Wednesday, April 3, 2013

Jawapan




Setiap kali habis bersolat, aku sentiasa berdoa.  Doa yang tak pernah aku lupa mohon pada Penciptaku dan sekalian alam iaitu salah satunya minta dijauhkan dari tipu daya dan kejahatan manusia. 

(Ok, ni bukan bab nak cerita bab aku  rajin solat ke apa.  Bab solat ni bukan kira  hang malas, hang rajin.. hang warak tahap Wali Songo, hang penyangak ka hang penyamun ka.. hang perogol bersiri, hang straight, hang gay, LGBT, YB, Menteri Besaq, aku, hangpa, bila kata percaya dengan Allah maka kita semua wajib menunaikan solat)

*        *        *        *        *        *        *

Adey Saropah, bibik kami yang masuk ke Malaysia  pada hujung Oktober 2012 menggantikan Tati yang balik bercuti tapi tak dapat balik ke Malaysia kerana karenah birokrasi sebelah sana.

Sepanjang dia kerja dengan kami, Alhamdulillah aku bersyukur kerana anak-anak terjaga dengan baik.  Adey juga seorang yang cekap dalam kerja-kerja rumah.  Aku tak nafikan bab itu.  Memang dia pantas, tidak panjang tangan, boleh dipercayai.  Tutur kata, tingkah lakunya tidak membayangkan apa-apa yang mencurigakan langsung di pihak kami.  Kami pernah menggunakan khidmat lima bibik yang berlainan termasuk Adey, dan sejujurnya aku habaq dialah yang terbaik dari segi tingkahlaku dan kerja. 

Walau bagaimanapun kami tidaklah bergantung bulat-bulat kepada kemolekan lahiriah penampilan dan tingkahlaku Adey.  Seperti selalunya, sesekali pada waktu kerja aku atau EnWTT akan terjah balik rumah.  Macam buat sportcheck lah kalau-kalau bibik tengah mendera anak aku atau apa.  Boleh jadi juga dia tiada di rumah kerana bersidai di bawah jumpa rakan seangkatan kerana  di blok tempat tinggalku itu ramai juga yang memiliki bibik-bibik dan mereka ini rajin pula menubuhkan persatuan sembang-sembang di taman bawah.   Sepanjang 5 bulan, setiap kali terjah balik rumah tidak pernah pula dia kantoi sama ada dengan aku atau EnWTT.  Sekalipun tidak.  Tak kiralah aku terjah waktu mana, pagi, petang.  Di tengahari.  Semuapun elok-elok saja di mata kami.

Berdasarkan faktor itu semua, aku yakin dia baik.  Kami pun macam biasa melayan dia sebaiknya, sama macam bibik-bibik terdahulu.  Setiap hari, seawal jam 8.30 ke 9.00 malam dia sudah bebas buat hal dia. Bila balik saja dari kerja, urusan anak-anak memang kami ambil alih.  Tidak dinafikan anak-anakpun rapat dengan dia.  Sesekali ada juga aku bertanya pada Rumaisa dan Rasyid samada bibik ada buat sesuatu yang tidak-tidak atau ada pukul-pukul.  Jawapan Rumaisa “Tak la ibu, bibik tak pukul kakak dan adik.  Bibik baik.  Kadang-kadang jer bibik marah Rasyid sebab Rasyid nakal sangat..” Ok fine, aku bukanlah berkira sangat setakat marah sikit-sikit, tambah plak Rasyid tu hypernya boleh tahan.  Kalau orang tak boleh tegur langsung salah silap anak hang, memang melampau le pulak kan ! Sayang anak tak bertempat namanya tu.

*        *        *        *        *        *        *
Tiga hari lepas, Jumaat petang.  Balik rumah, macam biasa semua ada di rumah kecuali EnWTT.  Dia kadang-kadang sampai lewat.  Masa balik, anak-anak sedang menonton televisyen.  Bibik macam biasa, berkalut-kalut keluar masuk bilik.  Lepas bersembang-sembang dengan Rasyid dan Rumaisa, jam 6.00 petang aku masuk bilik nak bersiap-siap mandi.  Nanti jam 6.30 bersiap-siap ke dapur pula tengok apa yang patut, rutin biasa kami makan malam selewat-lewatnya jam 7.00.  Nasi macam biasa Adey siapkan.  Adakalanya dia buat lauk, kalau tidak kena selera samada aku atau EnWTT akan masaklah sendiri lauk yang kami nak makan.

Masa aku keluar, aku tengok Rumaisa kat sofa ralit menonton BBTV.  Rasyid pula bermain dengan blok-blok mainannya. 

“Rumaisa, bibik mana ?”.

“Bibik pergi berlari ibu !” jawap dia. 

“Bibik gi kinit.. amik ubat.  Bibik syakit kepalaaa..” tambah Rasyid pulak.  Aku ni macam eh betul ka apa yang aku dengar dari kedua-dua mulut anakku.  Lalu adegan seterusnya pun boleh diteka-teka. Masuk tengok dalam bibik takdak, kat balkoni kot-kot dia angkat baju ke apapun takdak jugak.  Tergerak hati nak tengok dalam almari baju dia.  Ok terjawap sudah, almari sudah kosong.

