Nak sambung cerita Lombok tapi ‘roh’ tak sampai, jadi biar dulu sat.
Takkan lari Lombok dikejar. Kalau rajin aku kongsikan lagi gambar-gambar
keindahan Lombok di blog ini nanti, sekarang ni terhad saja sebab pakai
internet opis punya, wifi sendiri sudah patah riok dipijak si Rasyid dalam satu
tragedi hamukan. Nak pi tukar dongle (eh
?) nama natang tuh kena perosah carik warranty card dia yang entah wujud ke
tidak lagi dalam rumah tu. Nak beli sendiri hat buleh share 5 orang users macam yang dok guna sekarang ni mengekoskan
diriku sebanyak RM199. Oh My ! Baik aku
pi beli minuman kecantikan Kolagen Kinohimitsu tu kurang-kurang lepas telan dua
botol buleh perasan lawa depan cermin. Kahkahkah ! Okey, sila abaikan ayat
terakhir tu.
Entry kali ni takdak kategori maupun klasifikasi, pakai taip jer ni apa
terlintas sementara dok menanti nasik lemak cabai tak berapa masaknya yang ku
beli kat minimart sat-sat hadam dalam perut. Begini kisahnye.. sebelum masuk keja gomen,
aku bekerja kat satu kampeni perunding
di Puchong. Aku tinggal menyewa di
belakang Tesco sekarang ini. Ada rumah
lot kedai, entah rumah entah kedai akupun tak pandai nak
klasifikasikannya. Rumah kami di tingkat dua, sewa dengan rakan-rakan bujang
jugak. Kat rumah tu plak macam ada
terselit kemisterian yang tak terungkap sampai sekarang. Rumah tiga bilik. Lebih kepada lot pejabat kot sebenarnya.
Aku jenis yang rasa bengap kalau tidur berkurung dalam bilik yang
sempit. Jadi aku angkut katil tu letak
di ruang tamu. Tidur sorang-sorang. Lepas tu bila nak tidur rasa macam ada
bayangan lelaki hitam di tepi katil, setiap malam. Duduk dan merenung tiada berkedip
matanya. Jenuh aku baca semua
surah-surah pendek dari Quran yang aku hafal.
Tak hilang jugak. Dari tak jelas
macam jelas. Aku penakut jugak tapi jenis penakut yang cuba-cuba jadi
berani. Maka aku set dalam kepala otak
aku.. “Ohh itu jelmaan Bilal bin Rabah dok tunggu nak azan Subuh satgi”. Mentang-mentang cerita dalam sejarah Islam,
Bilal bin Rabah itu berkulit hitam, suaranya sedap bila mengalunkan azan. Maka makhluk misteri tadi ku namakan Bilal
bin Rabah. Itu sajalah caranya nak
memujuk diri yang ketakutan. Untuk
meneruskan hidup, perlu ada sekian-sekian penafian. Gitu kaedahnya.
Tapipun, sudah hilang sedikit rasa takut timbul pula masalah lain iaitu
aku jadi takleh tidur. Hampir tiga bulan
macam tu. Tidur malam terganggu, tak nyenyak sehingga prestasi kat tempat
kerjapun sedikit merudum. Menambah
masalah lagi sebab tidur tak menentu maka timbul lingkaran gelap sekeliling
mata, macam orang sakit sangat bermata panda begitu. Macam mana mau tidur kalau dok perasan
mahkluk hitam legam agam berdiri megah kat tepi katil kau tiap-tiap malam. Jadi seorang kawan ni pun sudah timbul rasa
kesian nak membantu. Dia mempelawa aku
berjumpa dengan seorang bomoh ustaz yang dia anggap sebagai alim ulamak bijak
mengubat berasal dari negara seberang katanya, bernama Wak Jono (nama sebenar) Mula-mula aku malas tapi selepas didesak
berkali-kali dengan alasan apasalahnya mencuba untung-untung mujarab hilang
selesai masalah aku, maka dengan berat hati aku pergi lah.
