Friday, June 10, 2011

Tudung...

La ni kan tengah ‘in’ dengan trend tudung apa tu… Wardina ? Ariani Ariana bagai, tudung Ekin.. sori tanya dengan aku memang la aku tak tau spesis tudung tu.. tau sebut. Dari dulu sampai sekarang aku cuma sangat kenal dengan tudung bawal saja. Tak kiralah bawal no 1 sampai bawal no 5, yang aku tau tudung aku tuh bentuk 4 segi, bila nak pakai kena lipat dua jadi tiga segi pastu letak pin kat dagu dan di bawah supaya nanti bila pakai tidaklah terselak- selak. Tu aku tau. Dan aku sesungguhnya tak amik port pun kalo orang nak beli tudung tiap-tiap bulan atau beli satu tudung untuk sepasang baju atau dalam lemari ada koleksi tudung 100 helai bagi disesuaikan dengan semua jenis keadaan, memang aku tabik dengan tahap komitmen depa dalam arena pertudungan!

Kalo orang tu pakai nampak cantik, aku puji diam-diam. Kalo nampak huduh, aku keji dalam ati. Hahahaa! Sebab sapalah aku nak p cakap kat dia, “hang tak sesuai pakai tudung macam ni sebab nampak huduh” atau “Hang tak sesuai pakai tudung tu sebab nampak macam muka hang terkeluaq seketui ke depan!” Oh oh oh.. tobat kalo aku buat penilaianpun, sumpah aku takkan cakap depan-depan kecuali dengan kawan-kawan yang benar-benar rapat dan tidak mudah sentap. Bagi aku, suka hati orang tu la nak pakai tudung atau taknak pakai tudung. Tudung pesen-pesen ka, selendang jurai-jurai penuh labuci , labu ayaq ka… serious, bukan masalah aku! Mungkin aku belum berjumpa satu yang sesuai untuk aku..

Tapi… ni ada tapinya, rupa-rupanya bila kita tak heran dengan pesen tudung orang, belum tentu orang tak heran dengan tudung kita ya. Kalut-kalut tanya takmo try ka tudung mcm tu, pakai la.. baru la ikut trend semasa. Hat menjual lagi lalok “Takkan la sepanjang masa nak pakai tudung bawal saja, try pulak jenis ni.. senang dipakai.. takyah iron. Ikut la perubahan masa sikit dik oiiiii” Haaa, ni ayat yang aku dapat baru-baru ni sempena hari jualan yang dianjurkan oleh tempat aku bekerja ni. Nak suruh beli, suruh beli je lah. Perlukah nak menghukum bakal pelanggan dengan tuduhan tak ikut trend ? Silap-silap haribulan tudung orang tak beli, kena pelempang buleh…

Kenapa aku tak minat dengan tudung tu, ala tudung jenis awning keras keras terbentuk dengan kain material lycra lembut melekat-lekat. Tak kiralah yang plain ka yang bercorak ka. Ni persepsi aku la ye, aku tak peduli orang lain punyer persepsi. Aku tengok ramai yang pakai tudung macam tu memang nampak cantik. Kemas. Rapi. Fashionable la pendek kata. Kakak-kakak PA di office aku pun rajin pakai tudung macam tu dan depa memang nampak kena dengan tudung tu. Menten jelita. Tapi aku rasa tudung jenis yang kain lembut dan melekat tu, orang-orang yang comel-comel saja kot sesuai pakai. Sebabnya, aku selalu tengok yang big-big size atau senang cerita yang teteknya bukan sebesaq nasik lemak 5 kupang, bila pakai tudung tu.. kerana jenis kainnya lycra, lembut dan melekat-lekat, makanya dari jauh 10 batu boleh nampak rupa teteknya menggunung. Terpampang-pampang. Ni aku hat sesame perempuan pun leh dok buat andaian macam-macam, tambah-tambahlah hat ‘golongan yang bernafsu besar dan tidak boleh diketepikan’ bak kata Dr Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang soh pompuan beraksi ala-ala pelacur kelas atasan tuh…

Hahhhh.. bagi aku kalau dah macam tu gayanya , tak tercapai la objektif bertudung yang sebenarnya sebab walopun bertudung tapi hat nak ditutup tu pulak terbentang-bentang di pandangan, apa cerita? Alaaaaa… cakap saja Naja tuh, pakai je tudung tapi selalu gak pakai t-shirt lengan pendek nampak siku.. nampak lengan. OK, aku memang jauh dari perfek, tapi aku lebih rela tayang tangan campur siku daripada tayang tetek. Sekian, lepas ni jangan tanya lagi kenapa aku tak minat tudung awning keras kain lycra yang fesyen-fesyen sekarang tuh!



Dr Rohaya, Naib Presiden Kelab Isteri-isteri Taat yang suruh isteri beraksi macam pelacur kelas pertama bila melayan suami di ranjang, pun pakai tudung ni. I laik la tudung Dr, tapi Dr memang bangang.. hehehe!


**baru-baru ni kuar dating dengan Noor, tudung dia memang cantik… terbaik dari ladang !

4 comments:

mya said...

i like entry ni lapanjuta kali!

TiNiE said...

ambik gambaq dak noor dak???

Lady RaRa non-illuminati said...

betoi kak naja..

saya pun penah try try tudung mak, dan dan rasa cam haram! kahkahkah! pasai tudung tak sangga, tetek tersemboi!

orang kuruih2 elok laa pakai tudung lycra neh..

tapi...tu la mengata sana sini aku haram tak pakai tudung

WAKAKAKAKAKAK!

Fuuhhhh la la ..... said...

nak tergelak pun de baca entry nih naja...bagi k.nora yang penting bila kita pakai tudung tu biarlah berniat untuk menutup aurat... walupun kdg2 daku jugak tersasar namun perlahan-lahan le dlm nak memperbaiki diri.. bila kita dah tau batas aurat kita.. tak salah kita cuba wat mana yg terbaik... soal tudung pun beli dan pakaile mengikut ke'like' an & keselesaan kita masing-masing... ehehehhehe