Setelah
berkali-kali aku dan EnWTT bercuti secara berasingan sebelum ini, ke destinasi
impian kami masing-masing. Tanpa aku di
sisinya atau tanpa dia di sisiku, tanpa anak-anak juga sebenarnya. Percutian individu sehingga mengundang
tanda-tanya segelintir rakan-rakan yang ku tahu niat mereka baik juga, atau
mencari-cari di mana tidak kenanya perhubungan kami suami isteri. Nah, di sini ingin kunyatakan, aku dan EnWTT
baik-baik sahaja ketika ini dan juga sebelum ini. Sedikit badai dan taufan yang melanda ku rasa
benda biasa dalam berumahtangga, belum mampu menjadi tsunami yang mampu merubah
struktur geografi rumahtangga kami. Bercuti
secara berasingan sebelum ini bukan satu petanda rumahtangga kami
bermasalah. Sumpah ! Ia lebih kepada minat masing-masing yang
sekian lama kami hormati.
Percutian
EnWTT sebelum ini lebih kepada ‘pengembaraan mencari bas-bas di ceruk pelosok entah mana’. Kepuasannya lebih kepada berapa banyak koleksi
gambar- gambar bas yang mampu diambil sepanjang percutiannya. Sedangkan dalam hati aku, tidak ada sekelumit
minatpun terhadap objek bernama bas, apatah lagi obses terhadap besi berenjin
itu. Bagi aku bas hanyalah bas, ia tidak
mampu memberi ‘nyawa’ dan ruang untuk aku bereksperimentasi walau dari sudut
mana sekalipun. Lain pula EnWTT,
pandangan dan obsesinya terhadap bas dan truck serta apa-apa yang seangkatan
dengannya berputar 360 darjah daripada aku.
Maka setiap perjalanan dan percutian yang dirancang yang ada kaitan
dengan hobi dan kecintaannya terhadap bas lebih baik tidak aku sertai.
Selain
itu, percutian-percutian jauh yang kami pergi secara individu juga tidak sesuai
untuk mengusung anak-anak bersama atas faktor-faktor cuaca, persekitaran dan
juga suasana yang tidak sesuai untuk anak-anak kecil. Maka sebagai memenuhi nafsu berjalan-jalan
dan melihat-lihat tempat orang, kami mengambil keputusan setiap kali seorang
daripada kami pergi, yang seorang lagi mesti duduk rumah memantau anak-anak
yang ditinggalkan bersama pengasuh mereka.
Sangat tidak berhati perasaan kot meninggalkan anak-anak sendirian di
bawah pengawasan bibik sedangkan kami emak ayah bercanda di pasiran pantai
entah di mana atau menikmati panorama indah bersama sambil merenung sunset
berdua, atas nama cinta kononnya. Puiiii...
Atas
sebab itulah, percutian ku sebelum ini ke Thailand dan juga ke Vietnam tidak
disertai EnWTT. Tambahan pula ke Vietnam
itu aku pergi secara percutian backpack, segalanya di luar jangka. Juga beberapa kali sesi percutian EnWTT ke Sabah
aku tak turut serta. Kami menunggu
sehingga anak besar sedikit, sudah pandai menikmati suasana percutian barulah
kami bawa bersama. Lagipun pada masa itu, kami mempunyai pengasuh yang boleh
diharap. Daripada Tatik ke Adey Saropah,
Alhamdulillah dalam bab penjagaan anak-anak mereka sangat cemerlang. Biarpun Adey Saropah itu lari entah ke mana
sudahnya yang mengundang marah di hatiku jua tetapi aku tetap berterima kasih
kepadanya kerana menjaga anak-anak aku dengan baik sepanjang aku ke Vietnam bersama Umie
selama seminggu pada awal tahun hari itu.
Terima kasih kerana bila aku balik, anak-anak tetap ceria tiada cacat
cela terguris apa-apa, sihat walafiat dan segar bugar semuanya.
Oiii,
panjangnya mukadimah aku, asalnya nak cerita pi Lombok sefamily pada akhir
November baru-baru ini. Teruja sebab ini kali pertama cuti sekeluarga. Syukur semua perancangan menjadi. Karenah anak-anak tidak dapat dielakkan namun
kami menikmati percutian ini seadanya, menyimpan kenangan manis bersama
anak-anak bila mereka besar nanti. Lupakan
seketika kisah-kisah negatif anak-anak dara Malaysia dibawa lari ke Lombok, bertepuk
sebelah tangan tidak berbunyi. Lombok
benar-benar melekat di hati. Untuk entry kali ini biar beberapa keping gambar yang bercerita
maka mari menikmati pemandangan indah Lombok.
7 comments:
tidak dinafikan lombok cantik!
tahniah naja n family pasai dah selamat bercuti-cuti lombok :)
Entry atas punya panjg xdak kena mengena tau2 kat bawak letak gambaq ja. Hahaha
Tinie - Memang cantik, saujana mata memandang.
Rai - Mukadimah saja 5 perenggan.. kehkehkeh
next time nak ikuttttttttttt
-K na and family
Bila kita nak cuti sama2 ni kaknaja? Dgn rai.. Dgn kaktin.. Huhu..
Mya - masalah negara skang ni takleh nak tinggai anak sendiri2 sebab takde lagi bibik yang berkaliber.. waduhhh !
kak naja, bila nak g lombok lagi, macam nak ikut jer..macam nak pegi jer...
Post a Comment