Tuesday, April 26, 2011

Cerita-cerita bodoh bulan April

Bulan April adalah April Fool.. standard gitu la berkurun-kurun lama. Tapi aku nak cerita ni bukan pasal April Fool tu lah tapi ada beberapa cerita sakit ati yang impaknya sama lebih kurang mcm terkena April Fool gitu…

Cerita pertama : Kelinik dan Kereta

7.4.11 – Aku dengan WTT bawak Rasyid pi klinik untuk imunisasi setahun. Tak macam selalu, hari yang kami pi tu orang tak lah ramai sangat. Bila orang tak ramai nombor giliran pun laju saja bergerak, jadi tidak la menunggu lama sampai berjam-jam semata nak jumpa nurse sambil-sambil tadah telinga dengaq nasihat dan tip-tip daripada nurse yang peramah dan sangat berbudi bahasa, dan akhirnya pi cucuk. Bab nak cucuk anak ni aku memang lemah semangat, dari dulu-dulu lagi aku memang tak sanggup nak tengok depa dok terkial-kial sambil meraung nak melepaskan diri bila kakitangan semua kena grip. Jadi tugas pegang anak tu aku serahkan kat WTT sambil aku kat luaq bilik tu mundar-mandir macam aksi dalam drama-drama part laki tengah mundar-mandir depan bilik bersalin tunggu bini beranak sulung, gitu kekdahnya. Mata kerling-kerling tengok Rasyid dan bila semuanya berakhir lega sungguh rasa. Ok semua tu tak sampai pun 2 jam (laju la tu kalo cek pregnant harus daftar kui 8.30 kui 3 petang pun belum tentu setel.. mentall! )

Habaq kat WTT, best kan hari ni mai kinik segalanya macam smooth jer dan kuar la p tempat parking sambil jalan sambil la bercakap-cakap layak orang tengah bercinta, sebab dah semua pun smooth kan takde tensen-tensen.. dan tetiba, DAMNNNNN! Beberapa kaki lg nak smp ke kereta ternampak la bahagian belakang keta kami tu dah rabit sebelah, jadi tersenget-senget.. Celaka mana lah masuk parking tak bajet bebetui.. dah p sondol keta orang (keta kami la) Huhuhuhu !

Cerita kedua: Tabung Haji

Buku Tabung Haji (TH) aku dah lama sangat hilang. Dari bulan 6 tahun lepas tak silap aku, tak tau mana letak dah.. sel-sel ingatan aku memang takleh nak membantu langsung. Jadi akupun dok bertangguh-tangguh nak gi buat buku baru. Tapi bila dah terdesak sangat, sebab kat situ ada aku dok simpan sikit-skit sebab dah tak boleh nak bawak keluaq simpanan tu jadi ada laaa lebih sikit kan.. kira macam saving paksarela la ko.

Makanya pada hari kejadian aku pun berkunjung la ke Tabung Haji Bandar Baru Bangi (TH BBB) bertepian dengan Pasaraya Watan yang dulunya, sekarang dah jadi Giant. Sebelum terjah aku call dulu tanya prosedur penggantian buku simpanan yang hilang nanti tak kalut-kalut dah, dia pun cerita serba sikit kena buat itu ini mati setem blab la bla “senang-senang Puan datang sini la lagi senang nak cerita”. Ramah. Mak bagi 5 bintang layanan supap atas talian.

