Wednesday, January 11, 2012

Lupa dan tak ingat


Dulu-dulu aku gelak kat kawan aku bila dia kata selepas menjalani pembedahan caesarean, selain dapat anak, dia dapat penyakit tak berapa nak ingat iaitu menjadi pelupa. Aku tak percaya sebab kalau dari segi logiknya apa hal luka pembedahan kat perut memberi impak kepada sel ingatan di otak. Yang dibedah ialah perut, bukan otak. Ditambah dengan pendapat-pendapat pakar perubatan bahawa tidak pernah ada satu kajian khusus dibuat bagi mengesahkan hal tersebut dan tiada penjelasan saintifik yang dapat mengaitkannya maka ia kekal menjadi mitos pada doktor-doktor.

Tapi selepas dua kali melalui pembedahan caesarean, dan pada masa ini selepas 3 tahun berlalu pembedahan caesarean kali pertama dan hampir 2 tahun untuk yang kali kedua, baru aku tau cemana rasanya penyakit ‘lupa-lupa’ itu selepas mengalami sendiri. Sebab apa aku kaitkan penyakit lupa ini dengan impak ceaserean ialah kerana sebelum itu aku tak pernahpun ada masalah macam ni. Semuanya terjadi selepas melalui caesarean. Seksa kengkadang.

Cumanya penyakit lupa ni bukanla kronik sangat kot. Ia macam sejenis penyakit lupa pada skala kecil-kecilan tapi sangat tension pada satu-satu tahap. Contohnya, lupa kat mana letak kunci kereta. Lupa di mana letak barang-barang kecil. Lupa kat mana simpan itu, simpan ini. Bila dah kunci rumah, boleh pulak patah balik beberapa kali untuk memastikan rumah sudah berkunci atau belum. Tension huuuu. Tapi, bila nak makan, nak mandi, nak tidoq, nak itu nak ini dan paling penting bila tarikh akan dapat gaji pada bulan seterusnya tak lupa pulak. Macam buleh pilih pulak bab apa nak ingat dan bab mana nak lupa, dasarrr !

Tapi aku bersyukur jugak la kerana walaupun dengan penyakit lupa ini, memori aku tentang kejadian-kejadian sepanjang melalui proses kehidupan sebelum ini masih segar di ingatan, contohnya masa sekolah kena rotan, kena denda berdiri atas kerusi dengan cikgu. Kena hempuk atas belakang dengan buku oleh cikgu Trengkas masa di sekolah menengah sebab baca gurisan Trengkas tunggang terbalik. Dan lepas tu kena peluk oleh cikgu yang sama sebab aku score subjek dia. Semuapun masih segar di ingatan, kena libas belakang dengan aruah pak aku sebab main polis sentri sampai santak maghrib tak ingat nak balik rumah. Dan petang esoknya pula bila dia bawak aku ke kedai runcit di kampung, dia belikan aiskrim pop sepuluh batang pelbagai perisa. Bukan sebab untuk memujuk, sebab aku yang mintak. Satupun aku tak lupa.

Juga masih ingat 30 tahun yang lepas, mak aku tertunduk-tunduk sampai ke tengah malam menjahit baju raya kami sekeluarga dengan tangan. Juga masih segar di ingatan aku hari pertama melangkah ke Tadika KEMAS. Dapat makan free pagi-pagi jam 10. Pastu cikgu bekalkan susu tepung free bawak balik rumah. Zaman tadika main perang-perang dengan kawan-kawan. Aku selalu dilantik jadi komander perang, merancang strategi menyerang musuh dalam hutan mengkuang, tepi bendang. Lepas tu cikgu akan memandikan kami seorang demi seorang kerana berselut sampai ke rambut. Pun aku ingat. Termasuklah zaman-zaman mengaji dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sampailah ke politeknik. Segar belaka.

