Thursday, July 14, 2011

Ulasan untuk filem Transformers : Dark of the Moon


Semalam pi tengok citer ni pas abis kerja. Ok, buat pertama kalinya aku tengok filem aku taktau nak citer balik cemana. Serious filem Transformers ni bagi aku macam terlalu mekanikal sifatnya. Seperti seorang wanita cuba memahami enjin sebuah kereta yang berserabut dan berselirat dengan segala wayar dan kabel, atau seperti seorang pelajar aliran Sastera cuba belajar AutoCad tanpa guru. Memang sesat barat!

Ohh.. ikhlas aku cakap sepanjang hampir tiga jam menonton filem tersebut, imej yang melekat dalam kepala aku ialah tang part 5 minit awal, masa Carla naik tangga pi jumpa Sam di mana kamera focus kat kaki dan peha Carla… hahhahaa! Hat lain yang aku ingat, Decepticons tu jahat.. Autobot tu baik. Depa lawan, pastu lawan. Lawan. Lawan dan lawan! Akhirnya pihak yang baik pasti akan menang. Keseluruhan adalah 5 bintang aku bagi kat filem ni. Sila muntah darah untuk review filem kali ini.

6 comments:

marstories said...

hahaha..tahapahapantah hang punya review ni naja tapi hang bagi gak 5 bintang untuk filem ni ek..hehehe..

Naja said...

hehe rini. memang best la aksi-aksi tu semua. 5 bintang untuk aksi.. bukan untuk pemahaman aku! kekeke

umieliza said...

naja.. aku pun dah tgk.. kalau soh aku wat review pun.. haghammm x reti.. tp best bagi aku citer tu best.. ada unsur terkejut.. terkejut...& tetiba rasa cam keje kat bengkel kete jerr

Naja said...

haha umie, bagus lg sorang sependapat dgn aku.aku respek kat rini sebab dia leh ingat jalan cerita..

Laxmi said...

naja aku pun pi tengok citer nih.. siap pi midnite lagi.. yg aku ingat tuh.. aku cam tido seminit bangun tetiba secara terkejut sbb bunyi2an kuat.. hampeh i hate thiskinda mechanical movies!!! pi sbb sian laki aku takdak teman if aku tak ikot.. huk huk.. org kasik free tiket ajak aku pi lagi skali kompom aku akan tolak!!! :P

Naja said...

Lax.. aku cadangkan ko gi tengok lak citer Larry Crowne, citer best. Komedi dewasa yang matang.. bagi aku la. Citer pasal relationship. Julia Robert dengan Tom Hanks blakon. Hehehe

Pasal ko terpaksa gi temankan mrJaya tengok Transformers tu tak daya aku menolong.. ha ha ha