Friday, July 22, 2011

Tivi dan bil letrik !

Tapi kali ni bukan cerita pasal TIVI tu.. sebab tivi tu sihat walafiat saja. Jangan percaya pada tajuk sama seperti jangan percaya pada khabar angin. Sila percaya pada CCTV.. haram apa aku merepek ni. Arghhh !! Oh tivi itu, Rasyid dan Rumaisa pun tidak pernah mendekatinya untuk membega yang bukan-bukan di situ. Apabila tivi sejahtera, anak-anakpun sejahtera. Pesanan khidmat masyarakat ikhlas daripada saya !

Mukadimah macam biasa, kelauttt. Balik keje semalam belek peti surat, ada terima bil elektrik. Wahhhh, selalunya bil elektrik tak pernah kurang daripada RM150 sebulan. Tapi semalam punyer bil RM109.. sangat Sani Impression ! Aku rasa bulan lepas takdak pi mana-mana, buleh kata sepanjang bulan di rumah.

Tetiba teringat pasal penjimatan bil elektrik ni mungkin ada kena mengena dengan tivi yang slim a.ka LCD tivi. Menggunakan tivi gemok yang masih lagi menggunakan cathode ray tube CRT) untuk memancar gambar adalah menyumbang kepada penggunaaan tenaga letrik yang tinggi. Menukar kepada LCD tivi dikatakan dapat menjimatkan lebih 30% daripada purata penggunaan elektrik bulanan. Itu baru tivi, sekiranya aku beli dan tukar semua peralatan elektrik di rumah dengan yang jenis jimat tenaga contohnyer yang ada logo eco-save, peti ais dan ekon inverter dan apa-apa yang sama waktu dengannya maka peratusan tadi akan bertambah tinggi dan silap haribulan bil letrikmu adalah percuma ? Cheh.. jangan berangan daaaa ! Sila pi bayaq bil lektrikmu itu sebelum dipotong TNB !

Lagi satu ni info tambahan, jangka hayat LCD tivi adalah selama tujuh tahun atau bersamaan dengan 60,000 jam sahaja sekiranya LCD tivi tu dionkan 24 jam sehari. Gila ko, takde keja lain ka nak mengadap tivi ja seharian ? Selepas tarikh tersebut LCD tivi taklah mati terus tapi kualiti gambar dan kejelasannya akan berkurangan.. maknanya sekarang 2011, pada tahun 2018 aku akan menukar TV baru ! Hahaha.. gila berangan. Aku memang suka sebab berangan itu free, takyah bayaq bil untuk berangan.

Sekian rapuan saya pada hari Jumaat yang mulia ini.

Thursday, July 14, 2011

Ulasan untuk filem Transformers : Dark of the Moon


Semalam pi tengok citer ni pas abis kerja. Ok, buat pertama kalinya aku tengok filem aku taktau nak citer balik cemana. Serious filem Transformers ni bagi aku macam terlalu mekanikal sifatnya. Seperti seorang wanita cuba memahami enjin sebuah kereta yang berserabut dan berselirat dengan segala wayar dan kabel, atau seperti seorang pelajar aliran Sastera cuba belajar AutoCad tanpa guru. Memang sesat barat!

Ohh.. ikhlas aku cakap sepanjang hampir tiga jam menonton filem tersebut, imej yang melekat dalam kepala aku ialah tang part 5 minit awal, masa Carla naik tangga pi jumpa Sam di mana kamera focus kat kaki dan peha Carla… hahhahaa! Hat lain yang aku ingat, Decepticons tu jahat.. Autobot tu baik. Depa lawan, pastu lawan. Lawan. Lawan dan lawan! Akhirnya pihak yang baik pasti akan menang. Keseluruhan adalah 5 bintang aku bagi kat filem ni. Sila muntah darah untuk review filem kali ini.

Wednesday, July 13, 2011

Sesuatu di sebalik sesuatu...