Ini bermakna, benda-benda yang aku lupa dan kurang kekal di ingatan ini adalah memori-memori baru. Kejadian yang berlaku dalam setahun dua kebelakangan ini. Tapi aku bersyukur, masa memandu masih ingat peraturan jalan raya. Kalaulah aku lupa kat mana nak berhenti, time lampu isyarat tengah merah orang berhenti aku teruskan perjalanan.. oh tak ke haru. Okey, aku sedar aku tak lah lupa tahap kronik cuma macam tadi lah aku cakap, lupa pada skala kecil-kecilan yang membuatkan aku tension dan rasa kekurangan. Lupa mana letak kunci, kat mana letak henpon, ditambah pulak Rasyid yang rajin sambar henpon aku dibawak main pastu entah kemana-mana disimpan. Kadang-kadang dalam bantal, kadang-kadang aku jumpa balik dalam tong beras. Ada masanya dalam susunan periuk-periuk. Lagi tension kalau secara tak sengaja disilentkan henpon aku tu. Seminggu dua selagi tak guna periuk selagi tu la tak jumpa. Itu semua menjadi beban emosi kepada diri aku di samping penyakit ‘lupa-lupa’. Kelam kabut jugak dibuatnya. Hmmmm…

Dan kesimpulan dari pemerhatian aku, memori ingatan aku untuk perkara-perkara yang terjadi sebelum caesar adalah masih segar dan kekal di ingatan. Sebagai contoh, aku masih ingat nama penuh kawan-kawan lama termasuk bin dan bintinya sekali. Tapi sekarang, kalau takat sekali jumpa dan sebut nama contohnya :

“Hai, nama saya Mariah Carey (bukan nama sebenar)”.

Esok lusa, besar kemungkinan bila jumpa balik Mariah Carey tadi wajib la aku akan lupa nama dia siapa, jumpa kat mana dan bila. Melainkan kalo ada impak kuat dia bagi kat aku, contohnya seperti ini :

“ Hai, nama saya Mariah Carey”. Pang! Pang! Pang! (dan tak semena-mena disertai dengan pelempang dua tiga das kat pipi aku) “ .

Okey, kalau yang macam tu punya impak, aku rasa sampai nak kiamatpun aku akan ingat siapa Mariah Carey. Hihi. Mari tinggalkan kisah Mariah Carey dan impaknya yang tak wujud tadi tu. Itu contoh sahaja.

Baiklah, berhenti merungut. Bersyukur kerana aku cuma lupa sikit, tapi bukan nyanyuk teruk !

Friday, December 23, 2011

Tandas OKU


Tadi, untuk kesekian kalinya aku guna tandas OKU melepaskan hajat. Bermacam-macam hajat. Hajat kecik, hajat besar. Hajat cair, hajat pepejal. Owhh.. perlukah mendetailkan bentuk hajat sedemikian rupa? Berbalik pada tandas OKU tadi, nak basuh mukapun aku guna tandas OKU. Tak pernah gagal. Atau sekadar nak pi sengih-sengih tengok kalau ada serpihan cabai di celah-celah gigi, pun tandas OKU jugak tempat aku tuju. Sebab dalam situ, cerminnya bukan setakat hang buleh suluh gigi, suluh kaki pun lepas sebab memang besar.

Aku bukan saja-saja nak guna kemudahan untuk OKU ini. Nampak seperti mementingkan diri sendirikan ? Tapi percayalah, tandas OKU yang aku selalu guna tu memang tak ada orang OKU yang akan guna kalau aku tak guna. Jadi buat apa membazirkan ? Lagipun kat level tempat aku bekerja ni, memang tak ada yang OKU, melainkan aku je yang selalu memanfaatkan kemudahan yang ada. Aku tak pun rasa bersalah kerana tidak pernahpun sewaktu aku menggunakan tandas OKU ni tetiba ada insan OKU kat luar yang tengah hijau muka menunggu giliran unntuk melangsaikan hajatnya.

Aku dah lama berkecimpung dalam bidang menggunakan tandas OKU ni. Sejak 2006. Lama gila kan. Tapi percayalah, kat pejabat ni saja aku gigih menjadi orang normal yang menggunakan tandas OKU. Kat luar aku jadi orang normal yang tidak menggunakan tandas OKU. Kenapa ? Kalau aku cerita, aku rasa korangpun lepas ni pasti akan gunakan tandas OKU. Hahahaha !

