Friday, May 29, 2009

Kapkek


Tetiba... Benda alah apalah tu yer. Eheheeh, aku cam terminat plak nak tempah kapkek (cupcake) dari kawan aku di office ni. Bukan dia yg buat tp dialah yg telah berjaya menghasut aku bertubi2 sehingga aku pun rasa terbius untuk membeli kapkek.. yang bestnyer, kita bley plak design sendiri nak cemana corak2 nyer ikut selera kita...

So pepagi td sampai jer kat office, terus capai pen dan kertas dan mula la kerja melukis.. Boss aku yg lalu lalang kat depan meja pun terpaling2 dua tiga kali "Eh u buat apa tu? " " Saya nak tempah kapkek boss.." Birthday sapa ?" boss aku tanya lagi. "Takde sapa2.. saja syiok2 je boss." seraya boss akupun meng OH kan saja dan terus berlalu. Xtau apa dalam kepala dia.. heheheh!

So, itulah rupa nyer kapkek aku yg dah dilukis corak2 untuk dijadikan panduan oleh kawan Kak Nora itu. Bentuk sebenarnya akan aku pos kat sini bila dah dpt nanti. Sama2 kita tunggu.. cantik ke tidak kapkek itu nanti. Lupa pulak, kapkek yg aku order tersebut ialah yg bersaiz M/15 bijik harga RM23 kot kalo x silap

Thursday, May 28, 2009

Dera? NUR 15999 boleh tolongkah ??

Semalam semasa sedang lepak2 kat kosyen sambil tangan dok hayun buai Rumaisa tetiba ada sms masuk diiringi bunyi robot transformer *zregzrog.. grokgrekgrokgrek** Zikri menjeling... "awak xde ka tone yg elok sikit ?" aku hanya sengih2.....

Oh sms dari Umie, kawan aku yg di Johor nun. Bila baca sms.. tetiba hati meruap.. sms berbunyi cenih :

i)"tension tul aku. org blakang rumah aku suka dok blasah anak dia. nate sungguh!" - binatang pun reti sayangkan anak taw.. tu setan... manusia berhati iblis!

ii) "anak dia skola rendah, slalu kena blasah dgn mak dia. aku geram nak repot ja. mak jenis apa xtau la, tp aku xtau nak repot kat sapa & kriteria cemana baru leh repot. esok aku nak tepon balai tanya polis boleh kot" - kalo nak blasah carik la yg sebaya.. ni blasah budak2 yg kecik xleh nak melawan apa kes.. mak yg takde hati perut.

iii) "laki dia x pernah dengaq sora, xtau la pi mana. mak dia jenis cakap kuang ajaq dgn anak. dia bley kata kat anak dia tu - ko mmg bodo, bangang, sial.. boleh berambus - Mcm2 lagi la. Aku dengaqpun tension. Hari tu dia blasah anak dia lama sangat smp anak dia tak menjerit lagi dah.. Cuma dok cakap allahuakbar berulang2 kali. Sedih aku dengaq. Nak p teguq aku x cukup berani. Jiran2 lainpun x berani nak teguq. Satgi aku nak p ronda tgk no rumah dia. Rumah dia bertemu blakang dgn rumah aku" - baguslah sangat. gatai nak kawin+beranak. pastu laki bini belasah anak2.. orang cenih patut tembak jer !

iv)"Tadi jiran2 mai dok lepak kat dpn umah aku citer pasai budak tu. Rupanyer tadi bapak dia yang belasah.. bukan mak dia"

v) "Depa tiga beradik laki... Aku xtau sangat sapa yg selalu kena. Nak tanya jiran sebelah rumah dia takut dia syak plak"

Dan kebtulan pagi ni aku tebaca dalam the star kisah sorang guru piano yg mendera anak dia yg berumur 5 tahun... dan ada juga info talian NUR utk laporkan penderaan. So aku soh la Umie tu call talian NUR.. 15999 - dengan jaminan setiap aduan akan disiasat.

Orang2 di NUR cakap " Awak kena tengok dulu ada tak kesan fizikal budak tu dipukul" - Laaa.... Bangang!! Cemana Umie nak p kelebek badan budak tu.. dah tentu budak2 tu bukan dipukul dikhalayak.. jarang2 nampak.. yg dengar cuma suara jeritan. .sakit menahan dipukul. dimaki hamun dsb.... oh aku xtau apa definisi penderaan kanak2 bagi orang2 di NUR. Tanya orang2 di NUR lagi "Ada nampak tak budak tu didera ? " Surelah Umie tak nampak dia cuma dengar jeritan2.. maki hamun dan bunyi seperti orang dicederakan.. Oh tak apalah.... selagi tak nampak kita perlulah mendiamkan diri.. tunggu jadi mayat @ cedera parah patah riuk berdarah2 barulah call NUR. Centu kot ek...

