Monday, July 11, 2011

Jumaat yang galau...

Jumaat haritu elok saja sampai umah Tati bagitau Rumaisa jatuh terlentang, rebut kerusi dengan Rasyid. Kepalanya bengkak besar. Ayat dia belum habis aku terpa tengok kepala Rumaisa, ada bengkak besar, pastu ada lebam kaler maroon 5 sebesar duit lima kupang. Dan ada sikit luka.

“Sudah kompres’’ kata Tati.

“Kompres tu menatang apa bik? “

“Tekan-tekan dengan tuala panas…” jawap dia. Oke kompres tu tuam!

“Dia ada muntah-muntah” info bibik yang bikin cemas.

EnWTT belum sampai balik. Terus ajak Tati bawak Rumaisa pegi spital terjah emejensi tapi ni kategori kecemasan kah ? Jabatan Kecemasan hanya untuk kes-kes kecemasan seperti kemalangan yang melibatkan kehilangan darah, patah riuk, tidak dapat bernafas dan kes-kes berat yang membabitkan kemungkinan kehilangan nyawa. Tapi aku gagah gak pi situ dan kalau kata dorang soh pi klinik aku bawak pi kliniklah nanti.

“Encik nak tanya, anak saya ni jatuh pagi tadi dalam kul 11, kepala dia ada sikit bengkak dan lebam-lebam serta luka. Saya balik kerja tadi kui 6 macam tu bibik dia kata sudah muntah 3-4 kali macam tu. Saya patut bawak ke sini atau kena pegi Klinik Kesihatan sana?” aku tanya dengan staff yang bertugas di kaunter.

Terus kami disuruh masuk ke bilik Triage. Maklumat kejadian diamik, pemeriksaan dilakukan serta merta. Dalam 3 minit lepas tu kami diberi kad Kuning dan Rumaisa dibawa masuk ke Bahagian Separa Kritikal. Hati aku berdebar-debar. Rumaisa elok saja keadaannya takdak nampak lembik lesu macam orang sakit. Main-main lagi ada.

Lepas diskas sesame depa, doktor bagitau aku Rumaisa akan dipengsankan untuk buat prosedur CT scan, skan menyeluruh bahagian otak untuk mengesan kecederaan di tengkorak ataupun di dalam kepala. Serasa mau luruh jantung aku time tuh. Minggu lepas Rasyid pun kes yang hampir sama, terjun dari babycot dia, kepala terantuk di frame pintu yang keras tapi Rasyid tak adalah sampai kena buat CT scan ni, tapi kepala dia kena xray saja dan Alhamdulillah takdak apa-apa.

Dalam jam 630 macam Rumaisa diberi minum sejenis ubat nak bagi dia mengantuk dan tidoq dalam masa 15 minit. enWTT pun sampai. Kami semua sabar menunggu Rumaisa tidoq. Tapi, 20 minit lepas tu cergas saja dia berlari-lari dalam situ pi jenguk-jenguk orang lain yang tengah sakit. Doktor bagi pulak dos pertama suntikan, tambahan.

“10 minit nanti dia mesti tidur” kata nurse yang ramah-ramah.

Doktor pun berulang alik tengok dia. Stretcher sudah disiapkan untuk bawak dia ke bilik CT scan. Semua orang tengok jam. Tapi setelah 20 minit suntikan pertama Rumaisa tak jugak tidoq-tidoq. Doktor yang bertugas mai tanya aku Rumaisa ni memang jenis aktif susah tidoq ke apa.. aku cakaplah dia memang tak tidoq siang. Bangun jam 730 pagi macam tu, nak tidoq pulak jam 10 malam satgi. Kata doktor, kategori hyper. Pastu jam 7.30 satu lagi dos suntikan diberi.

“Ini kalo tak tidur jugak, Rumaisa memang la otromen!” kata doktor bergurau senda.

Dua dos sudah. Rumaisa pun dibaringkan dan ditolak ke bilik CT scan. Dia belum tidoq tapi doktor dan team beliau sangat optimis dia akan lena sebaik saja sampai ke bilik tuh. Sebagai ibu akupun pasrah. Rumaisa ni syok kot naik katil yang boleh gerak dia asyik dok babai-babai aku sambil bergelak ketawa.

Sampai bilik CT scan, aku tak dibenarkan masuk hanya tunggu di luar. Menunggu dalam debar, 15 minit lepas tu doktor dan juruteknik CT scan tu keluar, Alhamdulillah rasa lega. Tapi rupa-rupanya panggil aku masuk minta tolong tidoqkan Rumaisa sebab dia tak jugak pengsan. Alahai anak emak.. awat la mata kamu degil sangat. Sorang pembantu perubatan tu cakap dia dah puas tepuk-tepuk dan dodoikan tapi tak nak tidoq jugak. So akupun masuk bilik tu dengan lampu semua ditutup bagi gelap. Terus dia bangun sembang-sembang dok citer lampu laser kaler merah tu beshhh plak. Akhirnya dia ditolak keluar dari bilik CT scan tu di bawa masuk ke bilik emejensi. Doktor-doktor tengah berbincang ntah apa. Dalam 20 minit lepas tu sorang doktor pakar mai kat aku bagitau nak suntik morfin kat Rumaisa nak bagi dia tidoq. Aduiii.. morfin pun morfin la. Jam 850pm, sekali lagi Rumaisa dicucuk.

