Dua hari sebelum balik sini, barulah emak
dapat tengok tv balik. Kesian emak. Tapi emak kata dia tak kisahpun takdak Astro ke
apa, banyak lagi benda dia buleh tengok.
Kat kampung aku tu sebab dikeliling bukit-bukit, siaran TV biasa-biasa
ni memang susah nak dapat. Nak tak nak
kena la melanggan Astro yang sama banyak rancangan dan jugak iklannyer. Tih tih
tih.
Versi raya bagi anak-anak plak, oleh kerana depa masih kecik jadi
kat mana aku beraya kat situ la depa berada.
Bila ada budak-budak yang datang beraya, depa pun ikut teruja. Makan kuih dengan kawan-kawan. Balik rumah tok depa sebelah EnWTT, lagi
dasat.. sebab ada ramai sepupu-sepupu yang sama sebaya maka bermacam-macam la
aktiviti yang dijalankan yang terkeluar landasan dan juga lari dari tema
perayaan.
Pendek kata, raya kali ni bermacam rencah dan rasa. Mari tengok gambar. Tak lupa juga selamat hari raya, maaf zahir
dan batin untuk semua.
Ni kat umah mak aku. Tetamu
paling awal.. sebab awal sangat tak sempat
nak makan bihun sup.
Yang kat
tepi Rasyid tu umurnya 6 tahun, yang sebelahnya darjah 1.
Lagi besar Rasyid dari depa dua.. hehehe
Ni plak kat umah mak EnWTT. Aktiviti
tengahari rembang- bila anak-anak berkumpul.
Macam ni la kaedahnya.
Rasyid
bergaya hensem.. abaikan samping yang terkoyak kerana tersangkut
kat lesung
kaki.
Sorang kakak kawasan bersama abang2
kawasan.
Mak raya mak
! Peaceeee… kata Rumaisa. Peace dapat
main tanah
Model
terbiar di bangsal motor
Skill
menunggang yang tiada tandingan oleh Syazwan.
Klasik. Ni lesung orang dulu-dulu buat tumbuk padi, kopi dan sebagainya.
Akhir sekali, laki mak yang hensem dengan baju raya orennya.
Kehkehkeh
4 comments:
anak2 mak laki mak sumer ada gambar.. maknyer mana gambar???? tak diambil kah? or dah ambil tapi takmo tayang?? letak la naja oiiiii nak gak tengokkkkkk.. huhuhu windu ok!
Tak tercapai jua akalku nak amik gambar.. xpa nanti aku p umah ko, kelebek puas2.. hehehehe
meriah bj raya kkk kwsn mcm meriahnya biskut raya juga...- mak long hull
hehe..aku leka tengok gambar cikmai & rasid..skroll last sekali terkejut tengok gambar kri..haha..selamat hari raya untuk hang sekeluarga yer naja.. :)
Post a Comment