Wednesday, April 22, 2009

Lunch

Tengahari ni aku mkn di rumah setelah terjadi perbualan berikut :

[12:21:19 PM] Naja: hehhe eh fina nak p mana ? beli mkn ?
[12:21:24 PM] fiena: NI DOK BUAT BUKING FLIGHT
[12:21:33 PM] fiena: A'AA EK.. DAH KUL 12.30
[12:21:45 PM] fiena: SAYA MEMANG LAPAQ NASI NI. JOM MKN

[12:22:40 PM] Naja: ok silaaa
[12:22:46 PM] fiena: kaknaja nk mkn mana
[12:22:48 PM] Naja: knaja xtau lg
[12:22:53 PM] fiena: dah siap dah keje
[12:22:58 PM] Naja: maybe balik umah mkn nasi lauk ikan tmenung msk asam ada belen sekor
[12:23:10 PM] Naja: knaja xde idea ekceli nak mkn apa
[12:23:14 PM] fiena: sedap tu masak asam
[12:23:18 PM] Naja: abg zikri yg masak. asalnyer nak buat masak asam ikan tongkol
[12:23:29 PM] fiena: boh asam jawa tu kan ?
[12:23:30 PM] Naja: sekali abis plak. ha boh asam jawa. tumis bawang putih merah. halia
[12:23:45 PM] fiena: itu memang kegemaran ku kaknaja tau.. sedap gila
[12:23:54 PM] Naja: boh bawang bsaq dua tiga bijik belah2 cam fina buat tomyam tu. hehe fina
[12:24:00 PM] Naja: kami dah tiga petang dok mkn menu yg sama. tiap2 hari masak centu
[12:24:01 PM] fiena: klu ikan masin lg waweeeeeeeeeeeeee
[12:24:05 PM] Naja: wakakkakakaa
[12:24:15 PM] Naja: better la dari goreng telur je
[12:24:17 PM] fiena: fuhhhhhhhhhhhhhhhh. sama la
[12:24:22 PM] Naja: simple dan sedap gilakkkk
[12:24:22 PM] fiena: ari 2 masak tu je
[12:25:14 PM] Naja: haiiiii berkecur ayaq lioq ku
[12:25:18 PM] fiena: din pun gila sama kaknaja. awat tak buat dari dulu lagi lauk nih :D
[12:25:25 PM] Naja: jom fina p umah knaja tengahari ni
[12:25:28 PM] fiena: :D
[12:25:31 PM] Naja: kita mkn lauk tu. tp ikan sorang sekerat la. nak tak ? tp jgn tengok umah
[12:25:40 PM] fiena: ada sekoq ja, mana cukup?
[[12:25:43 PM] Naja: umah mmg semak gila babun
[12:25:45 PM] Naja: cukupppp

[12:25:46 PM] fiena: *cukup??
[12:25:47 PM] Naja: kuah dia ada :D.
[12:25:49 PM] fiena: hahaha
[12:25:53 PM] Naja: goreng la teloq
[12:25:54 PM] fiena: ada ikan lg dak
[12:26:01 PM] Naja: ikan beku ada
[12:26:07 PM] fiena: cam ni camni.. knaja tunggu dlm kete, i p beli nasik ayam kat warisan
[12:26:19 PM] Naja: cepat seblum knaja tadah baldi tahan ayaqlioq. laa xyah la..
{12:26:27 PM] fiena: hahaha
[12:26:29 PM] Naja: mkn yg tu jer. tadak masalah lah fina
[12:26:32 PM] fiena: nasi byk ka
[12:26:35 PM] Naja: ada abg zikri masak sepot pagi td. cukup tak ?
[12:26:36 PM] fiena: saya lapaq ni, mau 4 pot tibai
[12:26:42 PM] Naja: wakakakakakaa
[12:26:45 PM] fiena: hahaha. giler!
[12:26:50 PM] Naja: xpe xpe kalo tak cukup kita topap mkn megi :D :D
[12:26:55 PM] Naja: jom jommmmmmmmm

[12:26:57 PM] fiena: kemarin mana mkn nasi
[12:26:59 PM] Naja: oic. ha xper xper...
[12:27:02 PM] fiena: jom
[12:27:02 PM] Naja: jom jom.. mkn jer apa yg ada
[12:27:04 PM] fiena: cam ni.. kak naja.. oiiii
[12:27:08 PM] Naja: fina tunggu kat keta knaja ok? byeeeee
[12:27:17 PM] fiena: meh kita p beli nasi kt kafe , sekotak dah ler
[12:27:25 PM] Naja: ok fina pi beli, knaja siap2 satgi knja tunggu fina kat keta. cepat cepat!
[12:27:38 PM] fiena: ok set! tunggu tau.. bai
[12:27:45 PM] Naja: bye

dan lepas mkn, sempat terjah umah bbsiter amik Rumaisa.. kelebek2 dia barang setengah jam pastu antar balik umah bbsiter tepat2 jam 2 petang. Aku dgn Fina bergegas balik opis..

