Wednesday, December 11, 2013

Wak Jono (part 1)



Nak sambung cerita Lombok tapi ‘roh’ tak sampai, jadi biar dulu sat. Takkan lari Lombok dikejar. Kalau rajin aku kongsikan lagi gambar-gambar keindahan Lombok di blog ini nanti, sekarang ni terhad saja sebab pakai internet opis punya, wifi sendiri sudah patah riok dipijak si Rasyid dalam satu tragedi hamukan.  Nak pi tukar dongle (eh ?) nama natang tuh kena perosah carik warranty card dia yang entah wujud ke tidak lagi dalam rumah tu. Nak beli sendiri hat buleh share 5 orang users  macam yang dok guna sekarang ni mengekoskan diriku sebanyak RM199.  Oh My ! Baik aku pi beli minuman kecantikan Kolagen Kinohimitsu tu kurang-kurang lepas telan dua botol buleh perasan lawa depan cermin. Kahkahkah ! Okey, sila abaikan ayat terakhir tu.


Entry kali ni takdak kategori maupun klasifikasi, pakai taip jer ni apa terlintas sementara dok menanti nasik lemak cabai tak berapa masaknya yang ku beli kat minimart sat-sat hadam dalam perut.  Begini kisahnye.. sebelum masuk keja gomen, aku bekerja kat satu kampeni  perunding di Puchong.  Aku tinggal menyewa di belakang Tesco sekarang ini.  Ada rumah lot kedai, entah rumah entah kedai akupun tak pandai nak klasifikasikannya.  Rumah kami  di tingkat dua, sewa dengan rakan-rakan bujang jugak.  Kat rumah tu plak macam ada terselit kemisterian yang tak terungkap sampai sekarang.  Rumah tiga bilik.  Lebih kepada lot pejabat kot sebenarnya.  


Aku jenis yang rasa bengap kalau tidur berkurung dalam bilik yang sempit.  Jadi aku angkut katil tu letak di ruang tamu.  Tidur sorang-sorang.  Lepas tu bila nak tidur rasa macam ada bayangan lelaki hitam di tepi katil, setiap malam.  Duduk dan merenung tiada berkedip matanya.  Jenuh aku baca semua surah-surah pendek dari Quran yang aku hafal.  Tak hilang jugak.  Dari tak jelas macam jelas. Aku penakut jugak tapi jenis penakut yang cuba-cuba jadi berani.  Maka aku set dalam kepala otak aku.. “Ohh itu jelmaan Bilal bin Rabah dok tunggu nak azan Subuh satgi”.  Mentang-mentang cerita dalam sejarah Islam, Bilal bin Rabah itu berkulit hitam, suaranya sedap bila mengalunkan azan.  Maka makhluk misteri tadi ku namakan Bilal bin Rabah.  Itu sajalah caranya nak memujuk diri yang ketakutan.  Untuk meneruskan hidup, perlu ada sekian-sekian penafian. Gitu kaedahnya. 


Tapipun, sudah hilang sedikit rasa takut timbul pula masalah lain iaitu aku jadi takleh tidur.  Hampir tiga bulan macam tu. Tidur malam terganggu, tak nyenyak sehingga prestasi kat tempat kerjapun sedikit merudum.  Menambah masalah lagi sebab tidur tak menentu maka timbul lingkaran gelap sekeliling mata, macam orang sakit sangat bermata panda begitu.  Macam mana mau tidur kalau dok perasan mahkluk hitam legam agam berdiri megah kat tepi katil kau tiap-tiap malam.  Jadi seorang kawan ni pun sudah timbul rasa kesian nak membantu.  Dia mempelawa aku berjumpa dengan seorang bomoh ustaz yang dia anggap sebagai alim ulamak bijak mengubat berasal dari negara seberang katanya, bernama Wak Jono (nama sebenar)  Mula-mula aku malas tapi selepas didesak berkali-kali dengan alasan apasalahnya mencuba untung-untung mujarab hilang selesai masalah aku, maka dengan berat hati aku pergi lah.
 

