Tuesday, January 29, 2013

Salam dari Ho Chi Minh City

Assalamualaikum WBT,

Gigih aku nak up entry walopun sedang berbekpek katanya.  Ya, bila lagi mau merasa update blog sendiri di negara orang.  Lusa nak balik dah ke Putrajaya.  Aku takkan dapat dah peluang ni kot, peluang up entry blog dari Vietnam.. hehehe.  Nampak dak?  Riak dalam iman...

Sejujurnya aku rasa perjalananku ke sini sangat dipermudahkan Allah.  Masa nak mai hari tu aku dalam keadaan demam-demam, batuk dan selsema yang sudah berbulan-bulan, dapat athma lagik. 2 hari sebelum datang sini suarapun macam kambing jantan, garuk semacam.  Alahan barangkali.  Berbekal Ventolin inhaler tu dengan macam2 ubat aku bawak bekal ke sini.  Bimbang jugak tetiba nazak di negara orang.  EnWTT pun dok risau-risau hari tu kalau-kalau aku tergolek di sini. Aku cekalkan hati.  Tapi alhamdulillah syukur, datang sini.. semua penyakit-penyakit macam terbang di angin lalu.  Ni dah masuk hari ke 4 aku tak guna inhaler tu.  Takdakpun tanda-tanda athma.  Selsema ada sikit2 lagi tapi tinggai bersisa saja, macam tu jugak dengan batuk.  Mungkin lepas ni kalo sakit lama-lama taknak lega buleh bawak pi bejalan baru lega kot noh? Heheheh.

Apapun Vietnam negara yang best untuk dikunjungi.  Rakyatnya bermacam ragam.  Ramai yang baik-baik dan prihatin.  Syukur jugak, kat sini kami ditemukan dengan orang yang baik-baik dan dijauhkan dari yang kurang baik.  Ramai yang berpesan supaya kami berhati-hati dengan suasana di sini.  Sudah menjadi resam di mana-mana saja ada orang baik ada orang tak berapa reti nak jadi baik. Semua pun sudi membantu, tunjuk jalan ke mana-mana walaupun selalunya versi perbualan seperti itik dengan ayam.  Bagi penerangan apa yang kami perlukan.  Almaklum, aku mai dengan Umie di sini dalam versi terjah dan redah.  Hanya tiket flight dan hotel saja (yang kami tempah dari Agoda.com) sebagai persediaan awal.  Lain-lain agenda semua kami redahhhh.  Tapi best jugak versi redah-redah dan terjah ni, baru terasa hidupmu sungguh backpaker.   Ada hati peknen 7 bulan mau feeling backpaker.. tapi itulah hakikatnya. Hehehe.  Banyak pengalaman menarik di sini, pemandangan juga menarik.  Nantilah bila balik sana kalau rajin boleh aku cerita kat blog di lain entry.

Sehingga itu, sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.




Wednesday, January 16, 2013

Coklat warna coklat




Pagi ni bangun, ada empat biji coklat Daim  atas meja. EnWTT letak di situ, pemberian seorang kawan yang baru balik dari Langkawi, katanya.  Rasyid dan Rumaisa terlebih dahulu nampak coklat Daim  itu lantas membahagi sesama mereka.  Dapatlah setiap seorang dua biji.  Eh apa penjodoh bilangan bagi coklat Daim tu ?  Aku lupa.. banyak sangat benda lupa akhir-akhir ini.  Nak kata tertelan permaisuri semut tak pernah pulak.

Rasyid sudah makan dua biji.  Rumaisa tak nak makan lagi.  Nak bawa bekal ke sekolah katanya.  Satu untuk dia, satu lagi untuk cikgunya.  Maka sepanjang jalan bernyanyi-nyanyi dia.  Sampai di pintu pagar tabika terus dipanggil cikgunya  lalu diberikan sebiji coklat Daim yang besaq sekenit tu.  Dasar cikgu yang pandai mengambil hati anak-anak murid, tetap ceria menerima walau sebiji coklat dengan senyum manis menghiasi wajah ceria.  Aku menerangkan serba ringkas asal usul coklat tersebut. 

“Terima kasih Rumaisa kerana bagi cikgu coklat” kata cikgunya.

“Sama-sama” jawab Rumaisa sambil tersenyum-senyum.

“Warna apa coklat ni Rumaisa ?” tanya Cikgu sambil menayangkan coklat Daim yang berbalut plastik merah.