P/s: Thanks Zikri coz awak masakkan lauk ikan kembung masak asam tuh.. Mcm biasa 5 bintang wa kasik penarafan sama lu punyer masakan !!

Terkenang

Tadi masa tengah menukar diaper Rumaisa, secara otomatik aku terkenang akan cikgu aku dulu.. satu2nyer cikgu aku yg paling baik atas mukabumi ni aku rasa. Aku tak tahu apa kaitan diaper dengan cikgu.. memang takdak kena mengena langsunglah.. yang pastinyer otak secara tiba2 membentangkan kisah lama dolu2 sewaktu aku sedang remaja gitu..
Dia cikgu subjek Bahasa Melayu. Dia garang.. garang ya rabbi, siang jadi Cikgu.. malam pula Polis Bantuan. (Bukan mcm setengah2 orang.. siang keja eksekutif2.. malam bertukar jadi sotong a.ka aqua... yurkkkks!) Suaranyer bak halilintar membelah bumi kalo jerkah budak jantan yg cuba2 untuk jadik kurang ajar.. ramai student kalo berpapasan mesti akan jalan dagu bley melekat ke dada, tak berani pun nak angkat kepala.
Tapi percayalah.. bagi aku dia Cikgu yang paling baik.. paling memahami.. paling sporting.. lagaknyer seperti seorang ayah yang sangat lembut menasihati anak2 nakalnye.. Paling aku ingat masa aku melalak nyanyi lagu Spring dalam kelas... sedangkan student kelas sebelah tengah pulun jawap exam.. ( aku ingat dah habis.. boleh merdeka), dia berkirim salam kepada aku melalui kawan aku Noor Junaizar (yang sekarang sudah arwah - Al Fatihah) dengan pesanan " Kirim salam kat radio buruk tu!" dan aku ingat kawan aku tadi main2 kerana dengki aku bersuara sedap ( wakakakkakaa) lalu akupun secara oto membalas balik "Hahaha.... radio buruk palahotak dia, suara aku sedap nak mampus taw! (pekikku tanpa rasa bersalah! Ya mati2 aku ingat kawan aku main-main).. Kawan aku hilang kata2.. mukanyer cuak. Dan tiba2 terjengoilah Cikgu yg baik itu dari bilik sebelah..
"Naja.. mai sat!" panggilnyer dengan sora gegak gempita. Aku cam terkesima.. pelan2 menghampiri Cikgu yg baik itu dengan dada yg dup! dup! dup!.. mukanyer garang cam singa mati bini. Lagi selangkah nak sampai pada dia tetiba Cikgu itu angkat tangan.. (akupun bersiap2 untuk merasa penampar jepun yang seringkali diceritakan oleh kakak2 dan abg2 senior2.. penampar yg bley membuatkan pipi @ kepala kebas dua tiga jam.. ) satu.. dua.. tiga.. (sambil pejam mata) dan membayangkan aku akan pengsan kemudiannyer..


Tup tup.... "Naja, kamu ni kenapa nakal sangat ni.. kawan2 awak tak abis lagi jawap exam.. dah pi balik asrama baca buku.." ujar Cikgu yang baik itu seraya mengusap2 kepala aku sambil menahan ketawa.. Wahhhh macam bapak2 gitu. Sungguh aku terharu.. jarang sekali kenakalanku di atasi dengan perlakuan selembut itu. Sejak itu aku belajar menjadi sopan.. paling kurangpun bersopan apabila di depan Cikgu yang baik itu...
Terima kasih Cikgu Mansur... heheheheh!

