Imej dari web growmama.com
Semalam Rumaisa
sibuk minta dipakaikan telekung, nak solat katanya. Solat Maghrib, tapi dua rakaat sahaja. Takpa, practise
makes perfect. Lepas bagi salam
sambil tersenyum simpul kat aku, dia cepat-cepat tadah tangan berdoa. Mulut terkumat- kamit .
“Kakak, kuat la sikit doanya.. mak tak dengar la.. “ aku usik dia.
Dijelingnya
aku sekilas sambil tersenyum tak putus-putus.
“Mak, ayah doa pelan-pelan. Kakak doa pelan-pelan la” jawapnya.
“Ala, mak tak dengar kakak doa apa.. mak nak aminkan jugak doa
kakak”.
Rumaisa diam sebentar, tarik nafas lalu melafazkan doanya dengan penuh tawadduk..
“Allah, Allah pandai.. Allah bijak. Kakak bijak jugak Lasyitpun bijak. Allah ampun mak. Ampun ayah, ampun Lasyit,
ampun bibik. Ampun semualah senang sikit.
Ayah merrrokok bahayaaaa. Mak tengok
tivi, ulall (*ular).. buaya.. bison.. impala.
Syeringa.. syeringa.. syeringa(*singa)….”
Amboi, mai
tang mintak ampun untuk mak.. sangat NatGeoWild doanya ! Tak puas hati sungguh dia dengan Big Cat Diary yang aku dok tengok tu agaknya..
5 comments:
hehe..amin..pandai la cikmai nih!.. :)
ampun semualah senang sikit
win!
tu la kak sapa suh tengok channel laen selain babytv. kan dia dah mintak doa. hahaha
muhahahha... cikmai tlg mintak ampun.. amatt!
Pandainya.... Mak dosa byk dok brebut tivi dgn cik mai tu yg kena ampunkan hehehh
si cute!
Post a Comment