Lepas tu orang di NUR itu cuba pula membuat spekulasi sendiri " Mungkin untuk disiplinkan anak dia orang, mana tau anak dia nakal sangat ke" Oh.. centu ek bentuk disiplin anak yg digunapakai secara standard oleh orang di NUR itu.

Apa fungsi NUR sebenarnyer ? Sepatutnye mereka siasat laporan untuk memastikan samada betul dakwaan2 yg dibuat oleh org yg menghubungi mereka.. bukannyer bagi plak soklan2 yg "bodo tak sekolah" punyer. kalo mcm ni, susahlah nak wujudkan masyarakat penyayang dan prihatin.. baru jer nakt prihatin sudah diajukan dgn soklan2 yg x masuk akal...

Dan kepada mak bapak yang suka sangat dera anak tu.. kalo dah kuat sangat pi la belasah along ka, perompak penyamun ka.. takat nak dok sepak terajang anak apa kelassssss..

Arghhhhhhhh.. aku tension!

Wednesday, May 27, 2009

Sabo Ajelah..

Lama aku tak bersiaran.. bulan 5 ni bulan terkalut dalam tahun 2009 kot. Macam2 benda kena buat smp kan aku xdan pun nak updet blog nih. Tapi bila dah ada idea nak updet tetiba hari ni pagi2 aku dah kena sound.. bukan dengan boss. Tapi yer lah asam garam kehidupan bekerjaya.. gitulah gamaknyer, kalau tak boss sendiri yang sound, orang lain tlg sound. Hehehee.. Cumanyer bab aku kena sound tu macam.. iskkkk, patut ke aku kena sound ? So setelah lama berehat, aku besiaran kembali dengan perihal sound menyound nih.. huk huk!
Kisahnyer pagi tadi aku ada call sorang pegawai di bahagian lain kat tempat kerja aku ni, bertanyakan beberapa hal yang memusykilkan boss aku mengenai status kehadiran ke satu mesyuarat nun di Tawau nanti. Setelah memperkenalkan diri aku dengan penuh hemahnyer walaupun orang di sebelah sana cam nak cakap tak cakap.. akupun bertanya beberapa perkara yang aku ingin tau,dah setel semua akupun mengucapkan la terimakasih.. Tetiba orang di sebelah sana tanya aku balik " U sapa?" akupun memperkenalkan diri aku sekali lagi padahal tadi dah cakap awal2.. Tetiba jer " OOOO.. PA, cakap kasar kemain!" terusss dammmm telefon dihempas. Aikkkk ??
Bila masa plak aku berkasar.. yg aku tau, aku cakap dengan penuh kepayahan sebab hidung tersumbat kerna selsema. Oh susahnyer, memang kadang2 kita tak dpt memenuhi kehendak dan ekspektasi semua orang.. haihhhhh! Benda dah official, takkan aku nak cakap mendayu2... melentok2 terkulai2 sambil memintal2 wayar telefon. Mungkinla pada pendengaran dia tak cukup lembut gamaknyer. Atau dia sendiri ada masalah, hanya menunggu masa dan ketika untuk melepaskan bom jangka pada sapa2 yg call dia pagi2... dalam kes ni aku rs cam aku jadi mangsa gak lah!
Tak apalah, maybe malam tadi bini dia mogok kot.... !

Friday, May 8, 2009

HatiYang Rawan

Semalam call adik aku, tetiba ada perkhabaran duka.. emak ku sudah 2 hari terlantar demam tidak bangun2. Seraya air mata pun meleleh2... Aku rasa amat bersalah kerana tidak dapat balik jaga emak bila dia sakit, sedangkan ketika kecil dulu bila aku sakit tidak seminitpun dia tinggalkan aku..

Pagi tadi masa call mak, dapat cakap dengan dia hati terasa lega.. tapi emak macam itulah walaupun sakit, ditahan jugak rasa sakit.. sedaya upaya bersuara 'biasa-biasa' supaya anak2 tidak terkesan betapa geringnya dia. Aku pun.. meleleh2 air mata bila dapat bercakap, bertanya khabar berita tapi sedaya upaya berlagak 'biasa-biasa'.. kang bila tau aku menangis emak akan rasa bersalah pula seolah2 menyusahkan anak2nye..

