Wednesday, May 4, 2011

Isnin di Taman Burung, Kuala Lumpur

Cuti tiga hari. Sabtu duduk rumah, Ahad pun melangut di rumah. Aku dan anak-anak gila boring sudah. Jadi pada hari Isnin adalah hari berjalan-jalan membawa anak-anak bersiaran di luar. Destinasi bajet pilihan kali ini ialah Taman Burung Kuala Lumpur.

Selepas bersiap-siap dengan bekal naget satu bekas dan air oren satu botol di samping bekalan-bekalan wajib lain, kamipun bertolak pada jam 9.30 pagi menuju bandaraya Kuala Lumpur tercinta. Walaupun masih lagi cuti umum, mujur Kuala Lumpur adalah aman daripada kesesakan lalulintas aka trapikjem pada hari kejadian. Syukur pada Allah. Ahli majlis pada hari tersebut juga tidak ramai, cuma empat orang dewasa dan dua anak-anak kecil.

Kami tak sempat breakfast di rumah, makanya selepas selesai beli bubur ayam McD untuk anak-anak di Sungai Besi, MrWTT bawak kami semua bersarapan nasi lemak Tangling kat Jalan Cenderasi, Kuala Lumpur sana. Pertama kali aku makan di situ. Nasik lemak Tangling ni diwar-warkan antara 10 nasik lemak terfofular dan tersedap di Kuala Lumpur. Okey ini penilaian berdasarkan citarasa tekakku ya, bukan tekak kamu. Sumpah, nasik lemak Tangling ini biasa-biasa saja bagi aku sebab aku pernah merasa nasik lemak yang lagi sedap 10 kali ganda dari ini. Penarafanku 2 daripada 5 bintang. Sekian cerita nasik lemak sebab ia sudah lari dari topik asal entry ini.

Sambung cerita Taman Burung Kuala Lumpur. Mahal le jugak tiket dia tapi masih berbaloi dengan pengalaman yang kami dapat kat situ. Pembelian tiket tanpa MyKad, akan dicaj sebanyak RM45 seorang dan RM20 untuk kanak-kanak. Bagi yang memiliki MyKad, harganya uma RM20 seorang bagi dewasa dan kanak-kanak adalah RM10. Memandangkan CikMai dan Rasyid masih dalam kategori bayi, maka kedua-duanya dapat masuk dgn free sekali. Gratis bak kata bibik. Hehehe

Terjah je masuk terus kami disambut dengan kicauan burung nuri yang bermacam warna. Rumaisa dan Rasyid mulalah teruja apatah lagi bila ternampak burung yang comel dan bermacam-macam warna tu. Segala maam sepsis burung ada di sini. Nama lagi taman burungkan…Pendek kata di mana-mana burung. Sekecik-kecik burung sehingga sebesar-besar burung, kanan burung kiripun burung. Depan burung, belakang pun burung. Atas burung bawah burung. Hahahaha. Stop. Gila nonsen!

Tapi burung-burung sini pun jenis tak hirau kat orang. Selamber burung dia saja dok merayau dalam tu tak heran sikitpun dengan pengunjung yang meramai. Tak dakpun rasa nak lari bila didekati, mengelakpun sikit-sikit saja ibarat rela dengan tidak, cheh! Mujur tak garang, semua jenis muka stone macam artis perasan bagus. Mari layan gambar-gambar.





Pintu masuk Taman Burung Kuala Lumpur


Lama dah wujudnya taman ni, tahun 1991


Harga tiket untuk 4 dewasa = RM80/ bayi + kanak-kanak bawah 2 tahun percuma




Rumaisa yang boring awalnya, taktau apa aktiviti sebenar kot


Rasyid tido dulu apa-apa hal pun

bersambung....

4 comments:

NaharTinie said...

aduss, baru nak tanya apa ke hei nya berbelang idung rasyid tu, tapi dah baca entry sebelum ni. haih, biasalah naja..anak2 nak membesaq, kkdg dlm perhatian kita pon 2saat benda nak jadi..jadi. sabaq sabaq...

Mikie Punyer Cerita said...

tahun taman burung dibukak sama dengn tahun fini la... abu dzar dh boleh geng dengn rashid dah..dua2 luka kt hidung..

mya said...

kak aku tak penah pi tmn burung ni.
nanti sok yaya datang kl nak bawak dia pi sini lah..
sila update laju2 segala mcm informasi ya..

Naja said...

Tini - tu la pasrah.. cuma kekadang rasa bersalah jugak mcm tak cukup bagi perhatian saja.

Mikie - Bebila i bawak u pi situ pulak.

Maya - Bawak la Yaya, best jugak terutama part buleh bermanja-manja dengan burung nuri kecil comel tu. Pengalaman manis untuk kengkanak dan jugak ibu kengkanak.. hehehe