Friday, March 23, 2012

Fresh 'Hanith Lamb'

Gila Ayam !

Entah seronok apa, sepanjang pagi ni selain daripada menghabiskan kerja-kerja yang tak pernah habis.. aku meluangkan sesuku masa pagi aku dengan mengkaji anatomi seekor ayam. Ntah tang mana menarik, tapi melekakan..

Aku bukan kedekut ilmu, apa yang aku tahu aku nak la share dengan kawan-kawan. Jadi, mari lah sama-sama mengkaji. Hahaha ! Selepas ini kita semua pasti akan lebih mengenali seekor ayam bukan sekadar ohh itu hati ayam, yang ini jantung dan yang itu kaki. Sebab aku pasti kebanyakan kita pasti sekurang-kurangnya sekali pernah membedah seekor ayam secara rela ataupun paksarela.

Jom layan sesame….








Thursday, March 22, 2012

E.V.O.O

Hari ni nak berkongsi dengan kawan-kawan semua mengenai kebaikan EVOO – Extra Virgin Olive Oil. Sebelum tu, aku nak bagitau minyak zaitun ni senang gak la nak carik. Pi jer mana-mana supermarket ke haipermarket tengok kat bahagian minyak-minyak, kat situ la terletaknya. Pilih yang Extra Virgin sahaja yakni yang terlebih dara.. yang sikit-sikit dara takmau ya, sebab tidak mujarab dan tidak sesuai bagi melaksanakan impian ini!

Ni nak ceritalah ok, petua menurunkan berat badan menggunakan Olive Oil ni aku baca dari blog Rye Affan. Ekceli telan EVOO bukan untuk kurus pun mengikut kata Rye, tapi untuk membetulkan balik kadar metabolism badan yang tak berapa nak berfungsi dek tabiat pemakanan kita yang ntahapa-hapa tapi baguslah beliau kerana bermurah hati berkongsi petua untuk kurus-secara-tidak-langsung dengan cara EVOO (Cemana nak tempek link blog beliau dengan hanya tulis ‘DI SINI’ dan Korang buleh klik ‘DI SINI’ tu untuk pergi ke blog dia…. Mak belum reti buat. Mahap !!) So lepas baca aku gigih ‘gTalk’ dengan dia bagi mendapatkan maklumat lanjut. Thanks Rye.

Maka bermula bulan 11 hari tu akupun start minum EVOO ni setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur malam. Rasa dia memang la tidak sedap di tekak tapi buleh ja teguk dengan air kalau mau. Aku buat macam ni.. bancuh sesiap air oren letak tepi, telan EVOO dan cepat-cepat telan air oren. Bagusnya EVOO ni dia tak la meninggalkan rasa dan aroma tak best di tekak. Macam sekali lalu saja la, telan dengan air lain aroma minyak zaitun tu pun ilang. Faham dak ? Adeshhh.. takper nanti aku carik ayat lain yang lebih senang nak faham. Untuk kali ni tolong hadam yang ni dulu.

Berdasarkan pengalaman aku.. Aku timbang selepas sebulan kemudian. Tau berapa turun ?? Keputusannya sangat menakjubkan… 5 gram ! 5 gram naa, bukan 5 kilogram. Teruja dak ? Wakakakaka. Alamak, apa yang tak kena ? Rye kata dia buleh turun dalam dua tiga kilo sebulan, pasai apa aku 5 gram saja ? Kompom gemuk degil! Huhhh… Tapi aku berbaik sangka la dengan EVOO ni. Mungkin sebab aku cuma telan ja EVOO tapi tak pi bersenam. Aku salahkan kerja aku time tuh yang tiada masa senggang, lepas punch kad jer terus dengar azan Maghrib ! So celah mana nak bersenam ? Jadi aku sambung lagi. Tapi, ha ni tapinya.. aku ada perasan satu benda kat aku ni. Masa tunduk-tunduk depan cermin tetiba tengok, aiiiii rambut aku dah makin lebat ! Korang tahulah kan macam mana bila kita lepas bersalin, rambut gugur banyak dan menipis sampai adakalanya buleh nampak kulit kepala berbayang-bayang di celah rambut. Kalo lagi 2 tahun rambut aku dok gugur macam tu ada harus aku berkepala botak lepas ni. Tapi dengan khasiat EVOO ni yang aku tak sangka-sangka, rambut pun kembali lebat bersinar. Akar rambut menjadi kuat dan kuantiti rambut gugur tu tak la sadis sangat. Takat 7-8 helai gugur sekali sikat normal la kan? Tak perlu ke pusat rawatan rambut bagai. Dah berapa hang untung kat situ ??

