Friday, April 8, 2011

short. message. system @ s.m.s

Situasi pagi jumaat tatkala baru habis sarapan :

“Akk aner x dptpun tlg fax ea kumen tew skang gak tatwu nk mtx tlg capew dah owg tgu ctou, apew2 hal owg kol akk kdyn ea skang owg cbuk tul jgn mawa cyunk akk cup cup cup pstt at owg bwanjer akk hikhik”

Lalu aku membalas “ Ko tulis bahasa apa ni ? Sesat kat planet Zargus ka ?”

Ok, sapa terel mentranslate sms di atas aku bagi rm50… tettttttttttt masa dah tamat! Ginilah sms budak2 sekarang.. apew.. aner.. apa benda tuh ? apam? anal? Kahkahkah. Klimakss!!

Mai aku translate dulu sms tu supaya lebih munasabah untuk dibaca

“ Akak di mana tak dapatpun. Tolong faks ya dokumen tu sekarang jugak tak tahu nak mintak tolong sapa dah. Orang tunggu situ (tunggu kat mesin faks kot!) Apa-apa hal orang telefon akak kemudian sekarang orang sibuk betul jangan marah. Sayang akak cup cup cup (kiss kot!) Psttt nanti orang belanja akak hikhik” – Hahahaha.. mak terel kan? Sila kagum…

Hmmm ok, munasabah jugak guna shortform ni dari 4 baris panjang buleh ringkas tiga baris saja.. Tapi kalau yang menerima pun terkebil-kebil nak hadam, apa pulak ceritanya. Memang canggih bahasa bersembang budak-budak ni. Aku memang pening kalo baca sms budak-budak skang ni yang suka shortform perkataan sampai jadi ntah apa-apa, titik dan koma langsung la memang haram nak jumpa dalam ayat-ayat depa. OK OK, kita yang generasi Y ni pun memang selalu jugak mengguna shortform dalam penghantaran sms sehari-sehari tetapi tidaklah setenat generasi Z yang aduhaiiii… Dua tiga kali baca baru dapat faham maksudnya itupun setelah direlevankan dengan keadaan semasa yang bersangkut kenapa sms itu dihantar.

Kenapa ya anak-anak ? Bahasa yang senang difaham tetiba menjadi satu proses yang payah untuk dihadam. Nak kata budak-budak skang suka dengan ringkasan pun takjugak kerana ada beberapa perkataan menjadi lebih panjang dari asal.. contohnya capew untuk sapa dan ctou untuk situ. Apa salahnye taip situ daripadas dok taip ctou.. lagi satu, kdyn untuk kemudian tapi kalo yg tak faham mgkin akan mentafsirkan sebagai kedayan, dah jengoi plak etnik-etnik lain tak pasal-pasal..

Haaaa, dalam baru dok cakap akak sebelah panggil tolong translate sms anak dia… haih sumpah ja jadi ketui batu Tanggang! Hahahhaa.. upppss dozer, xbawek ea akk ckp centu.. mawa pepagi buta apew la akk nih, gegget kang ! Kekekekek..

**Pasni kena arif bahasa sms ni coz anak-anak pun sudah membesar, ntah lagi canggih sms depa di masa depan.. ala-ala kod alien gitu! Urghhh..

7 comments:

amykimi said...

hadoi senak nak mhadamkn bahasa shortcut2 nie

AMIRZA said...

Hehehe sibbek aku msh blh bc... Lbh mudah kot taip mcm kita skrg... Sotpom yg bebetoi ikut ejaan asal x la fenin sgt...

Naja said...

Amy - harap senak2 ni membantu memudahkan proses bersalin hang nanti.. kekeke

Miza - dua tiga kali terima sms centu aku rs aku akan terel lepas ni.. kekekeke. Moh prektis! heheeh

cik-af said...

hihi k.naja, tergeliat jap nak bace meset 2. haha

Naja said...

cik af - mula2 tergeliat pastu terkehel.. heehe

umieliza said...

adoii. penah gak dpt sms mcm ni... rasa cam nak lempang pun ada gak.. tpaksa tipon tanya.. ko nak apa?

marstories said...

haha..sungguh aku x berkenan msg camni..adik2 aku ada la guna..tapi dengan kawan2 diorang la..