Thursday, May 12, 2011

“Jangan marah, tumpang makan sikit saja…”

Pagi tadi. Jam 3.15 pagi. Aku bangun nak buat susu Rasyid dan Rumaisa. Malas buka lampu kerna cahaya samar-samar dari luar pun dah cukup menerangi suasana dapur. Elok sampai di tengah-tengah rumah tetiba dengaq bunyi zapppppp.. pintu peti ais ditutup ( Aku cam bunyi tu sebab sudah beratus-ratus kali aku dengar bunyi yang sama bila aku bukak tutup peti ais. Dah boleh hafal. ) dan selepas itu diikuti oleh bunyi tudung periuk terpelanting ke lantai. Cuak jugak. Jenguk tengok adik aku yang tido depan TV, elok saja dia di situ dah lelap pun. Bibik kot, bangkit sahur barangkali kerana sudah jadi amalan dia berpuasa Isnin dan Khamis. Tanpa rasa takut, akupun terjah ke dapur tapi tak ada orang. Dalam samar-samar cahaya tu aku nampak tudung periuk yang aku buat tutup baki lauk dalam kuali tu elok landing kat atas lantai.

Tanpa syak apa, dok bersangka baik walopun ada rasa seram jugak, akupun tundukla nak angkat tudung periuk tu balik, tetiba macam ada sora seperti di angin lalu berdesir-desir, cam berbisik-bisik lembut di telinga aku “Jangan marah, tumpang makan sikit saja…” huhuhuhuhuhuhu. Copot jantung mak oiii. Tak berani nak kalih belakang, tegak badan tangan capai suis lampu. Cerah sudah. Cepat-cepat buat susu untuk anak-anak, tutup lampu dan terus jalan ke bilik. Dalam hati aku ni dok berdialog sorang-sorang, dok kata janganla ikut aku masuk bilik plak. Tetiba lagi sekali ada macam suara bisik-bisik “ tak lah, sampai sini saja…” apa lagi laju aku pulas tombol pintu masuk duduk sengap. Abis bagi anakanda berdua tu minum, aku yang terkebil-kebil takleh tido sampai jam 5++

Dalam rumah aku ada apa sebenarnya ? Ingatan aku balik ke kejadian-kejadian lebih kurang tiga minggu lepas. Ada beberapa malam, anak-anak aku asyik gelisah tido malam. Rumaisa plak tiga malam berturut-turut tengah tido tetiba buleh bangun dan meraung sekuat-kuat hati. Pujuk tak makan. Bagi susu tak nak. Pastu buleh pulak, tengah-tengah jerit tergolek-golek, aku baca surah Ayatul Qursi kat dia ulang tujuh lapan kali.. last-last dia berhenti nangis dan terpisat-pisat pastu gelak-gelak macam takdak apa yang berlaku sebelum tu, sambung tidur balik dengan nyenyak sekali sampai terkulai kakitangan. Celah-celah tu EnWTT pi outstation, tengah-tengah malam ada bunyi orang lempar-lempar barang di luar bilik. Benda jatuh-jatuh ke lantai. Nak sedapkan ati, aku anggap la bibik yang dok buat kerja kat luar sebab tido tak lena. Tanya dengan bibik, dia pun nak sedapkan ati sendiri dok anggap aku yg dok kat luar tengah mengemas. Kejadah apa nak mengemas tengah-tengah malam buta kui 1-2 pagi. Benda-benda macam ni, lama-lama sekali dia mai jugak. Ingat ka takdak dah.. haihhhhhhh!

Friday, May 6, 2011

Taman Burung Kuala Lumpur (bhg. akhir) - Aktiviti-aktiviti di taman



Part yang last, aktiviti-aktiviti burung di taman burung dan juga pengunjung di taman burung. Anak-anak aku sempat la bermanja dengan burung-burung nuri yang comel. Dalam taman ni ada satu kawasan khas untuk pengunjung bermesra ria dengan burung nuri ni, macam dalam sangkar yang sangat luas. Kat sini pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman bagi makan dan minum kat burung-burung nuri yang jinak lagi manja. Ada disediakan kuaci dan juga susu yang dijual kepada pengunjung sebanyak RM2/ set untuk diberi kepada burung-burung ini. Sangat best. Anak-anakpun teruja. Rasyid dengan Rumaisa hepi sekali.

Abaikan gambar Rasyid dan Rumaisa yang tidak berbaju kerana pakaian depa terkena najis burung. Nak patah balik amik pakaian dalam kereta nala jauh, jadi konsep ‘free and easy’ lah depa berdua tu.. yang penting enjoy.



Kolam ikan Koi




















Kanak-kanak riang


Baju bertukar sudah, pakai kain napkin Rasyid



Rasyid dan Bibik Tati, sehati sejiwa.. hehehe


Pengunjung dengan aktiviti memasing


Rumaisa beramah-tamah


Kita minommmmm dulu!


Takdak bajupun ok saja! Blasah…




EnWTT dan burung nuri



Rasyid yang keterujaan


Rumaisa sedang menyuap burung nuri makan koci.



Di pintu keluar, tamat sudah pengembaraan ke taman burung


Hehe. Memontang beroperasi di Taman Burung, nama syarikatpun Kucing Hitam..