" Emak, ampunkanlah saya untuk kali ini. Saya tidak dapat balik jaga emak kerana saya terpaksa berkursus di Melaka. Tak boleh tarik diri di saat2 akhir... "

Harapanku moga Fini dapat menjaga emak dengan baik.

Wednesday, May 6, 2009

Helooooo I Lo Yu

Semalam lepas antar Rumaisa ke umah bbsiter, aku balik semula ke umah tecarik2 hp terlupa mana letak. Jam dah menunjukkan 7.35 pagi.... pulun carik, ada lagi 10 minit sempat la merempit ke office sblum punch kul 8.00 pagi.

Tapi malangnyer carik punyer cari smp mental.. x jugak jumpa. Terpaksa la capai kunci keta dan drive p ke opis dengan meninggalkan seribu pertanyaan mana la ku letak hp. Sampai opis, try dial no hp aku... takde makhluk yg jawap. Lega la kurang2 mesti dok dlm umah jugak tuh.. pastu tetiba ada call masuk tgk kat skrin telefon pejabat aikkk no aku ??? dan2 hati berdebuk2 tecicir kat mana2 ker ? Huhuhuh..

Akupun jawap la call.. Helloooo?? Dan ada suara kecil dr ujung sana menjawap " Helooo.. i lo yu.. i lo yuuuu.. yuuu lo me mamamamama" sahhh.. mesti tertinggal kat umah bbsiter. Terus call rumah bbister... setelah menerangkan kejadian lebihkurang maka bbsiterpun berjanji akan simpan hp aku di tempat yg selamat.

P/s: Suara cute itu adalah suara Danial, berusia 2 tahun.. rakan seperbbsitteran Rumaisa

AKu Geram

Grrrrrrr.. , tu tanda geram.

Memang geram gila babi... pagi2 tadi belumpun panas bontot duduk dlm bilik aku tetiba ada sorang yg mcm ala2 'orang penting' jugak kat tempat kerja aku call tak bagi salam.. takde intro2 terus je.. " Awak PA Pengarah EGAG kan ? Haaa.. mana memo jawapan *tajuk memo* yg saya antar terus direct pada awak pada awal bulan 4 hari tu pasal pelantikan bla bla bla.... dah tunggu lama takde jawapan. Kita nak cepat.. Dato' nak sign dan bla bla bla (membebel mcm apantah)". Dalam ati, aku dah mencarut tahap ringan2 kat makhluk sekor ni..

" Slow sangat buat kerja. Bahagian lain semua dah bagi.. tinggal awak sorang jer lagi yg tak jawap2. Padahal bagi nyer awal bulan 4 hari tu lagi" dan aku masih blur blur surat apa... mohon pengertian, aku nak cek dalam daftar surat, surat apa yang lorat sangat tuh.. So aku mintak la pegawai yang perasan best tuh soh tunggu kejap bagi aku masa 5 minit. Aku nak cari dan faham betul2 apa isi surat tuh dah namapun dialamatkan kepada aku. " Macam mana bley tak dpt ? Awak tak kerja ker sepanjang bulan 4 hari tu ?" Bebelnyer berterusan.. dan kali ini dlm ati aku memang aku mencarut tahap najis mughallazah punyer. Tak reti nak sabar.

Nak dijadikan cerita.. akhirnya aku dptlah surat tu tapi mintak copy dari orang lain punyer. Tengok kat tarikh tu.. 24 April, yg beria2 sangat cakap awal bulan 4 tu pehal. Memang patutla tak smp kat tangan aku... sepanjang minggu dari 27-30 aku takde kat office. Tetiba aku rs meruap2. Dia yang buat kerja slow aku plak yg kena tempias. Angkat tepon, call dia dan... terus keluar segala bahasa ibunda yg indah dan tak brapa indah dengan lancarnya!

Sekian.

p/s : Kalo hati sedang amarah... syaitan pun dtg bersorak sorai

Tuesday, May 5, 2009

Ada Makhluk Merayap Di Kepala

Aku hari ni asik tergaru2 kepala, sekali mcm pinjam hobi beruk plak... ntah apa menatang yg tengah landing baik atas kepala akupun aku xtau. Aku cam terimejin sesiap dah igauan ngeri.. buat kata ada kutu babi ke. Dah la orang tengah sibuk dok citer pasal selsema babi bagai. owhhh harus la aku akan membotakkan kepala aku.. biar sama gaya dengan zikri dan jugak rumaisa pakat2 takde rambut
Balik nanti harus aku check bebetoi... harap2nyer cuma semut nakal. Kalo kutu? Gilossssss.. mana dtg?