Oleh kerana satu masalah sudah setel, aku teruskan minum EVOO. Selain rambut, kulitpun mendapat manfaat yang bukan sedikit. Kalau yang jenis aku, malas menyapu losen, pelembab bagai maka EVOO jadi penyelesaian. Aku memang rajin beli losyen tapi jenis malas sapu, dah berbotoi expired macam tu aja. Bujang-bujang dulu yer la ada kawan yang baik hati dan sukarela tolong sapukan losyen kat badan, kaki, betis, peha, lengan dan semua-semua part la sebelum tidoq. Hahaha, terima kasih Amy no...

Okeh, balik ke landasan. Dengan EVOO, secara perlahan-lahan kulit akan jadi lembab dan tona kulit sekata gitu. Takyah gigih dok telan kolagen bagai yang melambak di pasaran tu. Telan EVOO lagi best. Aku berani cakap macam ni sebab ada beberapa orang kawan yang aku sajeskan depa amik EVOO hari tu sekarang sudah tersenyum kezaitunan kerana masing-masing sudah nampak hasil dan manfaat dari EVOO. Bukan mahal sangatpun. Kalo tajuk Bertolli dalam RM29 lebih, kalau Colavita RM39.90 untuk satu botol satu liter, tu harga terkini aku tengok kat Kafur Tercinta kat Putrajaya ni (Terpaksa la jadi tercinta, sebab Kafur tu saja yang dekat umahpun.. )

Dan serious, yang gigih nak dok telan minuman Kolagen bagai tu untuk kecantikan kulit, aku sarankan berhenti sajalah sebab apa yang aku ketahui, kulit tidak akan menyerap banyak kolagen dengan cara minum atau telan ubat-ubatan yang mengandungi kolagen melainkan kalau diambil secara suntikan. Retisss sangat nak pi suntik-suntik kolagen bagai !! Kalau minum campuran kolagen 3 in 1 tu bayangkan la, satu peket katalah ada 1 gram kolagen (kalau betul 1 gram), yang diserap kulit tiap kali minum mungkin hanya 0.001 gram.. dan berapa puluh tahun nak minum kolagen untuk dapat kulit yang diidam-idamkan ? Hmmm ni congakan kasar aku saja. Kalau rasa tak setuju, sila sambung telan minuman kolagen masing-masing.

Mari berbalik pada proses menurunkan berat badan. Lepas penurunan berat badan yang menakjubkan yakni 5 gram tu kan, akupun tak gigih dah nak tengok penimbang hinggalah pada satu hari ( 2 bulan lepas tu, kira aku tengok timbang hari tu yang turun 5 gram tu bulan Disember 2011, yang ni pada awal Februari), Rumaisa dok main timbang tu dengan adik dia, aku pun joinlah jugak. Sekali kau, 6 kilogram less. Sebab tak yakin aku hampuk plak penimbang tu tujuh lapan round. Keletung keletang bunyi dan aku berenti bila aku rasa cukup untuk mendapat maki hamun percuma dari jiranku di bawah. Heheheh. Dan timbang lagi sekali. Pun tetap 6 kilogram kurang dari keberatan aku yang sebelum. Wahhh kau. Daripada kurang 5 gram jadi 6 kilogram ? Mujur mak tak sakit jantung. Dan esoknya aku kebetulan bawa anak-anak pi klinik, aku timbang lagi sekali dengan penimbang kat klinik. Timbang klinik baru meyakinkan.. sebab timbang cap kerajaan kot, mana mau tipu-tipu. He he he

EVOO ni mengurangkan selera makan dalam tak sedar, aku rasa macam ia boleh memprogram semula otak kita ni yang asik nak makan nak makan walaupun pada hakikatnya hasil yang kita dapat tu slow ya Rabbi, jangan la putus asa. Contoh macam ni la senang, kalo dah biasa gemuk 10 tan, telan EVOO secamca sehari tiba-tiba dua minggu kemudian ko dah bajet-bajet beratmu ala supermodel yang berpenyakit anorexia nervosa tu, sila berpijak di bumi nyata. Tetapkan la matlamat realistik, jangan over kang tak tercapai, dari beria nak kurus buleh sakit mental pulak ! Fikirkanlah manfaat-manfaat lain yang berapa banyak EVOO boleh berikan. Lagi satu, berfikir positiflah. Belajar menyayangi diri seadanya dan berusahalah untuk mengubah apa yang kita tak suka tu dengan cara yang sihat lagi menyihatkan. Dan untuk aku, lepas pada hat turun 6 kilogram tu, setakat ni belum turun-turun lagi. Stuck kat situ pulak dah. Memang lemak degil ! Tak payah pikir bab tu dulu, teruskan je telan EVOO dan jalanilah kehidupanmu macam biasa. Sebab dah biasa gemuk, aku tak heran sangatlah tak slim-slim lagi dalam masa terdekat ni. Janji laki aku sayang. Kahkahkah

Banyak lagi manfaat EVOO lepas ni, nanti aku share di entry yang lain. Dan kat bawah ni beberapa contoh EVOO yang terdapat di pasaran.