Tiba pada hari kejadian, kami bertolak dari rumah aku tu lebih kurang
jam 11.00 pagi macam tu. Kawan aku tadi
datang menjemput, kami pi sekali dengan emaknya. Sebelum sampai ke destinasi, kawan aku dan
emaknya ni beria-ia la meyakinkan aku dengan memberi gambaran-gambaran
bombastik tentang Wak Jono yang depa gambarkan kalaupun tak sama tapi hampir-hampir nak setaraf dengan Wali
Songo bersembilan tu. Pendek kata kalau kat Indonesia tu salah sorang Wali Songo
yang bernama Sunan Kalijaga tu paling masyhur, Wak Jono ni pun apa kurangnya
cuma tak tersenarai dalam sejarah persufian
para wali bersembilan ni jer.
Kesimpulannya hebat jugakla.
Dalam hati aku ni macam dok kata iskk ye ke kawan aku ni, sebab beria
sangat dok up tak berpada-pada tentang Wak Jono ni.
“Setiap malam Jumaat, orang kata rumah dia bercahaya.. kesan kewarakan dia !” ujar
kawanku ini sambil diia-iakan emaknya.
“Bercahaya macam mana ?” soalku.
“Macam pasang lampu tu la, tak cerah tak terang tapi bukan cahaya
lampu!”ujar kawanku lagi bersemangat.
“Dia pakai mentol LED Philips hat jimat tenaga tu kot.. lampu tu pun
terang tak terang sangat, malap pun tak malap sangat,” kataku lagi sekadar
memberi pendapat.
“Kau jangan main-main, bercakap benda tak elok pasal Wak Jono ni nanti
dia dapat tau ha mati kau !”kata emaknya serius. Soheh gila taksub betui dua beranak ni dengan
Wak Jono. Aku mendiamkan diri, demi
menghormati emak kawan aku. Banyak yang
bermain di kepala tetapi tak manis pula nak berhujah beria-ia mengenangkan
status aku yang menumpang kereta depa. Hihi.
Hampir satu jam perjalanan maka kamipun sampai juga ke rumah Wak
Jono. Maka masing-masingpun keluar dari
kereta. Di luar rumah ada pangkin kayu
disediakan. Kelihatan beberapa orang
lain yang mungkin mempunyai tujuan serupa dengan kami juga berada di situ. Semuanya pun gaya-gaya orang baik-baik
saja. Ya, macam pergi ke Darussyifa lah,
yang pergi nak mendapatkan khidmat mesti berpakaian sesuai dengan konsep
Darussyifa, mampuih nak jumpa yang berimej gothic dengan solekan smokey eyes kat
sana. Begitu jualah suasana kat rumah
Wak Jono ni.
“ Wak ada ke ?”tanya mak kawan aku ramah pada sekian yang menunggu.
“Ada, dia baru masuk solat sunat kat dalam. Orang warak macam tu la, bukan macam kita ni
yang wajibpun kadang-kadang tak buat” terang sorang pakcik yang sedang menunggu
dengan ramah tamah, juga dengan wajah yang
terkagum-kagum barangkali.
“Solat sunat apa tengahari rembang ni.. time ni bukan ka haram solat
sunat ? ” soalan yang bermain-main di
minda terkeluar jugak di mulut aku. Emak
kawan aku tadi mencuit-cuit tangan aku dari belakang. Ok faham, takyah banyak bunyi diam sudah. Jadi kamipun sama-sama menunggu Wak Jono
menghabiskan solat sunatnya di tengahari tatkala matahari terpacak nun
betui-betui atas kepala. Musykil betul
aku.
“Orang alim ni amal ibadat diorang lain, takkan nak sama macam kita..kita
kalau buat yang tu, yang itu jer lah takde nak tambah- tambah ! ”, kata emak
kawan aku.
Maka penantian kami selama 30 minit selepas itu sesak telingaku diisi
dengan cerita-cerita kehebatan dan kewarakan Wak Jono yang tiada
tandingannnya. Daripada cerita kewarakan
dia dengan amalan-amalannya sehinggalah ke air penawar yang sangat mujarab kata
mereka. Menurut cerita seorang daripada
tetamu ni..