Rasa ralat.  Tapi tak tau lah pasai apa aku tak sedih langsung.  Syukur juga benda tu jadi hari Jumaat, jadi kami ada dua hari untuk fikir macam mana nak selesaikan masalah ni.  Cuma ya, malam tu aku dengan EnWTT tak leh tidor dok pikir nak buat macam mana.. dengan minggu depannya 8hb aku nak masuk wad, 9hb nak  buat caesarean.  Kurang-kurang tiga empat hari terlentang keras di katil takleh bangun-bangun.  Sapa nak jaga anak.  Benda tu jer lah yang dok berserabut dalam kepala.  Tapi setakat hari ni alhamdulillah, Allah permudahkan.  Ada yang mahu jaga Rasyid dalam seminggu ni sepanjang aku dan EnWTT pergi kerja.  Rumaisa pula lepas ke tadika, aku ambil dia bawak ke pejabat, bertunggulah dia kat sini sampai habis waktu pejabat.  Boss pun faham.  Terima kasih.

*        *        *        *        *        *        *

Dan.. aku tertanya-tanya kenapa lah Adey nak lari.  Padahal kami tak pernah buat naya kat dia pun.  Diapun kalau di pandangan mata kasar kami, takdak apa yang tak kena.  Tapi aku percaya ada hikmah di sebaliknya.  Bila dengaq berita dia sudah lari, barulah ada beberapa jiran yang berani bukak mulut cerita itu ini kepada kami. Alasannya tak nak dituduh suka bawak mulut atau jaga tepi kain orang.  Adehhh..

Adey pernah dilaporkan beberapa kali membawa masuk kawan-kawannya yang terdiri daripada pekerja-pekerja cleaner di kejiranan P16 tu ke rumah.  Sebab ada jiran-jiran nampak kadang-kadang bila balik tengahari, depa nampak troli penyapu dan barang-barang kerja cleaner tu ada depan rumah tapi takdak orang di luar.  Entah apa dibuat tak tahu, mungkin menonton sinetron, makan nasik ? Wallahualam.  Rasa macam mau terjawap jugak kot dengan rungutan EnWTT kenapa bekalan beras kami cepat habis,  10kg tu tak sampai 3 minggu dah licin.  Padahal aku dengan EnWTT makan nasik kat rumah waktu malam saja itupun bukan selalu.  Takkan Rasyid dengan Rumaisa makan sampai banyak tu.  Tapi itulah tak pernah aku atau EnWTT dok balik rumah tu terserempak.  Ok, bukan rezeki kami.

Rumah berkemas licin, lantai berkilat.  Segala benda tersusun.  Terdetik jugak di hatiku ini, cekap luar biasa Adey ni buat kerja rumah.  Sehingga tak ada satupun yang tak kena di mata kami.  Mungkin juga kerja-kerja rumah tu dibantu oleh cleaner-cleaner seberang yang dia bawak masuk.  Modus operandinya, aku bagi kau makan.. kau tolong aku buat kerja rumah.  Barulah kita boleh jadik rakan subahat yang jitu.  Hehhh.. ada logiknya kan ?  Dan haritu aku baru dok berkira-kira nak ubah kedudukan katil dalam bilik sebab keadaannya tak berapa sesuai.  Tahu-tahu balik kerja Adey sudah buat.  Lalu aku bercerita dengan EnWTT rasa hairan aku dengan tenaga Adey ni, macam mana dia mampu ubah kedudukan katil besar gedabak dengan tilam yang aku rasa paling kurangpun beratnya dekat-dekat 80kg jugak, katil dan tilam semua saiz Super King.  Bila aku tanya Adey cemana dia buat dia kata alih pelan-pelan.  Ok masa tu aku syak dia bela hantu raya.  Tapi sekarang sudah terjawap.  Kalau dua tiga geng cleaner dia mai, takdak yang mustahil. 

Yang paling hairan sekali, anak-anak aku takdak pulak dok menangis meracau seperti kehilangan Tati dulu.  Masa Tati tak ada, anak-anak sampai demam meracau.  Menangis siang malam rindukan bibiknya.  Sehingga aku dengan EnWTT bawa anak-anak pergi berubat untuk meredakan gundah gulana perasaan depa.  Seminggu kemudian barulah boleh OK.  Dengan Adey, depa tak heranpun.  Ada jugak sekali sekala sebut tapi takdak la memberontak seperti orang kehilangan. Akupun, walaupun baik dengan Adey tapi sepanjang dia kerja tak pernah pulak ada keinginan nak ajak dia keluar berpoya-poya tengok wayang midnitekah walaupun GSC hanya sekangkang kera dari rumah.  Atau nak ajak pergi makan-makan berdua sesekali melepaskan stress macam dengan Tati dulu, tak pernah.

Rupa-rupanya banyak agenda tersembunyi dia di belakang kami.  Ya, aku syukur Allah mendengar doaku.  Doa supaya kami sekeluarga, anak beranak dijauhkan dari tipu daya manusia.  Benar, sekarang aku rasa terang bersuluh hikmahnya !  Lagi benar, air yang tenang jangan disangka takdak babi, eh boya !

Ok, Boss aku baru habaq “Naja, ada berita.  Parlimen sudah bubar” .

Oh, selamat berkempen dan mengundi.  Undilah parti yang anda suka tapi janganlah dok perlekeh parti yang orang lain suka.  Tih tih tih !

Sekian !


Tuesday, April 2, 2013

Senang Hati


Anak bujang mak.  Lepas mandi masih berbalut tuala.  Makan keropok emping jagung Chachos sambil terlentang berangan di katil.  Ibarat dunia ana yang punya.. walaupun bibik sudah 'berlari' bak kata Rumaisa.