Wednesday, April 15, 2009

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Dah berapa hari Tun Abdullah bersara.. baru aku sempat buat entry ni. Apapun semoga dipanjangkan usia, dapat bersara dalam penuh ketenangan.. menjalani kehidupan dengan penuh harmoni.
Walau pelbagai kontroversi tercatat sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 5, dan kadang2 aku pun tak tau nak mengklasifikan tindakan2nye sebagai 'apa' dan 'mengapa'.. jauh di sudut hati aku, aku berterima kasih kepada PakLah kerana semasa era pemerintahan beliaulah.. perkhidmatan awam di Malaysia diperkasakan, banyak penambahbaikan berlaku yg sesetengahnyer terlihat sangat memberi keuntungan dan kebaikan kepada pekerja-pekerja sektor awam. Contohnye : hari bekerja adalah 5 hari seminggu berbanding sebelum ini 6 hari seminggu.. dan gaji kakitangan awam dirombak ke tahap yang lebih baik sehinggakan sekarang ini ramai orang berebut2 untuk berkhidmat dalam perkhidmatan sedangkan suatu ketika dulu ramai yang memandangnyer sebelah mata. Pekerja perkhidmatan awam pernah diklasifikasikan sebagai pekerja kelas ke dua kerana tangga gaji yg corot dan jauh berbeza dari swasta.. tetapi tidak lagi sekarang.
Terima kasih Paklah... dan kita tunggu pula apa peranan Dato' Seri Najib yg mengambil alih tampuk pemerintahan.

Tuesday, April 14, 2009

Lawak Antarabangsat

Gelak guling2 aku sat2.. tengah bersembang dengan sorang kawan. Dia adalah bercerita perihal ipar duai dia jugak cakap kat dia... kita orang perempuan kalo pergi kubur tak buleh pakai baju kurung.. alasannyer takut orang dalam kubur nampak spender kita.. dan benda ini bukanlah satu lawak jenaka bagi depa tapi amalan2 yang dah bertapak sekian lama dari generasi ke generasi. Dan kalo depa nak ke kubur pakai jugak baju kurung tapi pakai seluar track kat dalam. Ya Tuhan....!
Bila masa orang mati diberi kuasa penglihatan x-ray buleh tengok sampai ke luar kubur? Super power apa yang dorang dapat sampai mata bley tembus lapisan tanah kubur ? Hishhhh.. sungguh tak masuk akal!

Abis kalo takut orang dalam kubur nampak.. bukan takat pakai baju kurung jer, jubah pun xleh.. orang laki pun xleh pakai jubah la nampak gayanyer. Wkakakakakak. Kelakarrrr siuttt!

Gelak2 jugak.. tapi aku sebenarnyer speechless!

Monday, April 13, 2009

Blackout.. Black! Black! Black Anywhere..

Blackout - Scorpions

I realize I missed a day
But I'm too wrecked to care anyway
I look around and see this face
What the hell have I lost my taste

Don't want to find out
Just want to cut out

My head explodes, my ears ring
I can't remember just where I've been
The last thing that I recall
I got lost in a deep black hole

Don't want to find out
Just want to cut out

Blackout I really had a blackout
BlackoutI really had a blackout
BlackoutI really had a blackout
BlackoutI really had a blackout

I grab my things and make my run
On the way out, another one
Would like to know before I stop
Did I make it or did I flop

Don't want to find out
Just want to get out

BlackoutI really had a blackout
BlackoutI really had a blackout
BlackoutI really had a blackout
BlackoutI really had a blackout

Don't want to find out
Just want to get out

Blackout I really had a blackout!

haaaa.. sebenarnye aku nak habaq.. opis aku blekout sat2.. tu jer ! Poyo kan... ekekeke! Sila rujuk gambar kejadian ...













* Cahaya dari luar bilik.











* Gelap gelita beb.. seriau aku masa snap gambar ni..
kang terpacul insan2 yang tak diingini.
Mana tau dok elok jer menyeringai.. wakaakaka












* Cahaya dari komputer ku.. mujur!

Nabil Yang Bangang!



Mesti ada yang marah kalo aku cakap Nabil bangang! OKlah dia dinobatkan paling fofular, itu aku tak kisah. Dah tersurat pun di Loh Mahfuz dia nak menang semalam sempena ABPBH 20008 tu kan.. memang rezeki dia.

Tapi yang dia gi peluk si Irma Hasmie selepas dia diumumkan paling fofular tu pehal ?? Taulah itu aweks ko.. walopun korang menten kaver 'baru diperingkat mengenali hati budi masing2".. ( biasalah kan artis, haram nak mengaku. Esok dah bercerai berai baru lah kalut nak ulang skrip2 basi "kami pernah bercinta... @ kami tiada jodoh @ ada hati kami kena jaga.. Cheh!!! ) Satu Malaysia orang bley tengok aksi getik ko. OOii pakcik, ini bukan Hollywood ok. Lu pikirlah sendiri!

**Maybe Nabil rasa peluk Irma Hasmie tu jenis lawak edisi baru kot?

Aku Hanya Merancang..