“Pernah tivi rumah pakcik mati,terlintas di kepala pakcik ni nak ambil
air penawar yang Wak ni buat renjis-renjis sikit kat tv pakcik tu haaa.. bila
on kan switch dia terus hidup. Ya
Rabbi.. hebat sungguh !”. Aku gelak
dalam hati. Tak sampai hati nak gelak
kat depan-depan muka dia.
Tetiba muncul seorang lelaki bertanya di antara kami semua siapa lagi
yang belum berjumpa Wak Jono. Emak kawan
aku terus laju menunjuk kearahku.
“Haaa, kamu ! Masuk dulu jumpa dengan Kiai..”, katanya. Pembantu Wak Jono barangkali. Dan daripada Wak terus upgrade jadi Kiai..
kehkehkeh !
“Serious sikit jangan dok main-main, Wak tahu kita ni ikhlas ke tidak
nak berubat dengan dia”, teguran emak kawan aku tadi terus mematikan senyuman
aku yang takleh nak tahan-tahan. Macam
tau-tau je makcik ni apa ada dalam hati aku.
Kami masuk ke ruang tamu, kosong.
Lelaki yang aku rasa pembantu Wak Jono yang sudah upgrade ke status Kiai
tu menunjuk kepada kami arah bilik tempat Wak Jono mengubat orang. Dalam kepala aku ni tertera-tera imej Wak
Jono berjubah dan berserban putih, berjanggut putih sekurang-kurangnya. Wajah ada sinar ataupun sekurang-kurangnya
terpancar ‘nur’ orang beriman. Yerlah
paling bodo pun nampak lebih kurang macam watak Tok Adi dalam Tanah Kubur tu kan…kewkewkew!
Sesuai dengan tahap kekaguman
orang-orang yang datang berubat dengannya.
Berdebar-debar jugak hati aku dibuatnya.
Sampailah kami di depan bilik yang
bertutup pintunya. Di dinding luar bilik
itu seperti jangkaanku, tergantung semua potret Walisongo bersembilan yang
terkenal di nusantara Indonesia itu. Daripada Sunan Ampel, Sunan Drajat, Sunan
Bonang, Sunan Kalijaga sampai la ke Sunan Giri semua ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, hati tiada
berperasaan walaupun sedikit cuak. Maka
emak kawan aku tadipun selepas terkumat kamit mulutnya membaca sesuatu sebelum
pelan-pelan menolak pintu tempat Wak Jono bersemayam. Bersemayam kata kau, yer lah dah payah sangat
nak jumpa.
Demi terbukak pintu bilik itu, ternganga mulut aku dibuatnya. Terasa berpinar-pinar sekejap pandanganku. Bukan disebabkan ‘nur’ kewarakan Wak Jono
yang melimpah ruah dalam bilik itu. Sumpah rasa kaki seperti mau berpatah balik
tetapi kerana tangan emak kawanku yang menolakku ke depan maka terdorong-dorong
aku menghampiri Wak Jono yang sedang duduk bersila khusyuk atas bantal baldu
besar berwarna kuning. Imej berjubah dan
berserban putih lenyap terus di kepala.
Wak Jono yang didepanku ini berbatik Jawa warna coklat dengan tali
pinggang besar, sedang bersila terkumat kamit mulutnya berkata sesuatu yang
haram aku tak faham bahasanya. Tidak
berbaju dengan badan berkilat-kilat menambah efek ngeri yang taktau nak habaq
cemana, macam perogol bersiri pun ada. Huahuahua. Di badannya tersarung
selepang kuning. Tangannya laju
menggerak butir tasbih di tangan yang ku kira sebijik-bijik tu ada sebesar buah
moktan rambutan. Kalau dihayun semua tu kat kepala kalau tak
aruah, buleh nazak la la tu jugak. Di
depan Wak Jono, berlonggok lima enam bekas kemenyan berasap-asap.
Lebur semua rasa ingin datang berubat.
