Sekarang ni
petang-petang, kat TV9 ada satu sinetron Indon tengah tayang tajuknya
Anugerah. Mungkin dah lama tayang, episod entah yang keberapa tak pulak aku periksa. Tati, bibik Rumaisa dan Rasyid memang mengikuti cerita
ni, rasa macam dia tak pernah terlepas kot.
Kadang-kadang aku tengok bibik menangis, kadang-kadang dia gelak
sorang-sorang. Kadang-kadang mengomel
geram.
Dua hari
lepas aku tumpang tengok, tengok secara full satu siri. Sebelum ni aku jelling-jeling saja sebab sinetron memang tak pernah serasi dengan jiwa aku. Nak plak dalam bulan Jun ni aku memang
hari-hari buleh kata balik awal. Kalau
waktu kerja habis jam 5, aku punch kad jam 5.15 paling lewat. Tak kuasa dah nak bertunggu-tangga kat opis,
kerja tetap kerja ia takkan habis. Esok
boleh sambung lagi.
Berbalik
pada sinetron tadi, setelah melihat satu siri dan mulut sama rancak bertanya
dengan bibik jalan cerita yang lepas-lepas.
Cerita Anugerah ni lebih kurang macam ni
(berdasar cerita Tati.. hehehe )
…..Bima telah berkawin dengan Wulan, tapi Wulan disahkan
mandul. Demi cinta sucinya, Wulan tetap
mahu memberikan Bima zuriat. Wulan buat
rawatan kat hospital, tapi entah macam mana sampai hari nak buat rawatan tu
kesilapan terjadi kat hospital. Fail rawatan
Wulan dan fail Nabila sudah tertukar.
Nabila nak buat rawatan membuang ketumbuhan dalam perut kot, maka rawatan
yang sepatutnya Wulan lalui telah tertukar dengan rawatan yang sepatutnya
diberikan kepada Nabila. Secara tak
sengaja, Nabila pun menjadi ibu tumpang maka lahirlah Anugerah. Nabila pula sedang berpacaran dengan
Fendi. Fendi ialah saudara seayah dengan
Bima, emak lain-lain. Sangat sinetron !
Anugerah ni menjadi rebutan semua pihak kaedahnya. Nabila nak, emak Bima pun nak, Wulan pun nak
sampai dah jadi cacamarba. Pendek kata semua orang punya derita
masing-masing yang tahap teragung punyer dek kerana mau kan Anugerah ni jadi
milik masing-masing. Maka timbul la dendam kesumat bagai, bersimpang siur dan
bersilang pangkah....
Dalam citer
ni, Nabila sebagai ibu kandung kepada Anugerah, maka penderitaan emosi dia
digambarkan secara begitu mendalam sekali.
Macam biasa, watak heroin sinetron ka telenovela ka mesti hat jenis
terlalu baik, super berpasrah, redho dengan ketentuan Ilahi walaupun time tu
orang mai ludah muka hang, sepak hang bertubi-tubi ke atau maki hamun hang (
buleh je nak tampar balik atau mempertahankan diri) tapi sebab kau heroin maka
kau kenalah redho dan nangis-nangis berserah aje sebab tu dah ketentuan Allah
katanya. Pendek kata kerjanya menangis,
menangis dan menangis jer lah.
Pastu kalau
hat watak jahat, jahatnya terlampau-lampau sampai bercakap, senyum, gelakpun
semua cara orang jahat ya amat. Lagi
pening bila ada banyak sangat orang jahat dalam sinetron. Kalau ada 5 orang baik, maka akan ada 30
watak jahat yang menjadi penghalang.
Emak Bima pada awal cerita adalah perempuan yang baik, lembut dan
keibuan gitu (berdasar cerita bibik gak
la) tapi sekarang sudah jadi jahat sejahat-jahatnya sampai sanggup racun cucu
sendiri iaitu Anugerah untuk memfitnah Nabila.
Yang aku tengok hari tu plak, emak
Fendi sudah eksiden. Dihantar ke
hospital lalu dimaklumkan oleh pihak hospital, hanya Dr (apa nama ntah dia)
satu-satunya doktor yang mampu menyembuhkan mak Fendi. Dr lain tak buleh, tak reti, tak pandai, tak
berkemampuan. Hospital kat Malaysia
mampu buat macam tu ? Hospital punya la
besaq dan moden. Kalau taraf Klinik Desa
kat kampung aku tu, aku percaya gak la sebab doktor pun tadaaa. Yang ada cuma jururawat desa sahaja. Dan anak Dr ni plak namanya Alexa, memang
gilababi kemaruk dekat Fendi. Jadi Dr ni
pun bagila syarat kat Fendi dan keluarga, kalau nak mak dia sembuh, Fendi kena
terima Alexa sebagai teman hidup. Kalau
tidak dia tak buleh buat apa-apa. Dengan
kata lain, kalau mati pun mati lah.. sapa suruh hang tak terima cinta anak aku
? Gitu.
Dasar suka mengambil kesempatan !!
Lepas pada
part tu aku takleh tengok dah. Merepek
sangat. Tapi bagi Tati, cerita ni best kerana
meresap ke dalam sanubari. Menimbulkan
keinsofan yang mendalam katanya. Meresap
tak meresap kalau sampai ujung bulan ni tak habis gak cerita ni dan bibik masih
lagi dok folo, aku nak letup TV tu. Nak
letup Tati kejam sangat pulak, kang muka aku kuar sotkabar muka depan.
10 comments:
Rasa macam nak tabik spring kat sapa yang mampu layan cite sinetron nie. Kalau aku memang tak mampu bertahan.
Lizzie - Ada 101 episod kot. Mampuih keras nak tunggu sampai habis.. !
aku dulu ikut sinetron hikmah.
rasa cam gerammmm tak abis2.
wei, hang takyah letup sesapa pon.
set password kat decorder astro.
kehkehkeh
YA ALLAHHH KAKKKKK
aku ni bergaduh ngan waheeda hari2 pasai dia layan anugerah ni. time aku duk type komen pun heroin tengah duk cakap tepon dalam kereta cemas buat apa tah.
waheeda ketagihan.
Tinie - kalo set password mcm tak demokrasi sangat plak.. Hmm, macam kan letup tv tu demokrasi sangat yer.
Rai - Anak2 akupun, tak padan kecik dok sebut Nugi.. Nugi. Time Anugerah ni dok main kat Tv depa pun diam sama kosyok, kasik chance kat bibik. Sangat berkomplot !
suke kat lagu dia jer..hehehe
hehe..aku buleh stress tengok sinetron..punyalah lama nak abih! ntah berapa kali ulang dah anugerah ni kan?..macam x abih2 pulak aku rasa..hehe..
Betui Rinie, memang mengundang stress. Baik aku tengok NGW!
Mak aku pun layan sinetron dari kul 3pm smpai.ler magrib dok btukaq2 citer... Lg satu citer NADA CINTA... Rimas aku... Epsod bjela2 meleret nyer mnangis haish... Sib baik aku xdak bibik kalo dak aku apungkn bibik balik indon naik tongkang bskali.dgn tv sbgai sebenier hahhaha
Amy - hahahaha. bibik dpt tv sebagai sebenier tu tak tahan...
Post a Comment