Tajuk takleh blah.. sesuatu la sangat. Nak cerita je, aku ada bermacam angan-angan. Dulu aku beli mesin jait bertajuk Singer, cita-cita aku masa tu aku nak jait kuilt la, nak buat baju, jait langsir segala mak nenek yang buleh dijait. Aku tak mendapat latihan formal pun nak buat-buat tu semua kecuali buat baju kurung. Aku ada belajar dengan Cik Noni, sorang pegawai kat tempat kerja aku tahun 2004 macam tu. Murah gila, belajar buat baju kurung sampai pandai yurannya cuma RM5. Cer ko blajar di luar nak buat baju kurung.. mau beratuih ! Pastu lama-lama aku sedar, aku ni kurang buleh buat benda-benda yang memerlukan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi beserta tumpuan yang maha jitu! Makanya, secara tak rasmi tinggallah mesin jait tu menjadi tukun dalam bilik. Bertahun-tahun tak guna, anak-anak je aktif menggunakan mesin tu. Rasyid mentransform mesin jait tu jadi motor.. siap brooomm brooommmm ! Rumaisa plak baru-baru ni dia guna mesin jait tu buat menjait sate Hj Samuri yang dia makan sengap-sengap dalam bilik tu. Belemoih mesin. Anak-anak yang sungguh bertuah…

Membazir itu amalan syaitonnirrojim. Insaf dengan haqiqat membiarkan mesin jait secanggih Singer itu diam tanpa digunakan, maka akupun mengambil keputusan mau aktif menjait, alah kot takat buleh buat baju kurung sendiri dan baju kurung Rumaisa untuk raya ni pun jadik la kan. Takpun baiki mana-mana kain baju yg terkoyak, benang tetas dan sebagainya. Azam aku ni dah dekat-dekat dua bulan dah aku semat nun jauh di sudut hati yang paling dalam. Kira azam yang sungguh suci dan kudus. Tapinya.. sehebat mana aku berazam, maka sekuat tu pulak dugaan mendatang.. eceh !

Dah hampir-hampir dua bulan, tiap-tiap malam.. selepas usai segala urusan penting duniawi maupun yang bersifat ukhrawi, elok saja berita kat TV3 tu start maka anak dara sorang tu pun akan bawak keluar segala pen dan bukunya. Tujuannya, suruh aku lukis. Lukislah apa saja asal jadi gambar. Kalo tak dilayan, jenuh nak bergerak ke mana di suruh dukung. 17 kilogram bukan ringan-ringan nak usung ke sana kemari. Takpun, dia masuk keluar masuk bilik tidur carik adiknya ajak main sama-sama. Adik yang mengantuk kompom la mengamuk sakan kena kacau. Untuk mengelak huru-hara maka tiap-tiap malam la aku kena melukis. Sesi melukis kadang-kadang bermula seawal jam 8 berakhir tatkala mata dia mengantuk, selalu dekat-dekat jam 11. EnWTT serender sudah, tak larat nak lukis katanya. Hehehe

Sudahnye, angan-angan untuk memanfaatkan sepenuhnya mesin jait tu tinggal angan-angan kudus yang belum dapat dicapai lagi. Mana larat dah nak pegang mesin jait lepas kui 11. Tapi ada hikmahnya jugak ya, sudah banyak benda yang Rumaisa boleh kenal. Walaupun pelat, contohnya kipas angin disebut kipas aiming, cekak rambut jadi shekak rabut, remote control disebut mimooooooottttt tapi kurang-kurang usaha memalam tu ada jugak hasilnya kerana perbendaharaan katanya sudah bertambah. Ya, ada sesuatu di balik sesuatu. Moh layan gegambar.



Item wajib lukis



Kerna Rumaisa aku dah pandai melukis benda-benda ni..


Yang ni kegemaran Rasyid


Bas memang takleh tinggai.. haha terbalik sudah. Sila ejas kepala sendiri !



Akhir sekali, mesti lukis gambar muka dia. Aku rasa yang ni kot antara yang nampak sikit rupa dia.. hat lain ada kala aku lukis jadi macam muka Giant maupun Nobita.. hik hik hik



Monday, July 11, 2011

Jumaat yang galau...

Jumaat haritu elok saja sampai umah Tati bagitau Rumaisa jatuh terlentang, rebut kerusi dengan Rasyid. Kepalanya bengkak besar. Ayat dia belum habis aku terpa tengok kepala Rumaisa, ada bengkak besar, pastu ada lebam kaler maroon 5 sebesar duit lima kupang. Dan ada sikit luka.

“Sudah kompres’’ kata Tati.

“Kompres tu menatang apa bik? “

“Tekan-tekan dengan tuala panas…” jawap dia. Oke kompres tu tuam!

“Dia ada muntah-muntah” info bibik yang bikin cemas.