Setengah jam kemudian akupun sampai sudah, tak payah amik no giliran terjah saja kaunter situ sebab orang pun tak ramai dalam beberapa orang saja. Petugas tu pun cerita la kena isi boring dulu matikan setem dan bawak balik ke sana. Aku tanya dengan tawaduk sekali setem beli kat LHDN ka, jawapan dia takkan tak tau kat mana nak beli setem hasil? Amboiiii.. Islamik sungguh haih layanan. Wakakaakaa. Sumpah aku tak tau setem hasil boleh dibeli di posopis. Sebab aku ramah aku cakap dengan petugas kaunter tu, “Puan, buku simpanan saya tu sejak dari saya bukak tahun 2001, ini kali pertama hilang. Dah dekat 10 tahun. Sekali saja hilang. Kalo tiap-tiap hari buku saya hilang , barulah saya hafal benarrrr prosedur nak buat buku hilang ni. Nak beli setem hasil kat mana apa segala.”. Sebab dia sopan kot dia tak balas apa yang aku cakap Cuma senyum-senyum saja. Dan sebab aku tak faham, aku tanya dengan pengawal keselamatan TH berseragam hijau yang memanjang senyum tu cemana prosedur sebenar nak tukar buku. Patut Pengawal Keselamatan tu yang keja kaunter sebab dia memang ramah dan sedia membantu.

Lepas tu berkejar pi posopis dan LHDN dekat Hentian Kajang, Jalan Reko sana isi form dan matikan setem hasil aku pun balik ke TH BBB, penat gak wei walopun memandu sebab jaraknyer buleh tahan la dengan nak harung jem lagik.. Sampai kat TH pun dah kui 4 petang pelanggan pun tak ramai ada dalam 5 orang saja. Tekan nombor giliran kat butang “lain-lain urusan”. Tunggu dekat 10 minit nombor tak bergerak dan orang-orang yang datang selepas aku dah bertukar ganti kat kaunter, aku salah tekan nombor kot jadi dengan rajin sekali lagi tekan nombor kat butang “ simpanan dan pengeluaran”. Dok sat nombor naik. Mak hepi noks. Dapat kaunter ujung sekali nombor 6. Petugas kaunter usia bukan remaja lagi, lelaki, berketayap putih. Aku bagi salam duduk dengan sopan-sopan, sebab berurusan dengan institusi kewangan yang islamik gitu kan.. kekekeke. Lepas dia belek-belek borang aku. “Kenapa tak tekan lain-lain urusan ? Sini bukan untuk simpanan nih untuk buat buku baru. Pegi tekan nombor lain, saya takdak masa nak buat kerja ni semua ada banyak lagi kerja lain nak buat. Dan dia terus bangun pi sibuk-sibuk buat benda apa ntah kat tepi meja dia. Dengan muka muncung-muncung ala platypus! Babi sungguh, Ha kauuuuu ! Terpinga-pinga aku jadinya.

OK mungkin salah aku sebab tak tekan butang ikut aturan yang betul kan. Mak pasrah gi la tekan nombor lagi sekali dan tunggu lagi sekali. Sampai kat kaunter nombor 3, petugas tu baya-baya aku saja kot lagi muda pun mungkin ya. Semasa dia tengah dok proses urusan aku, ramah-ramahla aku bertanya “ Kaunter no 3 saja ka yang boleh buat urusan ganti buku ni?” “Eh tak puan, semua kaunter pun boleh… mana-mana kaunter pun ok bila sampai nombor giliran“ “Walaupun kaunter nombor 6?” soal aku. “Ya semua kaunter!” Hoiiii, angin pasang dalam kepala berkepui-kepui sampai aku rasa aku bernafas kuar angin panas kot telinga.

Dok istighfar dalam hati mintak sabar tapi sungguh la, bila marah ni syaitan pun dok tiup-tiup lagi. Dalam kes ni rasukan ablasa lagi kuat OK, berbanding iman yang senipis lapisan hymen. Lepas aku siap berurusan di kaunter nombor tiga aku terus terjah ke kaunter 6. “Encikkkkk.. kalau rasa malas nak mampus, sombong, bongkak, jangan kerja kaunter laaa p duduk dengan beruk dalam utan.!” Terus aku blah keluar meninggalkan TH BBB macam dah tobat nasuha takmo dah berurusan lagi dengan TH situ. TH Putrajaya lagi peramah dan berbudi bahasa ! Eh, aku gi TH BBB sebab sana dekat dengan LHDN tempat nak mati setem hasil tuh. Sekian.

