Aku
baru naik keja semalam, 3 September 2012.
Bercuti raya dari 17 Ogos hari tu.
Lama. Bersambung cuti sampai ke hari
merdeka. Semua di kampung. Terasa sunguh merdeka. Dihitung-hitung, 17 hari kot kat kampung. Sehingga ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik
jiran sekampung yang menyapa, kalau-kalau aku dah berenti kerja. Sakan beraya.
Puas dok dengan mak. Hajat di
hati nak lajak sampai sebulan, kang aku disuruh bercuti terus pulak. Hehehe..
Begitu resmi manusia, beri betis hendakkan dramstik.. kalau diberi dramstik
ntah apa pula yang dihajatkan. Gitew..
Naik
kerja semalam, bertukar boss baru lagi. Boss
yang hari tu yang aku gambarkan sebagai keibuan, kelembutan ibarat bayu
berpuput sudah naik pangkat. Baik budi
dan sopan tutur katanya aku simpan di dalam hati buat kenangan juga pedoman. Semoga lebih berjaya di tempat baru.
Yang
datang menggantikan pun tetap baik juga, biarpun berlainan bangsa dan juga cara. Itu bukan soal pokoknya. Tetap ramah dan mesra, seperti juga boss-boss
yang lepas. Aku rasa tak penting siapa
dan bagaimana boss kita, yang penting bagaimana membawa diri. Kerja dengan ikhlas, kerana kerja itu ibadah
juga memikul sebeban amanah. Yang lain,
serahkan pada ketentuan Allah.
Aku
juga berpindah ke pejabat baru.
Best. Dalam bilik ada tingkap. Boleh nampak tasik dan juga pemandangan
sambil merenung masa depan yang gemilang :)
Jumpa lagi.
5 comments:
Tukaq tmpt mana Pulak?
Masih di bahagian yang sama, cuma tukar tempat sebab boss baru duduk kat tingkat 4 :)
aku pon bertukar bos, bertukar dept dan juga bertukar bangunan. janji hepi!
betul tini.. yg penting hepi
aku pun ikutkan hati nak gak tukar ke keja lain.. tak tahan kat sini.. gila stressssssssssssssssss!!!!!!!!!!
Post a Comment