EnWTT belum sampai balik. Terus ajak Tati bawak Rumaisa pegi spital terjah emejensi tapi ni kategori kecemasan kah ? Jabatan Kecemasan hanya untuk kes-kes kecemasan seperti kemalangan yang melibatkan kehilangan darah, patah riuk, tidak dapat bernafas dan kes-kes berat yang membabitkan kemungkinan kehilangan nyawa. Tapi aku gagah gak pi situ dan kalau kata dorang soh pi klinik aku bawak pi kliniklah nanti.

“Encik nak tanya, anak saya ni jatuh pagi tadi dalam kul 11, kepala dia ada sikit bengkak dan lebam-lebam serta luka. Saya balik kerja tadi kui 6 macam tu bibik dia kata sudah muntah 3-4 kali macam tu. Saya patut bawak ke sini atau kena pegi Klinik Kesihatan sana?” aku tanya dengan staff yang bertugas di kaunter.

Terus kami disuruh masuk ke bilik Triage. Maklumat kejadian diamik, pemeriksaan dilakukan serta merta. Dalam 3 minit lepas tu kami diberi kad Kuning dan Rumaisa dibawa masuk ke Bahagian Separa Kritikal. Hati aku berdebar-debar. Rumaisa elok saja keadaannya takdak nampak lembik lesu macam orang sakit. Main-main lagi ada.

Lepas diskas sesame depa, doktor bagitau aku Rumaisa akan dipengsankan untuk buat prosedur CT scan, skan menyeluruh bahagian otak untuk mengesan kecederaan di tengkorak ataupun di dalam kepala. Serasa mau luruh jantung aku time tuh. Minggu lepas Rasyid pun kes yang hampir sama, terjun dari babycot dia, kepala terantuk di frame pintu yang keras tapi Rasyid tak adalah sampai kena buat CT scan ni, tapi kepala dia kena xray saja dan Alhamdulillah takdak apa-apa.

Dalam jam 630 macam Rumaisa diberi minum sejenis ubat nak bagi dia mengantuk dan tidoq dalam masa 15 minit. enWTT pun sampai. Kami semua sabar menunggu Rumaisa tidoq. Tapi, 20 minit lepas tu cergas saja dia berlari-lari dalam situ pi jenguk-jenguk orang lain yang tengah sakit. Doktor bagi pulak dos pertama suntikan, tambahan.

“10 minit nanti dia mesti tidur” kata nurse yang ramah-ramah.

Doktor pun berulang alik tengok dia. Stretcher sudah disiapkan untuk bawak dia ke bilik CT scan. Semua orang tengok jam. Tapi setelah 20 minit suntikan pertama Rumaisa tak jugak tidoq-tidoq. Doktor yang bertugas mai tanya aku Rumaisa ni memang jenis aktif susah tidoq ke apa.. aku cakaplah dia memang tak tidoq siang. Bangun jam 730 pagi macam tu, nak tidoq pulak jam 10 malam satgi. Kata doktor, kategori hyper. Pastu jam 7.30 satu lagi dos suntikan diberi.

“Ini kalo tak tidur jugak, Rumaisa memang la otromen!” kata doktor bergurau senda.

Dua dos sudah. Rumaisa pun dibaringkan dan ditolak ke bilik CT scan. Dia belum tidoq tapi doktor dan team beliau sangat optimis dia akan lena sebaik saja sampai ke bilik tuh. Sebagai ibu akupun pasrah. Rumaisa ni syok kot naik katil yang boleh gerak dia asyik dok babai-babai aku sambil bergelak ketawa.

Sampai bilik CT scan, aku tak dibenarkan masuk hanya tunggu di luar. Menunggu dalam debar, 15 minit lepas tu doktor dan juruteknik CT scan tu keluar, Alhamdulillah rasa lega. Tapi rupa-rupanya panggil aku masuk minta tolong tidoqkan Rumaisa sebab dia tak jugak pengsan. Alahai anak emak.. awat la mata kamu degil sangat. Sorang pembantu perubatan tu cakap dia dah puas tepuk-tepuk dan dodoikan tapi tak nak tidoq jugak. So akupun masuk bilik tu dengan lampu semua ditutup bagi gelap. Terus dia bangun sembang-sembang dok citer lampu laser kaler merah tu beshhh plak. Akhirnya dia ditolak keluar dari bilik CT scan tu di bawa masuk ke bilik emejensi. Doktor-doktor tengah berbincang ntah apa. Dalam 20 minit lepas tu sorang doktor pakar mai kat aku bagitau nak suntik morfin kat Rumaisa nak bagi dia tidoq. Aduiii.. morfin pun morfin la. Jam 850pm, sekali lagi Rumaisa dicucuk.