Cerita ketiga ; Gas Habis

Tabung gas rumah aku sekejap saja sudah kosong, angkara bibik rajin memasak. Sebulan sekali kena beli gas sebab hari-haripun masak bubur untuk anak-anak. Hehehehe. Aku telefon pengedar gas, mintak dia tolong hantarkan gas. Katanya lambat sikit kak lepas maghrib. Tak apa. Masa tu jam 5.30 petang. Cakap dengan bibik nanti bukak puasa kita makan la roti-roti dulu ka pas gas dah sampai kita masak apa-apa yang cepat buleh dimakan contohnya megi.

Lepas tu aku sms la alamat rumah kat tauke gas ni, nama taktau tapi nombor ada. A1-T4-U01 no rumah. Dibalasnya faham. Tunggu punya tunggu dalam nak maghrib gitu dia call “Akak pegi mana? Rumah takda orang pun dah ketuk berpuluh kali takdak sapa bukak pintu”. Takdan aku nak tanya apa terus dia matikan. Gaya-gaya bengang dengan nada “D minor”. Akupun terpinga-pinga. Aku siap bukak pintu lagi dah dekat 10 minit dah dok tunggu, tapi haram takdak sapa jengoi pun. Jangan kata orang, tong gas pun tak nampak wajah. Kerna aku ni agak berhemah, akupun call balik orang tu tanya “Hantar kat mana, ni akak tunggu dari tadi takde sampai-sampai, salah ketuk rumah kot?” “ Alahhhh, dah ketuk sampai nak luruh pintu takdak orang bukak. Budak-budak saya dah turun dah, pegi tempat lain plak hantar gas” Jawapan dalam nada bebai-bebai. Sebab tak puas ati, aku sms tanya pi ketuk rumah sapa, rumah akak ni dok bukak pintu dkt 20 minit takdak sekor makhlukpun takdak jengoi. Cuba baca betui-betui sms no rumah tu” Pastu sms aku tak der berbalas. Akupun siap-siap dok kelebek buku yang simpan nombor-nombor telepon nak carik pembekal gas yg lain la pulak. Tetiba ada bunyi keletung keletang tong gas kuaq dari lif.

Kebetulan plak Mr WTT pun sampai balik. Budak yang antar tu cakap “tadi kami pi ketuk umah kat blok A2! “ dan aku pun cepat-cepat cek sms sent tu kot aku silap type tapi ternyata tepat sekali no rumah aku. Hati panas. Aku takleh marah budak-budak tu sebab bukan depa yang baca sms aku. Aku tekan sms kat tokey dia “padannnnn le silap blok, lengkali baca betul-betul jangan main marah saja. Dah silap rumah, patut la ketuk pintu smp runtuhpun tak buka..”. Sms aku tak berbalas.

Dekat kui 8.30 kira-kira hampir sejam selepas kejadian, tetiba ada sms masuk “gas dah sampai ?” hahahaha. Sopan sungguh haih! Akupun membalas dengan sopan-sopan gak la “ dah selamat memasak. Terima kasih ya. Lengkali akak nak beli gas lagi, makesure baca alamat umah betul-betul tau..”

Pendek kata walopun pada bulan April, aku tak difool kan oleh sesapa tapi ada banyak kes bengang berlaku dalam bulan ni. Serba-serbi urusan rasa macam tak menjadi. Aku dah lama tak marah-marah, provok-provok or maki hamun orang. Sungguh la, sejak-sejak aku jadi emak ni.. aku cuba bersopan santun sebaik mungkin supaya dapat menunjukkan contoh yang baik kat anak-anak aku yang dua ketoi tu. Tapi dengan kejadian-kejadian di atas benar-benar membikin rasukan ablasa buat diriku. Kesimpulannya, tiada kesimpulan!

Thursday, April 14, 2011

Bosan Punya Cerita.

Pada satu hari, emak saya tiada di rumah kerana pergi berpoya-poya dengan kawan-kawannya. Saya rasa sangat sunyi walaupun ayah saya ada di rumah, tapi ayah sedang membelek koleksi gambar-gambar bas beliau. Bibik pula sedang melayan karenah adik saya yang mengantuk, jadi dia tak nak main dengan saya. Saya sedih. Tapi emak kata jangan bersedih lama-lama kelak boleh mendatangkan mental.