Ini takde kaitan dengan pil perancang, IUCD, implano.. atau apa2 yg seangkatan dengannyer ok! Ini adalah bersangkutpaut dengan perancangan aku pada hari Jumaat lepas. Keinginan untuk mengemas dan merubah susunatur perabot dlm umah...

Kesudahannyer.. semuanya tak menjadi kecuali kain baju yang berlungguk selama seminggu telah disetelkan oleh Zikri dengan jayanye pada hari Sabtu. Dan pada hari Ahad kami semua terdampar ketidaklaratan + kedemaman.. erkkk! Sehinggalah pada hari ini, Rumaisa masih lagi demam. Waduh siannyer anak emak.

Friday, April 10, 2009

Agenda di Hujung Minggu..

Siap2 aku berjanji kepada diriku pada hari ni untuk esok 2 hari sabtu dan ahad :
Sabtu --> pagi nak p umah kakak aku. Dia ada buat makan2.. berkampung la kejap di situ. Pastu aku nak balik umah nak kemas umah.. aku rs persekitaran dalaman rumahku sudah seperti *sarang oink oink*.. aku penat ok. Sekarang aku dah tak peduli apa nak jd. Dulu aku buleh lagi kemas2 sikit kalo kain baju bersepah. Sekarang aku amat tidak berdaya. Macam2 benda bergelimpang atas lantai.. botol susu, ubat.. ken lampin anak.. eh mcm2lah pendek kata. Kalo editor majalah Impiana ker.. Anjung Seri ke mai jengah rumah aku mesti dorang pengsan tak bangun2..
Kenapa semua ini terjadi ? Semua ini adalah kerna pada ujung2 minggu aku mcm ada hobi baru plak sejak ada anak.. yakni bersidai di shopping complex. Ntah apa kejadahnyer hobi aku pun tak tau. Sudah dua minggu berturut2 aku bersidai... dan yang terheret sama dalam agenda persidaian ini adalah zikri dan oh kesian, tak semena-mena Cikmai pun terlibat sama.
Ahad --> Sambung kemas umah.. maybe buat susun atur baru perabot2 dan sebagainye. Dah 5 tahun tidak berubah ok.
Harap2nye menjadiklah perancangan ku ini..

A Luncheon With Anuar Zain - 9 April 2009 ( sambungan... )

Buat entry barulah...
OK, kesimpulannyer show anuar zain itu adalah best.. jitu dan teruja. Mamat ini adalah 100x lebih hensem tgk live dari tgk gambar. Heheehee. Sebagai penghibur, aku rs anuar zain mmg ada class yg tersendiri.
Malangnye... huhuhu. Sebahagian besar peminatnyer tak kira tua muda, seksi tak seksi.. anak2 dara, bini orang, makcik2.. adalah amat tidak ketahuan hala. Sungguh terlampau, ok. Pantang mamat tu turun bawah salam2 dgn peminat ada jer yg amik kesempatan cium pipi lah.. peluk2lah.. aiyooooo. Yang tak besh nyer... wanita2 yg bertudung pun sanggup berpeluk2 dgn Anuar. Aku fahamlah erti teruja tapi kalo smp lupa adat budaya.. lupa diri.. itu dah kira melampau. Minat seseorang artis tak salah... tp terang2 menggadai maruah diri, x kira halal haram.. apa kejadahnyer kan??
Aku rasa next time kalo ada lg show Anuar Zain ni, penganjur kenalah bertegas menetapkan garispanduan dan tatasusila yg perlu diikut oleh peminat2.. Lagipun takkan dorang tak belajar dari pengalaman lepas2 show Anuar Zain sempena seketeri day ni dia selalu diserbu mcm tu. Berhibur tu berhibur juga.. tapi jangan keterlaluan ok.
Gambar? Upload kendian coz menunggu sumbangan kawan2 yg sama2 pi.. aku x bawak kamera. HP kamera adalah kecik dan xleh zoom. Bila anuar turun bawah xleh nak snap sebab dikerumuni peminat.

Thursday, April 9, 2009

Tahniah Untuk Umie aka Chip

Tahniah.. tahniah kerna telah berjaya menempatkan diri anda dalam kelompok penerima Anugerah Khidmat Cemerlang dari Kementerian Sumber Manusia. Anugerah tersebut berlangsung di Putrajaya Convention Center pada hari ini 9 April 2009.

Semoga akan berkhidmat dengan lebih cekap dan berdedikasi dan menyumbang lebih banyak khidmat bakti kepada sektor perkhidmatan awam Negara Malaysia tercinta.

