Mak bizi lately, ngalahkan Rose.. kalo Rose tau, nangis. Tadi, pergi berkenalan dengan boss baru. Isnin ni baru masuk menggantikan boss yang sekarang. Alhamdulillah. Mesra. Lemah-lembut. Tersenyum manis. Otomatik, terasa seperti tiupan bayu lembut bakal menyapa kami semua di pejabat ini.
Ibarat kata patah tumbuh hilang berganti. Kepada boss yang sekarang yang bakal meninggalkan kami semua, selamat jalan aku ucapkan, diiringi doa semoga kerjaya di tempat baru serasi dengan jiwa dan keupayaan. Oktober 2007 hingga Feb 2012, tersemat di lipatan kenangan pahit manis semasa menjalankan tugas sebagai ‘pa’ boss. Rasa usai sudah segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan, aku laksanakan sebaik mungkin dalam fasa itu. Kepada yang merasakan aku ini ‘terlalu berahsia’ atau ‘selalu backing boss’, terima kasih. Sekurang-kurangnya aku tahu, aku telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada aku dengan baik. Amanah itu ibarat pedang yang tajam, kalaupun ia tidak mampu membunuhmu pada satu ketika.. ia tetap melukakan kulitmu walau sedikit. Owh, syahdu !