Tiba pada hari kejadian, kami bertolak dari rumah aku tu lebih kurang jam 11.00 pagi macam tu.  Kawan aku tadi datang menjemput, kami pi sekali dengan emaknya.  Sebelum sampai ke destinasi, kawan aku dan emaknya ni beria-ia la meyakinkan aku dengan memberi gambaran-gambaran bombastik tentang Wak Jono yang depa gambarkan kalaupun tak sama  tapi hampir-hampir nak setaraf dengan Wali Songo bersembilan tu.  Pendek kata  kalau kat Indonesia tu salah sorang Wali Songo yang bernama Sunan Kalijaga tu paling masyhur, Wak Jono ni pun apa kurangnya cuma tak tersenarai dalam sejarah persufian  para wali bersembilan ni jer.  Kesimpulannya hebat jugakla.  Dalam hati aku ni macam dok kata iskk ye ke kawan aku ni, sebab beria sangat dok up tak berpada-pada tentang Wak Jono ni.  

“Setiap malam Jumaat, orang kata rumah dia  bercahaya.. kesan kewarakan dia !” ujar kawanku ini sambil diia-iakan emaknya. 

“Bercahaya macam mana ?” soalku.

“Macam pasang lampu tu la, tak cerah tak terang tapi bukan cahaya lampu!”ujar kawanku lagi bersemangat.

“Dia pakai mentol LED Philips hat jimat tenaga tu kot.. lampu tu pun terang tak terang sangat, malap pun tak malap sangat,” kataku lagi sekadar memberi pendapat.

“Kau jangan main-main, bercakap benda tak elok pasal Wak Jono ni nanti dia dapat tau ha mati kau !”kata emaknya serius.  Soheh gila taksub betui dua beranak ni dengan Wak Jono.  Aku mendiamkan diri, demi menghormati emak kawan aku.  Banyak yang bermain di kepala tetapi tak manis pula nak berhujah beria-ia mengenangkan status aku yang menumpang kereta depa. Hihi.   


Hampir satu jam perjalanan maka kamipun sampai juga ke rumah Wak Jono.  Maka masing-masingpun keluar dari kereta.  Di luar rumah ada pangkin kayu disediakan.  Kelihatan beberapa orang lain yang mungkin mempunyai tujuan serupa dengan kami juga berada di situ.  Semuanya pun gaya-gaya orang baik-baik saja.  Ya, macam pergi ke Darussyifa lah, yang pergi nak mendapatkan khidmat mesti berpakaian sesuai dengan konsep Darussyifa, mampuih nak jumpa yang berimej gothic dengan solekan smokey eyes kat sana.  Begitu jualah suasana kat rumah Wak Jono ni.  

“ Wak ada ke ?”tanya mak kawan aku ramah pada sekian yang menunggu.  

“Ada, dia baru masuk solat sunat kat dalam.  Orang warak macam tu la, bukan macam kita ni yang wajibpun kadang-kadang tak buat” terang sorang pakcik yang sedang menunggu dengan ramah tamah, juga dengan wajah yang  terkagum-kagum barangkali.

“Solat sunat apa tengahari rembang ni.. time ni bukan ka haram solat sunat ? ”  soalan yang bermain-main di minda terkeluar jugak di mulut aku.  Emak kawan aku tadi mencuit-cuit tangan aku dari belakang.  Ok faham, takyah  banyak bunyi diam sudah.  Jadi kamipun sama-sama menunggu Wak Jono menghabiskan solat sunatnya di tengahari tatkala matahari terpacak nun betui-betui atas kepala.  Musykil betul aku.  

“Orang alim ni amal ibadat diorang lain, takkan nak sama macam kita..kita kalau buat yang tu, yang itu jer lah takde nak tambah- tambah ! ”, kata emak kawan aku.


Maka penantian kami selama 30 minit selepas itu sesak telingaku diisi dengan cerita-cerita kehebatan dan kewarakan Wak Jono yang tiada tandingannnya.  Daripada cerita kewarakan dia dengan amalan-amalannya sehinggalah ke air penawar yang sangat mujarab kata mereka.  Menurut cerita seorang daripada tetamu ni..