Jadi saya mula memunggah beg-beg yang emak susun di dalam bilik. Tiba-tiba saya terjumpa satu benda yang saya sangat teringin nak guna tapi emak saya larang dengan alasan saya masih lagi kecil. Tapi emak tidak terpikir walaupun kecil, saya ada pipi jugak! Hari ini saya boleh membalas dendam. Ada extra lagi, spek mata itam mak, cap GUSI, instead of GUCCI. Hangpa ada ??



1st step, berus pipi kanan..


pastu kanan lagi.. (pipi kirinya ntah bila nak sapu)


dah puas ati rasa diri cukup jelita, baru boleh gelak kuat-kuat..


test spek GUSI mak..


besar plak, asyik nak luruh saja.


cantik kan saya ?


rasyid yang tido, tak nak tumpang sekaki dengan aktiviti saya.


akhirnya bosan jua, emak cepat lah balik.

Bersantai di Taman Botani, Putrajaya.

Pada satu hujung minggu yang percuma, aku dan mrWTT bawak anak-anak dan bibik jua bersantai di Taman Botani, Putrajaya. Taman ini terletak di Presint 1, lokasinya di bulatan gergasi Putrajaya. Berhampiran dengan pejabat Perdana Menteri kita. Taman ini khabarnya mempunyai tidak kurang dari 700 spesis bunga-bungaan dari 90 buah negara di seluruh dunia. Dibuka kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga jam 7 petang kalo ikut waktu beroperasi secara rasmi tapi ramai saja umat aku tengok dok jogging di situ seawal jam 7. Yang bestnya, masuk adalah percuma ke kawasan yang berkeluasan 230 ekar ni.. tercabut kaki kalo mau jelajah semua dalam satu hari. Kalo mahu ke Zon Pameran Interaktif, bayarannya adalah serendah RM2 sahaja. Sangat berbaloi-baloikan ?

Jujurnya, dah lama aku tak jengah ke Taman Botani ni. Seingat aku zaman-zaman berdua dulu saja ada dua tiga kali pi sana, amik-amik angin. Itupun tahun 2005-2006 kot. Syukur kepada Tuhan, hobi berjalan-jalan yang digilap semula pada pertengahan 2010 membawa kami ke sana kemari mencari destinasi-destinasi unik lagi ceria untuk membantu proses tumbesaran anak-anak. Uhikss.. Alasan takleh blah!

Rasyid dan Rumaisa sangat suka kalo ke sini kerana boleh tengok banyak benda dan main macam-macam. Tanah, pasir, rumput, ranting-ranting kayu, lopak air, daun-daunkering, bunga, semut, kumbang dan banyak lagi adalah objek-objek baru yang dibelek oleh Rasyid danRumaisa bila mai sini. Sangat best.. di tepi tasik pula, anak-anak ikan sangat ‘peramah’ sampai tahap makan di tangan. Terjerit-jerit la kehepian bebudak yang dua ketoi itu..

Mari layan gegambar yang ditaja oleh Panasonic Lumix.. OK, aku membuat fitnah.. banyak lerr Lumix nak taja. Uhiksss



Rasyid dan Rumaisa


"Makk.. ngengok ikanggggg!" ajak Rumaisa. "Jom-jom!"


Gigih menjamu ikan-ikan dengan roti dan biskut.


Jinak-jinak


enWTT sedang melayan anaknya


Rasyid lepak-lepak, penat berjalan.


Lepak lagi.. pastu tido.


Gaya Rumaisa sebelum terpeleot di situ!


Gondola bermuzik. Satu trip RM15 untuk seorang mengelilingi
Tasik Putrajaya sambil mendengar lagu-lagu Melayu asli.



Seram punyer sengih, puas ati dapat main-main dengan ikan.


Jom kita tengok kat taman pula, ada 'ngunga manyakkkk' !


Jalan menuju ke taman bunga, pun cantik mata memandang.



