Walau terbentang luas jalan lurus untuk
dilalui, kadang-kadang kita memilih laluan berliku kerana hasrat hati ingin
tahu apa yang bakal ditemui di perjalanan nanti. Untung sabut, timbul. Untung batu tenggelam.
Hanya kekuatan hati, tekad dan azam yang
membara mampu membawa kita sampai ke destinasi.
Esok balik kampung. Rindu benar dengan emak. Harap waktu yang hampir seminggu di kampung
dapat merawat segala rindu lara yang bersarang di jiwa.
Oh, ini bukan puisi. Ini catatan tentang apa ada dalam hati. Tengok, siap ada gambar =)
2 comments:
Hang siao lukis gambaq noh, kira nak jd blogger al-pelukis yang tegar lah nih!!!
- Pak Jenon
Jenon - tu la petang ni sedikit gigih.. bukan al pelukis, jauh sekali pemblogger tegar. mak sekadar di pinggiran.. hehehe. kau mampu ?
Post a Comment