Wednesday, March 13, 2013

Menulenkan kemarahan.




Tajuk macam buat paperwork nak pi muktamar keagamaan peringkat kebangsaan. Tih tih ! Sebenarnya aku dok terpikir-pikir ni. Pikir yang takleh berhenti.  Kesian kat otak sendiri.  Oleh kerana kesian maka aku luahkan la di sini.  Aku rasa dalam dunia ni semua mau yang tulen-tulen belaka.  Yang tiruan, pelesu kalau buleh semuapun takmau.  Tapi dalam banyak-banyak tu, satu benda yang kita takleh tinggal ialah menulehkan faktor atau sabjek kemarahan.  Maksud aku, bila marah biar lah tulen subjek kemarahan itu jangan dok pi campur dengan benda lain.  (Oiii.. sabjek ke subjek ? Serius aku rasa kena amik kelas Bahasa Melayu balik !)


 Contohnya macam ni la  satu hari aku  berjalan kaki takkisah ler tepi jalan ker tepi longkang  ker, tetiba lalu sebuah motor takdan nak brek kerana kelajuannya, maka motor tersebut meredah takungan air di tepi jalan lalu airnya terpercik kena kat aku.  Lantas akupun memaki.

“Celaka punyer orang !” satu baris marah.


Pastu rasa macam tak puas hati sebab baru marah sikit sangat, setan pun takdak nak bertepuk  tangan lagi tetiba dah habis… maka akupun sambung lagi..

“Dah la itam, gemuk pendek, tak hensem pulak.. bawak motor macam haramjadah !”


Perasan dak ? Aku mengaku, dulu muda-muda remaja aku suka buat benda ni.  Bila mai dah nak masuk usia kerepot ni pun buat jugak tapi bilangan dan kekekerapannya tidak sebanyak zaman remaja-remaja dulu.  Ni yang dikatakan jenis maki tak ukur sependa baju di badan sendiri, kemarahanan seterusnya mesti dah tak logik dah dek kerana marah tu membuak-buak, maka kitapun laju membabit-babit kepada perkara lain yang takdak kena mengena.  Maka tertanya-tanya pulak la pada diri sendiri kalau orang yang bawak motor tu muka dia ada iras ala-ala Brad Pitt ker, Robert Pattinson ka.. harus la kot hang melutut keredhoan di tepi jalan tu walaupun hakikatnya dia redah ayaq dari tangki kumbahan yang bocor lalu tempiasnya naik ke muka…. Apakah kalau hang hensem, bawak motor sikit lagi nak mencapai level haram dan tempias ayaq najis  naik ke muka akupun takpala, aku pasrah.  Aku redho gitu…!  Faham ?  Jadinya aku nak marah dia sebab bawak motor macam haram atau sebab dia tak hensem macam Brad Pitt ? 

(Pasai aku sebut Brad Pitt ? Jangan salah sangka aku tak la minat Brad Pitt tapi sebab dia pernah dinobatkan sebagai lelaki terhensem dan terseksa di dunia ni maka aku bagi la dia sebagai contoh.)  Aku nak bagi contoh hensem macam Aaron Aziz, aku tak rasa Aaron Aziz tu hensem sangat di mata aku, kalo nak dibandingkan dengan Wan Hanafi Su.  Hensem berkarektor gitu. Hahaha.  Oke, taste manusia berbeza.  Silalah pi google laju-laju kalau nak tau cemana rupa paras Wan Hanafi Su.

            Aisehhh, terkeluar mak dari landasan ketapi yang sepatutnya.  Mari balik ke landasan, pasai marah tadi tu.  Aku bukan apa, akhir-akhir ni aku tengok ramai sangat orang marah orang..   Sana sini marah sama orang itu atau orang ini. Tapi bila baca balik, pikir balik.. macam tak logik pulak subjek  kemarahan tu nak dikaitkan dengan faktor fizikal seseorang.. lawa, huduh, wajah kampung, wajah urban, tak kisahla rambut dia belah tengah ka belah tepi ka botak ka beruban ka.. gemuk pendek, gemuk panjang ka.. hitam manis ka, hitam metalik ka, hidung mancung ka hidung penyek , hidung jambu atau apa-apa sajalah.. sabjek utama kemarahan terhadap seseorang selalunya akan dikaitkan dengan kekurangan fizikal orang tersebut.  Padahal kitapun tau  rupa paras fizikal tu Allah yang bagi.  Marah orang kerana perangai aku buleh terima lagi tapi tetiba dok pi campur dengan faktor-faktor fizikal pemberian Allah kat dia tu, sebenarnya marah kat sapa ?  Marah kat tuhan yang mencipta ker ?  Ehhh.. otainya hang… ciptaan Allah pun brani kau hina-hina.  Jadi kalau nak marah, carilah satu benda yang betul-betul buat kita rasa marah dan tak payahlah nak pi dok merempan dengan benda-benda lain yang walaupun sama waktu dengannya tapi tidak relevan untuk dikaitkan sekali.

Ni pesan untuk diriku sendiri dan jugak sapa-sapa yang mau ambil fikir pasalnya.  Yang takmo fikir sudah, sila dok tepi !

4 comments:

emak. bukan penari tiang said...

Baiklah kak naja. Saya x buat dah perangai camtu. Terima kasih sebab menegur.

Anonymous said...

aku ghak terasa dgn ketidaktulenan kemarahan ietwewww..tp kalau sebut psl fizikal takde kot...mak conpius nyah - aku org HUll

Unknown said...

ah, nampak sangat aku pon kena tipu.ingtkan sapala Wan Hanafi Su.rerupanya..mencik ah!da ler blog kaler hijau, nampak sgt pas.kahkahkah

Shima said...

Ayat tak blh blah lah tulisan ko Naja. Mmg best, aku tertunggu2 je entry ko. Part Wan Hanafi Su dgn Aaron Aziz....setuju aku pun tak minat lah AA tu. Lagi aku minat M. Nasir.