Thursday, October 25, 2012

Tragedi Ikan Pacu



Saja nak mengimbas kembali cerita ni.  Masa tu hanya aku berdua dengan EnWTT, anak-anak takdak lagi.  Ada sekali sekala EnWTT mengikut kawan-kawannya pi memancing.  Yang sesi memancing ni aku tak ingat pulak memancing di sungai atau di kolam.  Tapi yang pastinya, EnWTT bawak balik sekor ikan yang buleh tahan jugak besarnya.  Ikan pacu.  Tapi ikan ni bukan EnWTT yang dapat, ni hasil pemberian salah sorang dari kawannya yang sama-sama pi memancing pada hari kejadian.  Akupun tak ingat pasai apa kawan EnWTT tu tak nak bawak balik ikan tu, mungkin takdak sapa yang nak bersiang kot.


Aku plak, kalo ikan-ikan air tawar ni aku tak familiar sangat selain daripada keli ngan haruan.  Walopun jarang-jarang makan, tapi aku kenal dua spesis ni  sebab dulu-dulu kalo main di bendang mesti nampak ikan ni selain dari ikan sepat, ikan laga dan anak beras.  Berbalik pada ikan pacu tu, EnWTT kata awak nak makan awak bersianglah.. sebab beliau tidak makan ikan air tawar.  Bukan tak makan langsung tapi rasanya kalo semua stok makanan di dunia ni pupus, barulah ikan air tawar ni menjadi pilihan kot.  Aku pulak jenis bolehlah kalau nak terai-terai.  Takdela tolak terus.  Maka tanggungjawap nak menyiang ikan tu akhirnya terletak di bahuku.  Kemain terletak di bahu, macam hazab benar tanggugjawabnya.


Masa tu aku ingat ikan pacu ni kecik je saiznya, bila bukak plastik tu amboi besarnya bukan main.  Saiznya sebesar pinggan makan Corelle.  Motif nak habaq pinggan Corelle ? Sebab saiz pinggan makan Corelle tu lebih besaq dari pinggan makan yang selalu kita makan kat kedai tu. Hehehe.  Okeh sambung lagi, lepas tengok saiznya yang besar tu maka timbul pulak rasa ngeri nak menyiang.  Aku memang alah dengan ikan saiz besar-besar ni.  Kalau ikan kecik-kecik besar tapak tangan tu takdak masalah.  Mai yang besar-besar rasa macam nak mencincang manusia plak.  Bila aku cakap dengan EnWTT aku macam tak sanggup nak siang ikan tu, dia kata takpa kalau tak sanggup buat.. lempaq aja la.   Alahhh, rasa macam membazir plak.  Selepas puas bertimbang-tara aku pun mengambil keputusan meneruskan perjuangan.


Lepas dah cuci-cuci badannya, aku amik papan pemotong yang paling besar sekali, letak ikan tu di sana dan benda pertama yang aku buat buka mulut ikan tu nak cuci segala kotoran dalam mulut.  Demi terbuka jer mulut ikan pacu tu, adoihhh mak rasa macam nak sawan dan terkena rasukan ablasa.  Ikan pacu ni punya set gigi yang mirip macam gigi orang.  Dengan berkerak dan berkeladaknya gigi ikan pacu ni menambah lagi rasa ngeri dan loya.  Aku terbayang jantan yang tak pernah berus gigi dari usia baligh sampai la umur dia 20 tahun.  Akupun taktau kenapa aku mesti bayangkan gigi jantan padahal, perempuan pun ramai yang malas berus gigi.  Hahaha Kronik hoccay perasaan mak tatkala itu. 


Selepas terkedu seketika, aku amik satu berus gigi yang dalam stock kami tu, letak Colgate banyak-banyak lepas tu aku start berus gigi ikan tu.  Tiga kali ulang cuci dan berus sampai aku puas ati, walaupun tak dapat membuang plak-plak pada gigi ikan tapi kekotoran yang sebelumnya sudah hampir 80% hilang, barulah aku berpuas ati.  Ada jiran depan dapur, suami isteri yang terjenguk-jenguk Mula-mula isteri dia basuh pinggan, pastu suami mai join basuh pinggan.  Aku syak isteri dia tu cakap dengan suami dia jiran depan dapur tengah berus gigi ikan. Kehkehkeh.  Memang betui tekaan aku sebab lepas tu suaminya tanya aku buat apa.  Aku cakaplah benda betul, tengah berus gigi ikan sebab kotor sangat.  Pastu depa suami isteri pandang-pandang sesama sendiri dan tersenyum-senyum.  Lantaklah nak fikir apa pasal aku, yang penting ikan aku bersih giginya dan tiada lagi igauan ngeri yang melanda hidupku di situ.


Lepas dah siap berus gigi, dah berseri-seri barulah aku start buang sisiknya dan menjalankan prosedur-prosedur biasa dalam memproses seekor ikan untuk dijadikan lauk.  Tapi taklah ikan tu dimasak time tu jugak.  Ikan tu aku potong  dan simpan dalam peti ais untuk dijadikan lauk di kemudian hari sekiranya terjumpa resepi yang sesuai.  Hari demi hari, minggu demi minggu.. bulan berganti bulan, terdampar di situ, akhirnya selepas ia hampir-hampir menjadi fosil kerana tidak terusik, ke tong sampah jua akhirnya ikan pacu tersebut.  Sadis sungguh.


Selepas tu aku tidak ingin sama sekali melibatkan diri lagi dengan ikan pacu.

Kat bawah ni  ialah imej ikan pacu dan gigi ikan pacu yang aku googled.  Tq pakcik google atas khidmat baktimu yang tidak terperi ini.







6 comments:

june said...

dear.. ikan pacu ni masak stim sedap.. tak pun masak berlada..

Naja Naja said...

apakan daya, kesedapannya telah dikaburi oleh gigi-giginya. heheeh

TiNiE said...

aahla wei, gigi diaaa...
takuuittt

Mikie Punyer Cerita said...

alahai gigi die boley tahan sama cam gigi budak budak

Naja Naja said...

Tinie - kan kan.... kerana gigi.

MPC - Kalu betui mcm gigi budak takper comel2..

Laxmi said...

hahhahahhahahha... dah terbayang2 dah aku ko berus gg ikan ngan colgate.. wakkakakkaka