Friday, April 23, 2010

Naik Pangkat!

Lama tak menjengah blog.. ayat2 standard untuk mengkaver kelembapan tahap siput sedut.. Alhamdulillah, setelah segalanya selesai (walaupun ada lagi fasa2 lain sedang menanti) aku akan kembali mengaktifkan diri dalam blog nih. Terasa lama sungguh dibiar sepi. Bermacam2 cerita untuk dikongsi..

Aku skarang sudah bertukar status.. naik pangkat lagi. Hehehe dari seorang ibu beranak satu, sekarang sudah bertambah koleksi menjadi dua dengan kelahiran Rasyid Nur Muhaimin pada 7.4.2010, buat menemani kakaknya Rumaisa Nur Milhan yg lahir lebih kurang setahun sebelum itu. Syukur pada Allah, masih lagi diberi peluang melihat donia. Apabila pandang balik ke belakang, sungguh aku tak menduga dan tak pernah terlintas di fikiran aku akan punya anak.. apatah lagi anak-anak.. 5 tahun menunggu cahaya mata hampir2 membuatkan aku terfikir bahawa sudah suratan hidup barangkali aku dan Zikri akan menyendiri sampai ke tua. Namun kuasa Allah mengatasi segala. Siapalah kita untuk merencana takdir.. yang pasti aku bersyukur dgn kurniaan dan anugerah Ilahi ini. Insya Allah akan aku besarkan mereka sarat dengan kasih sayang dan juga kesabaran sebagaimana kedua orang tuaku membesarkan aku.. supaya satu hari nanti dapatlah mereka meniti jalan2 lurus dalam meneruskan kelangsungan hidup. Apa lagi yang aku perlu dalam hidup ini ? Kehadiran mereka sangat2 aku hargai, walaupun untuk kali ini masih ada lg mulut yg ringan bertanya "ehhhh... anak sapa tu?" "ehhh.. bila masa mengandung? tak nampak pun!" dan yang paling parah "ehh, amik anak sapa pulak kali ni?".. yang pasti aku boleh bergembira, tidak penting lagi untuk membuktikan apa2 kepada siapa2..

Kepada kawan2 yang belum punya zuriat, harapan tidak pernah akan mati andai kata kita berusaha sedaya upaya merentas jalan yang ada. Yakinlah bahawa Dia Yang Maha Mendengar tidak akan mensia2kan


6 comments:

imanamani said...

salam..congratulation for the new member of the family...

fiena said...

Tahniah kaknaja..atas kelahiran 2 cahaya mata yang begitu bermakna dlm hidup kaknaja dan abg zikri...semoga rumaisa dan rasyid menjadi anak2 yg soleh dan solehah...

Shima said...

Naja, aku mmg tunggu2 je n3 hang. Tahniahlah atas kenaikan pangkat tu ye. Kita serupa masih anak 2 di usia 32 tahun. Syukur alhamdulillah...

Ibu Kimie & Balqis said...

tahniah di atas kelahiran anak kedua...

Fuuhhhh la la ..... said...

alhamdullilah... Allah anugerahkan rezki yakni anak2 kepada kita semua....

marini said...

yer la naja.. anak angkat hang la tu... kan memang budak2 tu xleh jalan sendiri lagi so kena angkat @ dukung la kan..heheh..tahniah! sebagai kawan..aku sentiasa mendoakan kebahagiaan hang.. InsyaAllah!