“Tunggu 5 minit pasni semua setel” kata doktor.

Rumaisa start keriau-keriau, memberontak dia dah mula rasa mengantuk kot.. mengantuk secara tak natural buat dia rasa pelik. Mula la dia buat perangai menyorok di bawah katil. Baring-baring kat situ, bila tarik keluar dia mengamuk. Pastu soh aku nyanyi lagu Kucing, la Oh Ibu la.. 1234 la kat dia.. aku nyanyi pelan-pelan kat dia, dah 15 minit berlalu dia takmo jugak tidoq. Doktor lagi sekali mai melawat.

“Memang kuat badan dia ni, tiga kali suntik tak tidur.. dah bagi morfin tu.” Kata doktor pastu datang dua orang doktor bincang-bincang.

“Satu lagi suntikan terakhir akan diberi, kalo selepas ini dia tak nak tidur juga. Puan kena admit kat wad la, nanti bila dia tidur kita bawak ke CT scan” alamak, bab-bab nak tidur wad ni aku lemah.

Tapi pasrahkan jugak. Akhirnya setelah macam-macam prosedur dia buat, dalam kul 10 macam tu Rumaisa pun macam dah lali sikit. Dia terus dihantar ke CT Scan. Kali ni aku dengan enWTT dibenarkan masuk sama, siap-siapkan dia kat atas mesin tu. Tepuk-tepuk bagi dia lelap sepenuhnya. Terasa sayu plak ati tengok dia tidoq pulas apapun tak sedaq. Lepas tu dia ditinggalkan dalam bilik tu kami semua termasuk dengan juruscan bertugas duduk dalam bilik khas, buleh tengok imbasan otak dan tengkorak kepala dia. Berdebar-debar. Saja ramah-ramah tanya dengan jurusken tu.

“Doktor akan bagitau keputusannya nanti” maka bertambah-tambah la dupdap jantungku. Huhuhuhu…

Lepas siap prosedur CT scan brain scan tu, menunggu dalam debaran siap nangis-nangis, akhirnya dalam kul 1145 malam doktor mai bagitau, kepalanya tiada kecederaan dalaman. Alhamdulillah rasa tersangat lega. Penantian itu memang satu penyiksaan. Tapi, kami diberitahu dalam tempoh 48 jam kena berjaga-jaga kalo-kalo ada muntah atau demam tiba-tiba terus terjah balik situ, jangan tunggu-tunggu lagi.

Sehingga ke hari ni, Rumaisa adalah sihat sejahtera. Syukur padamu ya Allah.



NI dah lepas tamat prosedur CT Scan. Tidur nyenyak lepas dapat 4 suntikan.


Sampai dah buleh balik pun tidoq tak sedar-sedar jugak..



Ruang menunggu untuk parents di Unit Radiologi, tempat Rumaisa buat CT Scan

Masa dia pengsan kat sini, aku nangis gak la… nampak tangan enWTT ? Belaian terakhir untuk anakanda sebelum disorong ke dalam mesin tu. Huhuhuh

Rupaparas mesin Somatom untuk buat CT scan, brain scan.

Thursday, July 7, 2011

Jodoh bukan di tangan pinggan...


Sapa tak percaya Tuhan ? Buleh kata semua orang dalam dunia ni percaya dengan Tuhan. Tuhan mcm mana yg dipercaya tu terpulang pada diri masing-masing. Bila mai bab ajal, maut, jodoh, rezeki semua orang pecaya benda tu dok dalam tangan Tuhan. Tuhan yang tentukan.

Isk mukadimah tahapahapa. Hehehe.. Sambil berblog sambil bertazkirah, ibarat sambil menyelam sambil kencing. OK terusla ke point asal, aku nak cerita perihal mengenai jodoh bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Oke, aku ikut mak aku pegi rumah saudara jauh-jauh dia, bukan bau-bau bacang dah kot sebab ni memang jauh punye. Kalo mak aku tak bawak pekenal, jumpa kot jalanpun haram taktau sapa. Usia muda sket dari mak aku.. peramah. Anak dia ramai, semua anak-anak dara. Kecik-kecik lagi kot semua tahap dok sekolah menengah dan rendah.