“Pernah tivi rumah pakcik mati,terlintas di kepala pakcik ni nak ambil air penawar yang Wak ni buat renjis-renjis sikit kat tv pakcik tu haaa.. bila on kan switch dia terus hidup.  Ya Rabbi.. hebat sungguh !”.  Aku gelak dalam hati.  Tak sampai hati nak gelak kat depan-depan muka dia.


Tetiba muncul seorang lelaki bertanya di antara kami semua siapa lagi yang belum berjumpa Wak Jono.  Emak kawan aku terus laju menunjuk kearahku.

“Haaa, kamu ! Masuk dulu jumpa dengan Kiai..”, katanya.  Pembantu Wak Jono barangkali.  Dan daripada Wak terus upgrade jadi Kiai.. kehkehkeh ! 

“Serious sikit jangan dok main-main, Wak tahu kita ni ikhlas ke tidak nak berubat dengan dia”, teguran emak kawan aku tadi terus mematikan senyuman aku yang takleh nak tahan-tahan.  Macam tau-tau je makcik ni apa ada dalam hati aku.  


Kami masuk ke ruang tamu, kosong.  Lelaki yang aku rasa pembantu Wak Jono yang sudah upgrade ke status Kiai tu menunjuk kepada kami arah bilik tempat Wak Jono mengubat orang.  Dalam kepala aku ni tertera-tera imej Wak Jono berjubah dan berserban putih, berjanggut putih sekurang-kurangnya.  Wajah ada sinar ataupun sekurang-kurangnya terpancar ‘nur’ orang beriman.  Yerlah paling bodo pun nampak lebih kurang macam watak Tok Adi dalam Tanah Kubur tu kan…kewkewkew!  Sesuai dengan tahap kekaguman orang-orang yang datang berubat dengannya.  Berdebar-debar jugak hati aku dibuatnya. 


          Sampailah kami di depan bilik yang bertutup pintunya.  Di dinding luar bilik itu seperti jangkaanku, tergantung semua potret Walisongo bersembilan yang terkenal di nusantara Indonesia itu. Daripada Sunan Ampel, Sunan Drajat, Sunan Bonang, Sunan Kalijaga sampai la ke Sunan Giri semua ada.  Aku menarik nafas dalam-dalam, hati tiada berperasaan walaupun sedikit cuak.  Maka emak kawan aku tadipun selepas terkumat kamit mulutnya membaca sesuatu sebelum pelan-pelan menolak pintu tempat Wak Jono bersemayam.  Bersemayam kata kau, yer lah dah payah sangat nak jumpa.


Demi terbukak pintu bilik itu, ternganga mulut aku dibuatnya.  Terasa  berpinar-pinar sekejap pandanganku.  Bukan disebabkan ‘nur’ kewarakan Wak Jono yang melimpah ruah dalam bilik itu.   Sumpah rasa kaki seperti mau berpatah balik tetapi kerana tangan emak kawanku yang menolakku ke depan maka terdorong-dorong aku menghampiri Wak Jono yang sedang duduk bersila khusyuk atas bantal baldu besar berwarna kuning.  Imej berjubah dan berserban putih lenyap terus di kepala.  Wak Jono yang didepanku ini berbatik Jawa warna coklat dengan tali pinggang besar, sedang bersila terkumat kamit mulutnya berkata sesuatu yang haram aku tak faham bahasanya.  Tidak berbaju dengan badan berkilat-kilat menambah efek ngeri yang taktau nak habaq cemana, macam perogol bersiri pun ada. Huahuahua. Di badannya tersarung selepang kuning.  Tangannya laju menggerak butir tasbih di tangan yang ku kira sebijik-bijik tu ada sebesar buah moktan  rambutan.  Kalau dihayun semua tu kat kepala kalau tak aruah, buleh nazak la la tu jugak.  Di depan Wak Jono, berlonggok lima enam bekas kemenyan berasap-asap. 