Hhehehe.. macam menteri berucap plak.

** Umie adalah sedang bekerja di Insitut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.

A Luncheon With Anuar Zain - 9 April 2009

Sempena kedatangan April bulan setiausaha, aku berpeluang pi lunch sesambil dihiburkan oleh Anuar Zain di Sime Darby Convention Centre satgi.. Oklah best jugak kot, ini kali kedua aku berpeluang pi majlis2 sebegini. 2007 dulu boleh tengok Erra Fazira dan AC Mizal. Kali ni Anuar Zain plak. Buleh jugak melihat kegilaan peminat2 fanatik Anuar Zain.. Aku plak tak kisah sapa2pun nyanyi.. lantak ko lah. Yang penting dapat berkumpul reramai bersama2 dengan rakan2 sepekerjayaan..

** Kengkawan yg giler tak hengat minat Anuar Zain, dipersilakan menjeles! Muahahaa

Lepas balik petang ni nanti aku akan update citer samada best ke tidak makanan kat SDCC tu dan jugak ofkos la mamat tu nyer persembahan! Nantikan....

Thursday, April 2, 2009

Tahniah untuk Fina


Entry ini didedikasikan (**terbelit lidah aku sebut banyak kali perkataan ni) khusus buat Shafinar @ Fina kerana telah berjaya menempatkan dirinye dalam kelompok2 pekerja terbaik setelah bejaya dinobatkan sebagai pekerja terbaik bagi bulan Februari 2009 di jabatan tempatnyer bekerja.
Semoga usaha murni anda akan berterusan pada masa2 akan datang. Tahniah dik.. tahniahhhhhh. Weewitttt wewitttttttt!
*Gambar yang relevan tidak dapat ditempek kerana aku tiada ditempat kejadian semasa fina mengambil anugerah tersebut!



Bakal Berliburan Ke Langkawi


Semalam ternampak brochure kursus nih berkeliaran dalam peti mel masuk , mcm best... anjuran Excel Training & Consultancy.. tak silap aku kampeni Dato Dr Fadzillah Kamsah nyer tuh. Wahhh best ni. Aku sangat berminat. Pastu try perayat boss.. dengan harapan ada luck. Alhamdulillah, xyah cakap banyak pun sebenarnyer boss aku ni.. sekali sound jer terus " Mana brochure kursus tu ? Kalo u berminat ok la suruh admin submit u punyer permohonan ke Korporat. I takde masalah ! Mana borangnye bawak sini i sign " Phewwwww!


So insya allah tiada aral melintang aku akan berkursus sambil berlibur2 ke Langkawi pada 27 & 28 April ini sempena Bulan Setiausaha. Kesian aku sebenarnyer, nama jer orang Kedah.. seumoq 31 tahun idop ni baru sekali pi Langkawi.
** Selepas ini, apakah aku akan menjadi seorang setiausaha yg girang ?

Wednesday, April 1, 2009

April Fool

Aku xtau wujud lg ke tidak budaya ni skang @ masih lg digunapakai. Tapi pada aku sungguh la bodohnyer budaya itu. Langsung tidak kemana dan tidak membawa kita ke mana2 apatah lg nak pegi ke tahap maju selangkah ke hadapan.

Dulu2 pun masa aku masih lg bangang... akupun ter'layannn' jugak kejap budaya bangang nih. Masa sekolah menengah, aku dan kawan2 penah membungkus idop2 siput babi, konon2 nak hadiahkan pada sorang junior yg selalu kepoh hal kitorang. Malam itu kami bungkus elok2.. esok pagi bangun pakat terjerit2 kerana siput babi itu sudah keluar dari kotak itu.. dia makan kotak itu smp berlubang2 ! Terjuntai2 sesungut2nyer.. uihhhh geli !

Pastu masa aku kerja dah... ada sekali tu smp time April Fool jugak, malam tu kami pekena sorang member yang jenis tidor mampus... suruh gajah pijak pun takkan terjaga. Lumur bedak sejuk tebal2 kat muka dia.. pastu siap lukis cam opera tu dengan lipstik tebal.. kening dua tiga baris, lukis misai.. janggut. Esoknyer seawal Subuh dengar member sudah meraung. Pastu pakat2 diam jer tido mematikan diri. Konon2 tak bersalah..

Oh alangkah bodohnyer.. kalolah ada aktiviti lain yang lebih berfaedah dilakukan pada masa itu.. alangkah baiknyer!!