Tengah rancak sembang, dia suruh anak dia buat air jamu tetamu. Aku macam kata takyah susah-susah.. tapi kat mulut saja. Dalam ati, kalo dapat air memang best tambah plak cuaca panas-panas ni kan. Kowang, lepas ni pada bila-bila masapun kalo ada tetamu datang rumah, bila nak jamu air dia cakap takyah susah-susah.. sila tolong jangan percaya. Tetamu itu hanya berbasabasi je cakap tak nak. Hehehe. Eh, sori aku terpeleot ke tempat lain. Sambung lagi cerita tadi.

Anak dia jengah balik ruang tamu bawak ayaq oren. Sorang lagi anak dia usia dalam dua belas tiga belas kot di belakang bawak pinggan penuh berisi kerepek. Tetiba ntah cemana kaki anak dia yang tengah bawak pinggan tu tersangkut kat kain kot.. jadi terumbang ambing tapi dia berjaya imbang. Syukur dia tak tergolek. Tapi pinggan yang penuh dengan kerepek tu terpelanting ke lantai. Tetiba mak dia ni tadi terus macam hangin

“Anak dara apa ni loklaq sangat, bawak pinggan pun tak larat. Satgi tak buleh laki kot umoq-umoq ni pun pinggan mangkuk dok terbang lagi. Tak pa orang balik satgi siap la hang… “. Eh eh, bukan dia nak bersyukur kat Allah anak dia tak jadi apa-apa. Hat dia dok berkisah pinggan hat terbang tu. Pastu dok berkisah anak umoq tu.. umoq belas-belas dah dok kalut nak dapat laki ke dak. Tak ke pelik. Aku dengan mak aku diam saja.

Pastu dia sambung sembang dengan kami. Aku terus mati mood. Dok kata anak dara dia loklaq, culas buat kerja itu ini. Mak aku kuit-kuit kaki aku dengan kaki dia. Aku tau tu hint mak aku bagi warning jangan dok menjawap. Pastu dia kata lagik

“ Eiii kami memang tak boleh la kak tengok anak-anak loklaq ni, sikit pun buat loklaq kami memang kutey sampai keluaq isi. Tunggu la dia, ni orang dok ada takpa tak buleh sakit lagi.. Orang balik satgi siapppppp la dia” siap dengan muka-muka. Aku rasa motif dia, nak habaq kat orang kata dia sorang ja kot pandai didik anak. Sat nak bagi tau, kutey (sebutan dia ku~tay) tu cubit.

Mak aku gelak-gelak. Agaknya sebab mak aku tak bagi respon seperti yang dia harapkan, dia sambung lagi meroyan.

“Cemana nak dapat laki Kak, kak tengok tu.. pegang pinggan pun tak reti !” Mak aku dan aku berpandangan. Anak dia senyum bodo-bodo. Dah biasa direndahtaraf oleh mak sendiri kot no.. kesian!

“Ala makcik, jodoh bukan di tangan pinggan. Jodoh tu di tangan Tuhan.. hik hik hik” otomatik terkeluaq dari mulut aku. Btui ayat tu dok terangka-rangka dalam kepala tapi saraf laju menghantarnya terus ke mulut ibarat kelajuan cahaya, tanpa aku sedar. Ampun mak! Hehehe.

Pastu mak aku sengap. Kawan mak aku sengap. Akupun sengap sambil-sambil dok teguk oren. Kawan mak aku tu tukar cerita lain dok tanya harga komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit. Terskema plak ayat aku.. Lepas ni tobat aku tak jengah dah umah dia kalo tak kerana urusan sakit mati.

Serious aku memang anti dengan mak-mak yang dok membebel tak tentu pasal. Dok kait-kait jodoh anak dengan benda-benda hat tak menasabah. Apa jadah pinggan sebijik bersangkut dengan jodoh anak-anak. Setiap yang terbit dari mulut seorang ibu tu ibarat doa. Selama ni dok tadah tangan mohon ke Tuhan atau mohon ke pinggan? Akupun penah muda-muda dulu pegang pinggan terpelanting, bukan takat terpelanting.. pecah, retak berderai pun besa. Berapa banyak set pinggan mangkuk mak aku yang tak lengkap gara-gara kami adik beradik, atau belanga berlubang gara-gara dok menggoreng skill mamak. Tapi mak aku tak pernah lak dok kata tak dapat laki ka apa. Dia tegur baik-baik. Dah besaq ni, elok jer berlaki masing-masing. Pinggan pun dapat, laki pun dapat! Hehhhhhh…

Awat aku emo ni, PMS kot no? Hehehehehe..

