Tuesday, December 3, 2013

Bercuti



Setelah berkali-kali aku dan EnWTT bercuti secara berasingan sebelum ini, ke destinasi impian kami masing-masing.  Tanpa aku di sisinya atau tanpa dia di sisiku, tanpa anak-anak juga sebenarnya.  Percutian individu sehingga mengundang tanda-tanya segelintir rakan-rakan yang ku tahu niat mereka baik juga, atau mencari-cari di mana tidak kenanya perhubungan kami suami isteri.  Nah, di sini ingin kunyatakan, aku dan EnWTT baik-baik sahaja ketika ini dan juga sebelum ini.  Sedikit badai dan taufan yang melanda ku rasa benda biasa dalam berumahtangga, belum mampu menjadi tsunami yang mampu merubah struktur geografi rumahtangga kami.  Bercuti secara berasingan sebelum ini bukan satu petanda rumahtangga kami bermasalah.  Sumpah !  Ia lebih kepada minat masing-masing yang sekian lama kami hormati.

Percutian EnWTT sebelum ini lebih kepada ‘pengembaraan mencari bas-bas di ceruk pelosok entah mana’.  Kepuasannya lebih kepada berapa banyak koleksi gambar- gambar bas yang mampu diambil sepanjang percutiannya.  Sedangkan dalam hati aku, tidak ada sekelumit minatpun terhadap objek bernama bas, apatah lagi obses terhadap besi berenjin itu.  Bagi aku bas hanyalah bas, ia tidak mampu memberi ‘nyawa’ dan ruang untuk aku bereksperimentasi walau dari sudut mana sekalipun.  Lain pula EnWTT, pandangan dan obsesinya terhadap bas dan truck serta apa-apa yang seangkatan dengannya berputar 360 darjah daripada aku.  Maka setiap perjalanan dan percutian yang dirancang yang ada kaitan dengan hobi dan kecintaannya terhadap bas lebih baik tidak aku sertai. 

Selain itu, percutian-percutian jauh yang kami pergi secara individu juga tidak sesuai untuk mengusung anak-anak bersama atas faktor-faktor cuaca, persekitaran dan juga suasana yang tidak sesuai untuk anak-anak kecil.  Maka sebagai memenuhi nafsu berjalan-jalan dan melihat-lihat tempat orang, kami mengambil keputusan setiap kali seorang daripada kami pergi, yang seorang lagi mesti duduk rumah memantau anak-anak yang ditinggalkan bersama pengasuh mereka.  Sangat tidak berhati perasaan kot meninggalkan anak-anak sendirian di bawah pengawasan bibik sedangkan kami emak ayah bercanda di pasiran pantai entah di mana atau menikmati panorama indah bersama sambil merenung sunset berdua, atas nama cinta kononnya.  Puiiii...

Atas sebab itulah, percutian ku sebelum ini ke Thailand dan juga ke Vietnam tidak disertai EnWTT.  Tambahan pula ke Vietnam itu aku pergi secara percutian backpack, segalanya di luar jangka.  Juga beberapa kali sesi percutian EnWTT ke Sabah aku tak turut serta.  Kami menunggu sehingga anak besar sedikit, sudah pandai menikmati suasana percutian barulah kami bawa bersama. Lagipun pada masa itu, kami mempunyai pengasuh yang boleh diharap.  Daripada Tatik ke Adey Saropah, Alhamdulillah dalam bab penjagaan anak-anak mereka sangat cemerlang.  Biarpun Adey Saropah itu lari entah ke mana sudahnya yang mengundang marah di hatiku jua tetapi aku tetap berterima kasih kepadanya kerana menjaga anak-anak aku dengan baik sepanjang aku ke Vietnam bersama Umie selama seminggu pada awal tahun hari itu.  Terima kasih kerana bila aku balik, anak-anak tetap ceria tiada cacat cela terguris apa-apa, sihat walafiat dan segar bugar semuanya.

Oiii, panjangnya mukadimah aku, asalnya nak cerita pi Lombok sefamily pada akhir November baru-baru ini. Teruja sebab ini kali pertama cuti sekeluarga.  Syukur semua perancangan menjadi.  Karenah anak-anak tidak dapat dielakkan namun kami menikmati percutian ini seadanya, menyimpan kenangan manis bersama anak-anak bila mereka besar nanti.  Lupakan seketika kisah-kisah negatif anak-anak dara Malaysia dibawa lari ke Lombok, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.  Lombok benar-benar melekat di hati. Untuk entry kali ini biar beberapa keping gambar yang bercerita maka mari menikmati pemandangan indah Lombok.











7 comments:

TiNiE said...

tidak dinafikan lombok cantik!
tahniah naja n family pasai dah selamat bercuti-cuti lombok :)

emak. bukan penari tiang said...

Entry atas punya panjg xdak kena mengena tau2 kat bawak letak gambaq ja. Hahaha

Naja said...

Tinie - Memang cantik, saujana mata memandang.

Rai - Mukadimah saja 5 perenggan.. kehkehkeh

Anonymous said...

next time nak ikuttttttttttt
-K na and family

Mya said...

Bila kita nak cuti sama2 ni kaknaja? Dgn rai.. Dgn kaktin.. Huhu..

Naja said...

Mya - masalah negara skang ni takleh nak tinggai anak sendiri2 sebab takde lagi bibik yang berkaliber.. waduhhh !

Unknown said...

kak naja, bila nak g lombok lagi, macam nak ikut jer..macam nak pegi jer...