“Tunggu 5 minit pasni semua setel” kata doktor.

Rumaisa start keriau-keriau, memberontak dia dah mula rasa mengantuk kot.. mengantuk secara tak natural buat dia rasa pelik. Mula la dia buat perangai menyorok di bawah katil. Baring-baring kat situ, bila tarik keluar dia mengamuk. Pastu soh aku nyanyi lagu Kucing, la Oh Ibu la.. 1234 la kat dia.. aku nyanyi pelan-pelan kat dia, dah 15 minit berlalu dia takmo jugak tidoq. Doktor lagi sekali mai melawat.

“Memang kuat badan dia ni, tiga kali suntik tak tidur.. dah bagi morfin tu.” Kata doktor pastu datang dua orang doktor bincang-bincang.

“Satu lagi suntikan terakhir akan diberi, kalo selepas ini dia tak nak tidur juga. Puan kena admit kat wad la, nanti bila dia tidur kita bawak ke CT scan” alamak, bab-bab nak tidur wad ni aku lemah.

Tapi pasrahkan jugak. Akhirnya setelah macam-macam prosedur dia buat, dalam kul 10 macam tu Rumaisa pun macam dah lali sikit. Dia terus dihantar ke CT Scan. Kali ni aku dengan enWTT dibenarkan masuk sama, siap-siapkan dia kat atas mesin tu. Tepuk-tepuk bagi dia lelap sepenuhnya. Terasa sayu plak ati tengok dia tidoq pulas apapun tak sedaq. Lepas tu dia ditinggalkan dalam bilik tu kami semua termasuk dengan juruscan bertugas duduk dalam bilik khas, buleh tengok imbasan otak dan tengkorak kepala dia. Berdebar-debar. Saja ramah-ramah tanya dengan jurusken tu.

“Doktor akan bagitau keputusannya nanti” maka bertambah-tambah la dupdap jantungku. Huhuhuhu…

Lepas siap prosedur CT scan brain scan tu, menunggu dalam debaran siap nangis-nangis, akhirnya dalam kul 1145 malam doktor mai bagitau, kepalanya tiada kecederaan dalaman. Alhamdulillah rasa tersangat lega. Penantian itu memang satu penyiksaan. Tapi, kami diberitahu dalam tempoh 48 jam kena berjaga-jaga kalo-kalo ada muntah atau demam tiba-tiba terus terjah balik situ, jangan tunggu-tunggu lagi.

Sehingga ke hari ni, Rumaisa adalah sihat sejahtera. Syukur padamu ya Allah.



NI dah lepas tamat prosedur CT Scan. Tidur nyenyak lepas dapat 4 suntikan.


Sampai dah buleh balik pun tidoq tak sedar-sedar jugak..



Ruang menunggu untuk parents di Unit Radiologi, tempat Rumaisa buat CT Scan

Masa dia pengsan kat sini, aku nangis gak la… nampak tangan enWTT ? Belaian terakhir untuk anakanda sebelum disorong ke dalam mesin tu. Huhuhuh

Rupaparas mesin Somatom untuk buat CT scan, brain scan.

10 comments:

Laxmi said...

uih scary.. sukur cik mai sihat.. lega lega!!

Naja said...

thanks lax.. memang lega. alhamdulillah!!

Anonymous said...

RUMAISA adalah jelmaan otromen TARO yg pupus.....hahaha

Fuuhhhh la la ..... said...

alhamdullilah cik mai sihat... suspen lak k.nora nih naja.... tp memang kebal sungguh anak dara ko nih... cucuk mopin pun tak lena2... ehehhehehe

emak. bukan penari tiang said...

awat aku baca entry ni sambey menanges pastu gelak...

rumaisa lucu tau! hahah!

tapi memang sedih la kalau tengok anak kena masuk mesin2 bagai..

june said...

alhamdulillah. aku tahu ko kuat.. cik mai pun lagi kuat dari ko..hahahaha.. take care k..

Nur Aini said...

apa pon....cik mai tetap comel n kuat! sayangggg cik mai!

umieliza said...

huhuhu.. sayu wei.. terbayang-bayang saat2 mcm tu.sob sob sob

marstories said...

alhamdulillahhh... :)

Naja said...

kepada semua yang berkongsi perasaan di sini, terima kasih diucapkan. komen-komen anda menyuntik semangat dalam diam..