Wednesday, July 6, 2011

Televisi on !!



Rupaparas tv yang sama tapi ni bukan tv umah aku.


Kat umah aku ada seketul TV gedabak bertajuk Sony. 29 inci. Memang besaq seketoi dok jadi tukun kat ruang tamu. TV tu dah lama dibeli dalam tahun 2004 tak silap, zaman plasma ka lcd belum wujud lagi kot kat Malaysia tercinta, apatah lagi LED TV. TV ni berat 50 kilogram. TV yang sangat berjasa kepada pancaindera penglihatan kami sekeluarga dan juga sangat memenuhi aspek napsu serakah yang memerlukan hiburan-hiburan ringan. Dulu TV tu aku tengok sorang-sorang, pastu tengok berdua bila dah berkawin. Lama-lama bertambah jemaah.. dah jadi bertiga, lepas tu sekarang ni ada 5 orang yang akan menyaksikan rancangan di TV itu pada satu-satu masa.

Pada tahun 2010, sekerat dari skrinnya berubah menjadi kaler kuning tapi gambarnya masih lagi jelas.. agak-agak dalam seminggu jugak dok jadi macam tu. Bila dapat gaji akupun pegi la ushar-ushar TV baru kat Kafur di Alamanda. Bila dah tetapkan hati nak beli TV baru, dengan kuasa Tuhan maka eloklah balik TV yang kuning-kuning tu. Seperti sediakala…Maka bab nak beli TV barupun tutup buku.

Awal 2011, tempat cucuk-cucuk cable astro dan dvd kat belakang TV lak rosak, cucuk apapun semua tak keluar gambar maupun suara kat TV. Aduihhh.. mujur ada lagi tempat cucuk kat depan. Maka gunala yang di depan. Hasilnya wayar jadi berserabut. Ada masanya kalo terlepas pandang, Rumaisa akan tarik wayar tu dan dia buat tempat duduk. Masuk kaki di celah-celah wayar tu dan cuba duduk di situ. Sangat membahayakan kesihatan!!

Sehinggalah baru-baru ini, satu lubang daripada tempat cucuk bertiga tu rosak lak, setiap kali mau tengok kena ekjas tarik wayar tu tegang-tegang pastu selitkan di bawah TV, barulah keluar gambarnya. Selagi keluar gambar dan suara kira oklah tu. Pastu akupun ada la telefon sorang tukang baiki peralatan elektrik. Cerita dengan dia serba sikit kerosakan dan tanya kos nak baiki tu berapa, “Paling murah la saya berani cakap tu dalam RM300 sebab kalo jadi macam tu, ada komponen dalam yang dah rosak” kata orang tu. Ntah apa rosakpun dia belum cek tapi harga dah letak awal-awal. Terbantut niat nak hantar baiki.

Pehtu dalam minggu lepas, hari cuti. Aku baru lepas mandi, Bibik Tati tengah bersilat kat dapur.. keluar bilik tiba-tiba ternampak Rumaisa sedang menarik-narik cable TV tu dan dia cucuk kat lubang tu, gambaq still tak keluaq lagi kat TV. Dia tarik tegang-tegang macam aku dok buat selalu pastu sedaya upaya dia cuba angkat TV 50 kilogram tu nak selit wayar tu kat bawah tapi memang tak terangkat la kan.. oleh kerana tak berjaya dia tarik tali tu pastu ikat di kaki rak TV tapi sebab tak reti nak ikat wayar tu terungkai balik, last dia tarik ke bawah dan tindih dengan DVD Player. Keluar gambar kat TV. Dia hepi tepuk-tepuk tangan dan memuji dirinya sendiri “pandaiiiiiiiiinyeeeee”. Semua tu sekelip mata.

Copot jantung aku. Sekilas tiba-tiba aku terkenang trajidi sorang budak perempuan umur tiga tahun, Cyndi Yeo yang mati dihempap TV saiz 24 inci seberat 30kg di Bandar Putra, Kulai pada Januari tahun lalu. TV tu menghempapnya bila kaki dia tersangkut kat wayar-wayar yg berselerakan. Cyndi Yeo mati kerana kecederaan organ dalaman. Aduihhh, itu 30kg.. bayangkan kalau TV 50kg yang menghempap ??