Ceritanya macam ni. Kat tempat aku kerja ni. Ruangnya sebesar-besar alam. Kalo di aras lain buleh dihuni oleh berpuluh-puluh orang, kat sini cuma ada 12 orang. Tandas yang ada sama macam tandas untuk kemudahan berpuluh-puluh orang tadi. Jadi, pada satu petang waktu-waktu nak balik dah lebih kurang time macam ni la kui 4 macam tu ada kakak bilik sebelah, Kak Rose ( memang nama sebenar) cakap petang tu mahu tumpang aku balik rumah sama-sama. Akupun iya-iyakan, nanti nak gerak aku tepon dia. Pastu dalam jam 5 dekat-dekat nak balik akupun pegi la tandas bukan OKU, jengah masuk tengok Kak Rose tengah basuh tangan kat sinki. Muka tunduk. Aku hai kan Kak Rose, dia diam saja. Takdak respon.

“Gaduh dengan laki kot…” syak aku dalam hati.

Hahaha. Kejam kan aku ? Busuk hati membuat tuduhan palsu. Tak apalah, terus aku buat urusan aku. Lepas siap, aku keluar dari tandas eh ada lagi Kak Rose, masih lagi membasuh tangan kat sinki tak sudah-sudah. Rajin bebeno Kak Rose main air.

“Jadi ke balik dengan Naja ?” tanya aku pada Kak Rose.

Kak Rose diam. Aku berdiri membelakangkan dia menanti jawapan. Terus sengap. Okey, mungkin Kak Rose tak dengar soalan aku tadi maka dengan sukarela akupun ulang lagi sekali soalan. Dan terus diam. Hati aku meronta-ronta (meronta kau, novel sangat ayatku..) nak cuit bahu Kak Rose. Kak Rose ni ralit apakah, tak pernah tengok air kot. Lagi sekali aku membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Aku mengubah gaya soalan,

“Eh Kak Rose nanti jam 5.15 Naja nak gerak, Kak Rose datang kat bilik Naja ye… ??”.

Sekonyong-konyongnyer, Kak Rose pun mengalihkan wajah dia memandang aku. Tetiba nampak taring.. darah menitis-nitis……

Hahahahhahahahahah.. seram ke ? Aku tipu. Tu la, sapa suruh banyak sangat tengok citer hantu. Hantu Bonceng la, Kubur Berasap la.. okey, sambung cerita ya anak-anak !

Kak Rose beralih tengok aku, wajah dia normal. Sumpah! Aku menantikan jawapan. Tangannya masih lagi dibasuh.

“Kak Rose tak jadi la balik dengan Naja. Kak Rose nak tunggu mayat… “ antara dengar dengan tidak suara Kak Rose.

“Nanti sapa amik? Kak Rose nak balik dengan sapa ? “ soalku bertubi-tubi. Soalan khidmat masyarakat. Aku prihatin.

“Nanti abang datang amik… takpala Naja balik la, Kak Rose nak tunggu mayat” jawap Kak Rose, pandangan matanya kosong.

Akupun, sebab kekangan masa tak tunggu tanya apa-apa dah. Yang penting, Kak Rose balik nanti ada yang ambilkan. Mayat sapa pun aku tak tanya. Kejamnya aku.

Dan pada jam 6.30 hari yang sama, aku kat umah. Tengah berehat-rehat tengok cerita Cina kat TV2. Tetiba henpon berbunyi.. eh Kak Rose?

“Heloooo… ?”

“Naja, kat mana ? Kak Rose punya la dok tunggu-tunggu Naja tak call pun Kak Rose ! “

“Eh, Kak Rose kat mana ?”

“Kat pejabatla, kan tadi nak tumpang Naja balik sama-sama”

‘Eh.. ehhh, tadi Kak Rose kata taknak balik dulu. Nak tunggu mayat..” okey masa ni baru aku terasa pelik.. mayat sapa ? Apasal awal-awal tadi masa Kak Rose sebut nak tunggu mayat kat dalam tandas tu aku tak rasa pelik apa-apa ?

“Bila Kak Rose kata tak nak balik dengan Naja ?”

“Tadi kat toilet… ??”

“Ishhhh, merepek je Naja ni. Masa bila pulak jumpa Naja kat toilet. Kak Rose tak pi toiletpun petang ni.. dok dalam bilik je tunggu Naja call nak balik sama-sama”

“Laaa Kak Rose, bla bla bla bla.. “ aku menceritakan kronologi pertemuan dan perbualan kami dalam tandas belakang.