Di dinding belakang tempat Wak Jono bersemayam tu, tergantung
bertali-temali kain panjang kuning. Dan..
oiii apajadah tetiba di atas kepalanya tergantung potret Ratu Pantai Samudra
Selatan yang bernama Nyi Roro Kidol tu.
Aku tau sebab pernah tengok filem tu zaman sekolah menengah, artis Indon
nama Suzanna yang berlakon citer tu.
Kahkahkahkah.. Hangpa google la
sendiri imej Nyi Roro Kidul tu cemana, bagi aku memang tak logik sangatla kot orang
hat dipercayai warak dan alim-alim ni nak dok puja-puja lagenda tu sampai
menggantung potretnya di dinding. Motif ko nak gantung gambaq seksi gila tu, tak selari dengan imej Wali
Songo bersembilan tadi. Persepsi aku
terhadap Wak Jono pun sebenarnya sudah berputar 360 darjah. Buta tuli sungguh
orang-orang yang kata dia alim warak.
Taksub sampai kebas kepala, benda semudah tu pun takleh nak buat
penilaian !
Perbualanku dengan Wak Jono selepas itu sebenarnya tidak masuk dalam
kepalaku yang sesak dengan imej-imej bercelaru di depan mata. Dalam hati ku menyumpah-nyumpah akan
kebodohan sendiri kerana termakan ajakan kawanku pergi berubat dengan Wak Jono
tu. Hasil telekan Wak Jono, dia
memaklumkan aku ini banyak melanggar pantang larang sebab itu banyak
alien-alien nak berdamping. Di akhir
sesi Wak Jono membekalkan aku dengan sebuah tangkal berbalut kain kuning yang
pekat berbau kemenyan. Berat tangan aku
nak mengambilnya tetapi disuguh-suguh oleh emak kawanku tadi yang nyata tidak
berkenan dengan caraku yang memang ketara curiga dengan Wak Jono.
“Kau ambil tangkal azimat ni, letak di bawah bantal tiga malam
berturut-turut bila mahu tidur. Siang
simpan di tempat selamat. Jangan
sekali-kali dibuka kerana aku akan tahu.
Ini kerana azimat ini akan pulang
kepadaku kalau kau buka lihat apa isinya di dalam !” katanya tegas.
“Ramai yang datang berubat dengan aku semua serius orangnya, kau ini aku
tengok macam main-main. Tidak serius..
jangan begitu. Ilmu aku ini kalau di sana
(Indonesia) menjadi rebutan orang. Bla
bla bla..”, panjang lebar dia berleter sampai aku tak tertangkap apa yang Wak
Jono dok meraban.
Akhirnya kamipun pulang. Dalam
kereta aku ditarbiah secara sipi-sipi oleh kawanku dengan emaknya anak
beranak. Emaknya berkali-kali dok kata
nak buat apapun kita kena yakin, yakin tu kunci kepada segala kejayaan
usaha-usaha kita ni. Sepintas lalu
emaknya seperti kecewa dengan aku yang seolah-olah mempertikaikan kewarakan dan
kehebatan ilmu Wak Jono tu. Apa yang dua
beranak tu dok merepek pun tak masuk dah dalam telinga aku, aku rasa nak lantak
dan lantakkan sahaja di situ.
Alamak dah nak pukui 2.. waktu rehat dah habis. Tu malas cerita, kalau start menaip memang
lupa dunia. Sambung nanti no, sekarang ni kena berbalik kepada tugas hakiki ku…
saya yang menurut perintah ! Hehehe..
6 comments:
Rumah kedai tingkat atas yg kita duduk tu ka.. tak pnah plak aku rasa seram sementelah aku kalo balik teruih lena xingat2 hahha... kalo hujan bilik kita banjir hahaha dok tingkat atas pun bole banjir kan...
Rumah itu la, kejadian ni lama sebelum hang mai bersekedudukan dengan aku di situ. Haha
Apa ni cita x habih???
Tunggu part 2, jenis bercerita tak reti nak bagi ringkas-ringkas hehe
Wak jono yg p mas joko phewww kelaut la
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
Post a Comment