Tapi kali ni bukan cerita pasal TIVI tu.. sebab tivi tu sihat walafiat saja. Jangan percaya pada tajuk sama seperti jangan percaya pada khabar angin. Sila percaya pada CCTV.. haram apa aku merepek ni. Arghhh !! Oh tivi itu, Rasyid dan Rumaisa pun tidak pernah mendekatinya untuk membega yang bukan-bukan di situ. Apabila tivi sejahtera, anak-anakpun sejahtera. Pesanan khidmat masyarakat ikhlas daripada saya !
Mukadimah macam biasa, kelauttt. Balik keje semalam belek peti surat, ada terima bil elektrik. Wahhhh, selalunya bil elektrik tak pernah kurang daripada RM150 sebulan. Tapi semalam punyer bil RM109.. sangat Sani Impression ! Aku rasa bulan lepas takdak pi mana-mana, buleh kata sepanjang bulan di rumah.
Tetiba teringat pasal penjimatan bil elektrik ni mungkin ada kena mengena dengan tivi yang slim a.ka LCD tivi. Menggunakan tivi gemok yang masih lagi menggunakan cathode ray tube CRT) untuk memancar gambar adalah menyumbang kepada penggunaaan tenaga letrik yang tinggi. Menukar kepada LCD tivi dikatakan dapat menjimatkan lebih 30% daripada purata penggunaan elektrik bulanan. Itu baru tivi, sekiranya aku beli dan tukar semua peralatan elektrik di rumah dengan yang jenis jimat tenaga contohnyer yang ada logo eco-save, peti ais dan ekon inverter dan apa-apa yang sama waktu dengannya maka peratusan tadi akan bertambah tinggi dan silap haribulan bil letrikmu adalah percuma ? Cheh.. jangan berangan daaaa ! Sila pi bayaq bil lektrikmu itu sebelum dipotong TNB !
Lagi satu ni info tambahan, jangka hayat LCD tivi adalah selama tujuh tahun atau bersamaan dengan 60,000 jam sahaja sekiranya LCD tivi tu dionkan 24 jam sehari. Gila ko, takde keja lain ka nak mengadap tivi ja seharian ? Selepas tarikh tersebut LCD tivi taklah mati terus tapi kualiti gambar dan kejelasannya akan berkurangan.. maknanya sekarang 2011, pada tahun 2018 aku akan menukar TV baru ! Hahaha.. gila berangan. Aku memang suka sebab berangan itu free, takyah bayaq bil untuk berangan.
Sekian rapuan saya pada hari Jumaat yang mulia ini.
2 comments:
ooo ya ka???
baru ku tau.
tapi kan naja, umah aku ada 3 biji tivi. satu lcd dan 2 lagi tivi gemok. tapi tapi tapi bil letrik tidak la plak cecah ratusan. oowh! aku takdak ekon seperti di rumah. gittewww. *ini komen bukan utk up up eh* muahahahahah
tivi gemok ku menyedut banyak karan barangkali.. dan penggunaannya maksimum, seawal jam 7.30 pagi sampai la kui 11 malam satgi, setiap hari.
ramainya tivi gemokmu... terkagum daku! haha
Post a Comment