Rumaisa kerut-kerut dahi.  Dalam hati aku.. laa takkan tak kenal warna merah Rumaisa ni.  Ambil masa nak fikir sampai berkerut-kerut dahi.

Cikgu ulang tanya sekali lagi.

“Rumaisa cuba bagi tahu cikgu apa warna coklat ni ? “ sambil dok tayang-tayang coklat Daim depan mata dia.  Dan kali ni laju Rumaisa jawab.

“Coklat warna coklat la cikgu !” lalu berlari ke meja dia di depan sekali. 

Ohhhhh.. ok, akupun tak terfikir. Aku dan cikgunya, kami sama-sama tergelak dengan jawapan Rumaisa tadi. Kalau tanya aku, mesti aku jawab merah, merujuk pada pembalutnya. Hahahahaa 

Imej coklat daim hasil googled

Tuesday, January 8, 2013

Nasik Goreng Momok


Rata-rata orang suka makan nasik goreng.  Aku kurang minat dengan nasik goreng  kecuali nasik goreng putih. Nasik goreng putih ialah nasik goreng jenis yang tumis bawang merah dan putih sampai wangi-wangi pastu boh nasik dalam tu lalu digoreng-goreng sampai mereka bersatu-padu di dalam belanga.  Makan dengan telur mata ke atau telur dadar ke.. memang sedap.
 
Dan.. aku paling tak suka makan nasik goreng yang ada letak toyu dalamnya.  Toyu? Oiiii  bahasa buku dia kicap. Hehehe.  Aku bukan la anti  kicap ni, tapi aku memang kurang gemar dengan masakan berkicap.  Bagi aku kicap akan hilang keaslian rasa kicapnya bila dimasak. Untuk menikmati rasa kicap yang jitu ia harus dimakan dalam bentuk asalnya kecuali ada penambahan-penambahan lain yang mengekalkan rasanya, itu boleh dimaafkan.  Contohnya, buat cabai kicap untuk cicah-cicah dengan ikan bakar atau apa saja. 

Berbalik pada bagaimana nasik goreng momok mendapat nama tadi, seumur hidup aku rasanya boleh dibilang dengan jari berapa kali aku makan nasik goreng yang mana antara watak utamanya adalah kicap. Kadang-kadang kalau EnWTT buat nasik goreng kicap, aku telan la secamca dua demi mengekalkan kerukunan rumahtangga. OK ayat macam haram pullops!

Tapi nak dijadikan cerita, sejak Adey bekerja.  Ada sekali tu pagi dia masak nasik goreng kicap untuk dimakan sendiri kerana tuan rumah tidak berminat.  Dia buat dalam sesenduk saja.  Cukup-cukup untuk tembolok beliau sahaja.  Dah siap, harumnya macam menusuk ke sukma.  Akupun gatai tangan pi la rasa secamca dua.  Dan wahhhhhhhhhhhhh.. amboiii sedapnya.  Esoknya, aku mintak dia buat lagi nasik goreng yang sama, kali ni lebih banyak.  Lepas tu aku try makan, memang sungguh sedap.  Tahap sedap sehingga menukarkan seluruh persepsi buruk aku terhadap nasik goreng kicap sebelum ni.  Pastu suruh EnWTT jugak rasa.  Beliau pun turut mengakui akan kesedapan nasik goreng kicap hasil buatan tangan bibik.

Dan selepas itu berkali-kali jugaklah sarapan pagi kami ialah nasik goreng kicap.  Hinggalah satu hari terjadi dialog ini antara aku dengan EnWTT.

“Sedap sungguh noooo.. nasik goreng kicap Adey buat.  Selama ni tak minat langsung tetiba jadi sedap tak hengat !’ kataku.

“Entah-entah dia letak momok apa..” balas EnWTT.  Ok, ni hanya lawak ngeri EnWTT di pagi hari.  Aku yakin  Adey Saropah  tidak memasukkan elemen-elemen misteri nusantara dalam nasik goreng kicap beliau. Hihihi.

Esok petangnya lagi sekali kami suruh Adey goreng nasik yang sama.  Masa dok goreng nil ah EnWTT tanya Adey apa yang dia letak dalam nasik goreng tu jadi sedap.

“Kamu ada masukkan momok ke dalam nasik tu ?” tanya EnWTT. 

Adey terpinga-pinga tidak mengerti katanya.  Pastu dia mai tanya aku apa itu momok.