“Ya Allah, sapa pulak yang Naja jumpa tu? Takpa Kak Rose amik bas je balik. Kita jumpa esok…”

Sungguh aku terasa bersalah kerana meninggalkan Kak Rose tapi bukan salah aku kerana ‘Kak Rose’ sendiri cakap dia taknak balik lagi. Dan, sejak dari kejadian itulah aku tak pernah lagi guna tandas ramai-ramai kerana tandas tu ada banyak bilik. Daya imajinasi akupun buleh tahan tingginya. Aku takut aku terjumpa lagi ‘Kak Rose’. Aku rela guna tandas OKU, walaupun agak kurang bermoral perbuatanku. Sesungguhnya aku trauma !

Okey, sesungguhnya entry ini menjawab kutukan dua makcik cleaner kat opis aku tadi yang tengah mengata aku guna tandas OKU. Walopun makcik-makcik cleaner tu tak baca blog aku tapi manalah tahu aura-aura jawapan aku ni mentusuk ke dasar hati mereka. Hahaha. Makcik, kalau nak mengutukpun jangan la tepi tandas OKU yang aku tengah guna. Pegi la kutuk kat tempat lain yang aku tak dengar. Tega betul hati makcik berdua ! Entry ni jua dipanggil entry membela diri sendiri.

Thursday, December 15, 2011

Krisis Identiti


Okeh, entah menepati tajuk atau tidak cerita kali ini. Tapi kalo bagi aku memang krisis gak la, walopun tak hebat mana krisisnya. Kisahnya begini.

Seminggu lepas Rumaisa belek majalah dia terjumpa gambar Doraemon, terus cepat-cepat bagitau aku

“Mak.. ni adik Rasyid !”

“ Tu bukan Rasyid, itu adalah Doraemon… kartun tu !”.

Selepas memberi sedikit penerangan dan penegasan bahawa Doraemon itu bukan Rasyid dan Rasyid itupun haruslah bukan Doraemon, aku rasa penerangan aku setel kat situ. Tiada isu berbangkit dah. Ok lega.

Tetapi.. ha tetapi, pagi tadi masa dalam bilik lepas solat masa Rasyid dok punggah-punggah satu beg yang aku sengaja simpan semua jenis beg kertas tetiba dia ada terjumpa satu beg kertas bertemakan kartun Doraemon. Terus laju lari-lari bawak beg kertas tu kat aku dan tunjuk tersengih-tersengih. Dengan muka keterujaan Rasyid cakap,

“Makkkkk.. ni Lasetttttt ! Hahahaha.. mak, Lasett ni.. Laset baju biluuuu (Rasyid berbaju biru)” teruja sepenuh hati, ketawa besar-besar.

Bangga barangkali ‘dirinya’ terpampang kat beg kertas.

“Tu bukan adik laaaa , tu Doraemon !”

Harusla aku menyanggah. Bila masa aku beranak kuaq Doraemon?

Rasyid hentak-hentak kaki mempertahankan kartun itu adalah dirinya dan jerit panggil kakak. Rumaisa yang sungguh tebal sifat kakak-kakaknya sejak akhir-akhir ini pun datang terus mempertahankan adiknya

“ Tu adik Rasyid !” tegas. Muka keras.

Selepas membuat ayat penegasan, dua beradik itupun sama-sama puas ati. Terus lari keluar sambung tengok BBTV. Pasrah, memang anak-anak ku sedang mengalami krisis identiti. Rumaisa sedang merasakan adiknya dan Doraemon adalah makhluk yang sama, dan Rasyid lagi kritikal.. merasakan Doraemon itu adalah dirinya. Dalam diam agaknya entah bila Rumaisa menanam ideologi salah dalam kepala Rasyid. Mungkin sejak dari kecil dulu masa berpantangkan Rasyid dia pernah cakap Rasyid tu ‘nonenon’… dan terbawa-bawak sampai sekarang tapi aku tak sangka benda ni berpanjangan.

Mak migraine !

Pick kat bawah sebagai perbandingan… sama ker ?? He he he











Followers

Blog Archive

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men