Wednesday, July 6, 2011

Televisi on !!



Rupaparas tv yang sama tapi ni bukan tv umah aku.


Kat umah aku ada seketul TV gedabak bertajuk Sony. 29 inci. Memang besaq seketoi dok jadi tukun kat ruang tamu. TV tu dah lama dibeli dalam tahun 2004 tak silap, zaman plasma ka lcd belum wujud lagi kot kat Malaysia tercinta, apatah lagi LED TV. TV ni berat 50 kilogram. TV yang sangat berjasa kepada pancaindera penglihatan kami sekeluarga dan juga sangat memenuhi aspek napsu serakah yang memerlukan hiburan-hiburan ringan. Dulu TV tu aku tengok sorang-sorang, pastu tengok berdua bila dah berkawin. Lama-lama bertambah jemaah.. dah jadi bertiga, lepas tu sekarang ni ada 5 orang yang akan menyaksikan rancangan di TV itu pada satu-satu masa.

Pada tahun 2010, sekerat dari skrinnya berubah menjadi kaler kuning tapi gambarnya masih lagi jelas.. agak-agak dalam seminggu jugak dok jadi macam tu. Bila dapat gaji akupun pegi la ushar-ushar TV baru kat Kafur di Alamanda. Bila dah tetapkan hati nak beli TV baru, dengan kuasa Tuhan maka eloklah balik TV yang kuning-kuning tu. Seperti sediakala…Maka bab nak beli TV barupun tutup buku.

Awal 2011, tempat cucuk-cucuk cable astro dan dvd kat belakang TV lak rosak, cucuk apapun semua tak keluar gambar maupun suara kat TV. Aduihhh.. mujur ada lagi tempat cucuk kat depan. Maka gunala yang di depan. Hasilnya wayar jadi berserabut. Ada masanya kalo terlepas pandang, Rumaisa akan tarik wayar tu dan dia buat tempat duduk. Masuk kaki di celah-celah wayar tu dan cuba duduk di situ. Sangat membahayakan kesihatan!!

Sehinggalah baru-baru ini, satu lubang daripada tempat cucuk bertiga tu rosak lak, setiap kali mau tengok kena ekjas tarik wayar tu tegang-tegang pastu selitkan di bawah TV, barulah keluar gambarnya. Selagi keluar gambar dan suara kira oklah tu. Pastu akupun ada la telefon sorang tukang baiki peralatan elektrik. Cerita dengan dia serba sikit kerosakan dan tanya kos nak baiki tu berapa, “Paling murah la saya berani cakap tu dalam RM300 sebab kalo jadi macam tu, ada komponen dalam yang dah rosak” kata orang tu. Ntah apa rosakpun dia belum cek tapi harga dah letak awal-awal. Terbantut niat nak hantar baiki.

Pehtu dalam minggu lepas, hari cuti. Aku baru lepas mandi, Bibik Tati tengah bersilat kat dapur.. keluar bilik tiba-tiba ternampak Rumaisa sedang menarik-narik cable TV tu dan dia cucuk kat lubang tu, gambaq still tak keluaq lagi kat TV. Dia tarik tegang-tegang macam aku dok buat selalu pastu sedaya upaya dia cuba angkat TV 50 kilogram tu nak selit wayar tu kat bawah tapi memang tak terangkat la kan.. oleh kerana tak berjaya dia tarik tali tu pastu ikat di kaki rak TV tapi sebab tak reti nak ikat wayar tu terungkai balik, last dia tarik ke bawah dan tindih dengan DVD Player. Keluar gambar kat TV. Dia hepi tepuk-tepuk tangan dan memuji dirinya sendiri “pandaiiiiiiiiinyeeeee”. Semua tu sekelip mata.

Copot jantung aku. Sekilas tiba-tiba aku terkenang trajidi sorang budak perempuan umur tiga tahun, Cyndi Yeo yang mati dihempap TV saiz 24 inci seberat 30kg di Bandar Putra, Kulai pada Januari tahun lalu. TV tu menghempapnya bila kaki dia tersangkut kat wayar-wayar yg berselerakan. Cyndi Yeo mati kerana kecederaan organ dalaman. Aduihhh, itu 30kg.. bayangkan kalau TV 50kg yang menghempap ??

Maka dengan gigihnye aku g berutang beli TV baru.. mak swipe kedit kad.. mana nak cekau cash ! Bila tiba soal keselamatan anak-anak, memang tiada kompromi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tarak guna…

Oke, best dak alasan kenapa aku beli TV baru… ?

TV ni 13kg saja, kalo terbalik.. tertungging pun tadak efek maksima kot!

6 comments:

Fuuhhhh la la ..... said...

amboiii mokcik beli tv plasma u...cantik banget ehehhe.... nampaknya ko kena lekat kat dinding kalo nak selamat naja... insiden tv jatuh atas anak yakni Syahmi pernah berlaku satu masa dulu...tv ahkak pun lebih kurang kecik skit daripada ko... cap LG, mujur Syahmi luka ringan saja dan tv ahkak jugak luka ringan... masatu ahkak berkira-kira nak beli tv baru tp wat masa ni kena tunggula kut..altenatif beli kabinet tv baru dan stackan tv tu dgn pelekat dan lapik yang tak bergerak.. tunggu tiba masa yang sesuai baru nak beli tv baru .. kalo tukar ahkak ni da bercadang nak beli tv lekat ke dinding utk lebih selamat... ehehhehe.... pssttt beli kat mana tu???

Naja said...

bukan Plasma, lcd.. memang target awal nak carik plasma sebab plasma skrin dia kaca kalo takat anak dok p cucuk2 takdak apa aefek tapi takde yg dalam rega mampuswipe pada saaat nak dibeli.

Naja beli TV ni kat Carrefour, Alamanda. Hehehee

marstories said...

memang terbaik la hang punya alasan nak beli tv baru! hahaha... tapi betullah..kalau pasal keselamatan anak2, yang tu x boleh nak kompromi lagi.. hehe..aku sokong hang beli tv baru :)

TiNiE said...

fuyyoooo....
syabas!
tahniah!
hebat!

aku baru nak offer tv yg ado kat umah aku ni, nak tolak murah-murah. dah beli baru takperlah. heh.

Naja said...

Rinie - buat apa2pun mesti ada alasan yang terbaik kan.. tapi kadang2 takdak alasan pun buat jugak.. hehehe

Tini - too little too late! dowhh..

Laxmi said...

wahh bagus2.. i laik ur alasan.. nak curi alasan ko tuh tapi tu la anak2 aku tak brani nak bergusti ngan tv cam cikmai.. terpaksa den berpasrah for now ngan tv box aku tuh.. huhuhu.. takper still in gud condition.. guna jer lah!