“Bapak WTT  kata saya ada letak momok dalam nasik goreng ini.. apa tu momok ?” tanya Adey ingin tahu.

“Momok itu.. macam apa ya. Hantu. Guna-guna. Jenglot. Nyi Blorong…  Nyi Roro Kidul. Kanjeng Ratu Kidol,  Mak Lampir.. Sundel Bolong.  Alah Bik… unsur-unsur semacam itu la, macam ilmu pengasih la kot.  Saya pun tak tau natang apa sebenarnya momok tuh’, jawap aku sambil menyebut semua spesis hantu cerita seberang.

“Sepertinya santet ?” tanya Adey sambil diiring beristighfar berulang kali.  Lepas tu pakat-pakat  gelak.  Semua gelak ! Fahamlah dia soalan ganas majikannya hanya bersifat lawak antarabangsat semata-mata.

Secara jujurnya kami tidak merasakan Adey Saropah menggunakan ilmu hitam untuk menyedapkan masakannya.  Yang pasti dia punya bakat memasak.  Dia cepat menguasai beberapa masakan Melayu yang aku ajar, atau EnWTT ajar dia dan juga yang dia belajar daripada mak mentua aku.  Sekali tengok saja, lepas tu bila dia sendiri buat memang  tak lari la  rasa dari yang kita sendiri buat.  Dan boleh aku katakan, dalam ramai-ramai bibik yang diambil berkhidmat dengan kami, setakat ini beliau adalah yang terbaik dari semua aspek.  Alhamdulillah.



Psttt… Nanti aku letak gambar nasik goreng momok hasil tangan bibik.  Sebab sedap sangat selalu lupa nak amik gambar dulu.  Sedar-sedar pinggan dah kosong.


Wednesday, January 2, 2013

Langkah pertama untuk Rumaisa



Pagi ni sungguh bermakna buat Rumaisa.  Hari pertama menjejak kaki ke alam persekolahan tahap tadika.  Rumaisa didaftarkan di Tabika Perpaduan yang terletak bersebelahan dengan apartmen tempat tinggal kami.  Dekat saja, 3 minit berjalan kaki sudah sampai.  Sedikit penerangan mengenai Tabika Perpaduan.  Tabika ini di bawah pengurusan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional iaitu salah satu jabatan di bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri).  Tujuan tabika ini ditubuhkan ialah untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak  dengan objektifnya bertujuan membentuk potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.

Pagi-pagi lagi sudah menunjukkan semangat untuk ke sekolah.  Tiada masalah untuk Rumaisa bangun pagi kerana dia sudah terbiasa bangun di subuh-subuh hari.  Bila dipakaikan baju dan disikatkan rambut, lagilah bertambah ceria.  Hari ini Rumaisa bawak beg dengan bekalan sekotak pensil warna  sahaja.   Hari pertama persekolahan,  hari bersuai kenal dengan rakan-rakan dan cikgu.  7.45 pagi tiba di tadikanya dengan ditemani aku, bibik dan Rasyid. 

Sempatlah Rasyid menyibuk seketika di sana.  Duduk merasa suasana di situ sebelum akhirnya dengan rela hati ajak bibik keluar.  Rumaisa pula terus amik tempat dan cakap dengan aku jangan lupa ambil dia balik bila tamat sesi pembelajaran nanti.  Alhamdulillah, takde plak dia menangis atau meragam nak ikut balik ke apa.. cuma duduk dan menikmati suasana baru bagi dirinya.

Lepas bersalam-salam, berpeluk cium dengan aku, bibik dan Rasyid maka Rumaisa pun melambai-lambai kami.

Perasaan aku ? Teruja, sebak, terharu.. dan syahdu melihat anak melangkah ke alam persekolahan walaupun ke tadika cuma.  Ini langkah permulaan untuk anak emak.. langkah pertama sebagai pemangkin langkah-langkah seterusnya yang lebih besar di masa hadapan.

Semoga Allah selamatkan kamu wahai anakku.

Bergambar dulu dengan Rasyid.  Rasyid pun sibuk tolak beg jugak.

Ceria nak ke sekolah

Mak, rambut kakak okey tak ? Hehe

Bersemangat jalan laju-laju..
 
Khusyuk mendengar Cikgu  bagi arahan/ penerangan..

Belajar rajin-rajin ye Rumaisa... ;)