Maka dengan gigihnye aku g berutang beli TV baru.. mak swipe kedit kad.. mana nak cekau cash ! Bila tiba soal keselamatan anak-anak, memang tiada kompromi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tarak guna…

Oke, best dak alasan kenapa aku beli TV baru… ?

TV ni 13kg saja, kalo terbalik.. tertungging pun tadak efek maksima kot!

Tuesday, July 5, 2011

Ibu Yang Berbangga...

“Fini dulu cukup setahun dah tak pakai lampin, reti pegi bilik air sendiri !” itu ayat mak aku dua bulan lepas masa aku balik kampong, dok sembang-sembang pasal betapa membazirnya duit dok beli pempes bulan-bulan, bukan sikit-sikit. Bila aku tanya mak macam mana ajar Fini kecik-kecik macam tu dah reti buang air sendiri tak perlu pakai lampin lagik, kata mak “Kepandaian tu mai sendiri sebenarnya, ajar pelan-pelan lama-lama dia reti. Hat penting, kena positif dan sabar”. OK, aku tabik spring kat Fini, adik aku merangkap anak bongsu mak. Tak lupa kat mak aku jugak sebab sentiasa positif.

Anak-anak aku adalah peminum susu lembu yang tegar. Rasyid sehari kurang-kurang 12 botol, purata 2 jam sekali. Kadang-kadang belum sampai 2 jam dah mintak susu lagik. Setiap kali 180ml susu wajib dia habis. Jadi satu bulan tak hairanlah kalau 5 tin susu Lactogen 1.8 kg tu dia minum. Rumaisa campur- campur, Sustagen dan Dutch Lady. Gaya minum dia kurang sikit dari Rasyid, 3 jam sekali. Bila banyak minum, dua bungkus pampes pun sat saja susut.

Masa umur Rumaisa dua tahun, aku dah ajar dia ke toilet sendiri, tak pakaikan pempes. Kencing bertabur merata-rata. Masa nak kencing dia tak bagitau, dah kencing baru kalut-kalut cakap kat mana dia kencing. Selalunya atas toto tempat lepak dia depan TV. Kebanyakan masanya aku di pejabat, jadinya tugas memantau bagi kat bibik. Tapi akhirnya aku rasa macam was-was pula kalo satu rumah penuh dengan air kencing. Najis merata-merata bagaimana mau beribadat. Jadinya stop kejap, pakaikan balik pempes kat dia. Masa 2 hari di hujung minggu aku praktikan walopun macam tak praktikal sebab 2 hari belajar, 5 hari lagik stop. Pasrah je lah. Tapi ada satu benda ni aku buat, tiap-tiap malam nak tido aku cakap dengan dia. ‘Rumaisa dah besaq, takyah pakai pampes lagik ya, nak kencing terus pi bilik ayaq.. Rumaisa anak yang pandai..” dan macam-macam lagi kata puji-pujian untuk dia.

Hasilnya, start dua minggu lepas usianya 2 tahun 6 bulan, dia tak mau pakai pempes dah bila tido malam. Mula-mula tak sedap hati jugak bila dok pikir nanti nak kena basuh dan jemur tilam pagi-pagi. Tapi Alhamdulillah, dalam tempoh dua minggu tu hanya dua kali saja aku kena basuh dan jemur tilamnya. Hat selebihnya tu, dia pandai dah cakap nak bangun pi kencing. Tidur malam pun takmau dah minum susu banyak-banyak kali. Kadang-kadang sekali, kadang-kadang takmo minum langsung. Mungkin takut terkucil di tilamnya. Berbanding dulu, satu malam mau 4-5 botol sementara nak sampai Subuh.

Perasaan aku sebagai emak ? Aku bangga. Rasa berbesar ati. Perasaan bangga dan berbesar ati aku ni sama taranya barangkali dengan ibu-ibu yang anak dia dapat 5A dalam UPSR. Bagus anak emak.. dah besar. Dah pandai! Lepas ni giliran Rasyid plak.. mak tengah dok kira-kira duit yang dapat dijimatkan dengan tidak membeli pempes.. Wah ! Wah ! Wah !

Hehehe…