** Aku telan EVOO tajuk Colavita sebab botol dia lawa. Tak caya cakap aku cer tengok ni...






Saturday, March 10, 2012

Percutian Tiga Jam Di Pulau

Aku selalu la mengimpikan untuk bercuti di pulau-pulau yang indah lagi permai dengan air laut nan biru sehingga terzahir di penglihatan akan butiran pasir di dasarnya. Wahhhh… kalo bab berangan serah kat aku ! Nama lagi berangan itu free, cuba bagitau aku sapa yang berangan kena bayar ?? Hehehe.. Dan bagai pucuk dicita ulam mendatang, pada satu hujung minggu yang damai bersuaralah En. WTT mengajak aku ke pulau. Eh, aku yang ajak dia. Lupa pulak ! Sebenarnya tadi aku nak cakap dia setuju bila aku ajak. Malas nak tekan backspace kat kibod. Korang hadam jer lah cerita aku ni..

Bila sampai masanya kamipun berangkatlah berdua ke pulau tersebut yang terletak tidak jauh dari Putrajaya. Perjalanan memakan masa 40 minit akhirnya membawa kami ke Pelabuhan Kelang, dan tepat jam 9.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Pulau Ketam yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Pelabuhan Kelang dengan menaiki feri, dengan kadar tambang RM7 sahaja untuk sorang, sehala !

Sampai di sana benda pertama yang kami buat menyewa basikal, satu basikal RM8, kalo basikal buruk RM5. Pusinglah sepuas-puasnya dengan syarat, jam 5 petang hantar balik. Buleh tahan luas jugak mau berjalan tetapi kenderaan bermotor pula tidak dibenarkan beroperasi di pulau ini. Pemandangan yang menarik ialah di sini tak kira tua muda kecik besar, semua pun terel berbasikal. Diperkasakan dengan skill memasing yang hebat contohnya dengan selamber kodok je pangku anak kecik di peha sambil mengayuh basikal di laluan yang ala-ala. Dan aku plak, hazab gak la mula-mula nak mengayuh basikal. Asik terkeluar dari landasan, menonong entah ke mana-mana. Maklum dah berapa tahun tak pegang basikal, terkial-kial la jugak dibuatnya tapi akhirnya alah bisa tegal biasa.

Pulau Ketam ni penduduknya 99% terdiri dari kaum Cina, maka mencari restoran yang menjual makanan halal memang la tak jumpa. Mujur juga sebelum naik feri kami dah sarapan dalam kadar berat di rumah. Kalo tidak mau kebuluran ! Jadi kami minum air sajalah. Dan penduduknya ada yang ramah-ramah, ada plak yang jenis immune dah kot dengan kedatangan pelancong tempatan mau pun luar negara, tak heran pun! Benda yang menarik kat sini bagi aku antaranya ialah, parabola bersaiz gergasi. Gila gedabak besar wei. Bukan tahap piring dah kalau saiz tu, besar dia dua kali ganda kawah nasik kenduri kat rumah Pengerusi JKKK kampung aku. Jeles aku tau ! Kalau la aku dapat pasang kat balkeni umah aku macam tu.. segala macam siaran buleh ditadah kau!! Tapi biarla kecil parabola Astro itu, asal mendapat keredhoan Ilahi gitu kerana tak buat kerja salah.. ok insaf !

Oh ya, servis hotel dan juga rumah tumpangan serta kelong untuk aktiviti memancing turut disediakan kepada sesiapa yang berminat. Kalo ikut aku, tak perlu nak sewa-sewa hotel semata-mata berniat menjelajah Pulau Ketam. Tiga jam rasanya dah selesai menawaf sebahagian besar pulau. Dah boleh tengok macam-macampun. Tapi, seriusnya pengalaman melawat ke Pulau Ketam adalah salah satu momen indah di tahun 2012 ini. Terima kasih untuk En. WTT yang sudi merealisasikan impian saya bercuti ke pulau. Heheeheh. Sekian, untuk kali ini. Tahun depan kita pi Bora Bora Island naaa.. berangan itu free !

Jom layan gegambar..



Feri yang membawa kami ke Pulau Ketam




Pemandangan menarik sebelum feri berlabuh




Pemandu bot yang mengambil penumpang dari feri dan menghantar ke rumah-rumah di pesisir..




Yang ni tekong bot, mesra !



Bot nelayan



Laluan seperti yang terdapat di sepanjang pulau


Pekerjaan sampingan, mengopek kulit udang



Rumah-rumah di kiri dan kanan



Pemandangan biasa di sini, penduduknya berbasikal tak kira tua muda



Cuba teka apa itu ??




Pemandangan Pulau Ketam apabila air surut



Udang kering



Polos. Wajah-wajah generasi muda Pulau Ketam



Lagi pemandangan menarik i



Lagi pemandangan menarik ii


Industri hiliran, perusahaan ikan kering




dan akhir sekali, parabola gedabak besar yang telah membuatkan hati mak berkesumat kedengkian !