Lebur semua rasa ingin datang berubat.  Di dinding belakang tempat Wak Jono bersemayam tu, tergantung bertali-temali kain panjang kuning.  Dan.. oiii apajadah tetiba di atas kepalanya tergantung potret Ratu Pantai Samudra Selatan yang bernama Nyi Roro Kidol tu.  Aku tau sebab pernah tengok filem tu zaman sekolah menengah, artis Indon nama Suzanna yang berlakon citer tu.  Kahkahkahkah..   Hangpa google la sendiri imej Nyi Roro Kidul tu cemana, bagi aku memang tak logik sangatla kot orang hat dipercayai warak dan alim-alim ni nak dok puja-puja lagenda tu sampai menggantung potretnya di dinding. Motif ko nak gantung gambaq  seksi gila tu, tak selari dengan imej Wali Songo bersembilan tadi.  Persepsi aku terhadap Wak Jono pun sebenarnya sudah berputar 360 darjah. Buta tuli sungguh orang-orang yang kata dia alim warak.  Taksub sampai kebas kepala, benda semudah tu pun takleh nak buat penilaian !


Perbualanku dengan Wak Jono selepas itu sebenarnya tidak masuk dalam kepalaku yang sesak dengan imej-imej bercelaru di depan mata.  Dalam hati ku menyumpah-nyumpah akan kebodohan sendiri kerana termakan ajakan kawanku pergi berubat dengan Wak Jono tu.  Hasil telekan Wak Jono, dia memaklumkan aku ini banyak melanggar pantang larang sebab itu banyak alien-alien nak berdamping.  Di akhir sesi Wak Jono membekalkan aku dengan sebuah tangkal berbalut kain kuning yang pekat berbau kemenyan.  Berat tangan aku nak mengambilnya tetapi disuguh-suguh oleh emak kawanku tadi yang nyata tidak berkenan dengan caraku yang memang ketara curiga dengan Wak Jono.

“Kau ambil tangkal azimat ni, letak di bawah bantal tiga malam berturut-turut bila mahu tidur.  Siang simpan di tempat selamat.  Jangan sekali-kali dibuka kerana aku akan tahu.  Ini kerana azimat ini  akan pulang kepadaku kalau kau buka lihat apa isinya di dalam !” katanya tegas.  

“Ramai yang datang berubat dengan aku semua serius orangnya, kau ini aku tengok macam main-main.  Tidak serius.. jangan begitu.  Ilmu aku ini kalau di sana (Indonesia) menjadi rebutan orang.  Bla bla bla..”, panjang lebar dia berleter sampai aku tak tertangkap apa yang Wak Jono dok meraban.


Akhirnya kamipun pulang.  Dalam kereta aku ditarbiah secara sipi-sipi oleh kawanku dengan emaknya anak beranak.  Emaknya berkali-kali dok kata nak buat apapun kita kena yakin, yakin tu kunci kepada segala kejayaan usaha-usaha kita ni.  Sepintas lalu emaknya seperti kecewa dengan aku yang seolah-olah mempertikaikan kewarakan dan kehebatan ilmu Wak Jono tu.  Apa yang dua beranak tu dok merepek pun tak masuk dah dalam telinga aku, aku rasa nak lantak dan lantakkan sahaja di situ.


Alamak dah nak pukui 2.. waktu rehat dah habis.  Tu malas cerita, kalau start menaip memang lupa dunia. Sambung nanti no, sekarang ni kena berbalik kepada tugas hakiki ku… saya yang menurut perintah !  Hehehe..

6 comments:

amykimi said...

Rumah kedai tingkat atas yg kita duduk tu ka.. tak pnah plak aku rasa seram sementelah aku kalo balik teruih lena xingat2 hahha... kalo hujan bilik kita banjir hahaha dok tingkat atas pun bole banjir kan...

Naja said...

Rumah itu la, kejadian ni lama sebelum hang mai bersekedudukan dengan aku di situ. Haha

emak. bukan penari tiang said...

Apa ni cita x habih???

Naja said...

Tunggu part 2, jenis bercerita tak reti nak bagi ringkas-ringkas hehe

Unknown said...

Wak jono yg p mas joko phewww kelaut la

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.