Bunga kerak nasi. Baunya wangi-wangi semerbak.. sesedap rasa.
Orang dulu-dulu letak di sanggul rambut.


Bunga jarum, kecik je bunga ni ada lebih sikit sizenya dari wayar mouse.


Taktau apa nama, kecik dan cantik.


Orkid yang unik. Rona hijau pucuk pisang.


Bunga 'chicken shit' kakakaka...


Orkid bulat-bulat


Orkid pepel..


Orkid kuning.. tak yah gitau, korangpun tau kan warna orked ni apa.
Tapi blog mak kan.. (suka ati mak!)



Ini bunga aku taktau tajuknya.. layan saja!


Bunga raya. Bunga kebangsaan.

Bunga jua..


Puas tengok bunga. Jumpa ketui batu ada takung air.. apa lagi!


Membelek jentik-jentik.


Pozing manja sebagai penutup cerita kali ini.

Wednesday, April 13, 2011

Rasyid Nur Muhaimin

Boss aku ke Johor Bharu tiga hari bermula hari ni.. aduih pening! Pening bukan apa.. kerja-kerja yang dia soh aku siapkan dalam tempoh tiga hari dah3/4 setel OK! Itu pun aku buat dalam kadar yang slow versi lepak-lepak sambil buat kerja, sambil google itu ini, sambil cemolot dengan kengkawan di FB, ‘blogwalking’ ke sana ke mari. Kalau aku siapkan semua hari ni, esok dan lusa aku nak buat apa lagi ?? Nak merayau keluar dari bilik ni memang la susah. Ada boss ke takdak boss ke memang wajib duduk kat tempat. Nanti orang call carik bos tak dapat, komplen pulak PA merayau merata-rata.. *motip?

Atas alasan tu, akupun sambil-sambil buat kerja sambil-sambil belek blog. Sebenarnya aku nak citer, sepanjang dok belek-belek blog tadi baru aku perasan aku tak pernah ceritakan pun pasal anak aku yang bongsu tu… Rasyid Nur Muhaimin. Hahaha. Sila muntah dengan mukadimahnyer! Biasala kan.. Ok, sebab citer si kakak, Rumaisa pernah ada dalam blog ni, hari ni sebab nak bagi sama adil. Aku cerita pasal Rasyid pulak… sempena setahun umurnya di donia yang fana ini.

7.4.11 hari tu genap setahun umur Rasyid. Rasyid Nur Muhaimin bin WTT. Dah boleh jalan.. dah boleh lari-lari tapi tersadung merata-rata. Berbeza dengan Rumaisa, Rasyid sangat manja. Paling suka bermanja-manja dengan kakaknya tapi kakak jenis tak suka kena himpit. Sudah berkali-kali didebik adiknya. Rasyid nangis. Tapi walaupun selalu kena debik, Rasyid belum serik nak bermanja. Rumaisa lak tak nak manja-manja. Rimas. Sedikit degil dan amat keras hati. Mungkin betul kata orang tua-tua, kalo pusar rambut di kepala ada dua, memang keras hati. Tapi Rasyidpun ada dua pusar rambut di kepala (mak depa lagi la.. tiga pusar rambut di kepala.. supap degil ? kahkahkahkah!) Terbabas lagik. Gitulah hari-hari. Terhibur melihat gelagat anak-anak. Anak-anak OK! (Riak sikit sebab aku dah leh sebut anak-anak… hahahaa)

Nak mengimbau sikit, serius aku rasa masih seperti bermimpi ada anak-anak sebab 5 tahun tunggu bukan jangka masa yg sekejap bagi diriku.. selebihnya, hanya yang melalui akan memahami.. hanya yang merasai akan mengerti. Ecehhh..! Bajet syahdu plak tetiba. Stop. Layan gambar saja…


Rasyid umur seminggu..


5 bulan..


Rasyid 9 bulan..


Rasyid setahun sudaaa.. macho beb! hehe

Kakak menyeksa.. bergaya dengan spekmater Auntie Aime