Thursday, July 7, 2011

Jodoh bukan di tangan pinggan...


Sapa tak percaya Tuhan ? Buleh kata semua orang dalam dunia ni percaya dengan Tuhan. Tuhan mcm mana yg dipercaya tu terpulang pada diri masing-masing. Bila mai bab ajal, maut, jodoh, rezeki semua orang pecaya benda tu dok dalam tangan Tuhan. Tuhan yang tentukan.

Isk mukadimah tahapahapa. Hehehe.. Sambil berblog sambil bertazkirah, ibarat sambil menyelam sambil kencing. OK terusla ke point asal, aku nak cerita perihal mengenai jodoh bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Oke, aku ikut mak aku pegi rumah saudara jauh-jauh dia, bukan bau-bau bacang dah kot sebab ni memang jauh punye. Kalo mak aku tak bawak pekenal, jumpa kot jalanpun haram taktau sapa. Usia muda sket dari mak aku.. peramah. Anak dia ramai, semua anak-anak dara. Kecik-kecik lagi kot semua tahap dok sekolah menengah dan rendah.

Tengah rancak sembang, dia suruh anak dia buat air jamu tetamu. Aku macam kata takyah susah-susah.. tapi kat mulut saja. Dalam ati, kalo dapat air memang best tambah plak cuaca panas-panas ni kan. Kowang, lepas ni pada bila-bila masapun kalo ada tetamu datang rumah, bila nak jamu air dia cakap takyah susah-susah.. sila tolong jangan percaya. Tetamu itu hanya berbasabasi je cakap tak nak. Hehehe. Eh, sori aku terpeleot ke tempat lain. Sambung lagi cerita tadi.

Anak dia jengah balik ruang tamu bawak ayaq oren. Sorang lagi anak dia usia dalam dua belas tiga belas kot di belakang bawak pinggan penuh berisi kerepek. Tetiba ntah cemana kaki anak dia yang tengah bawak pinggan tu tersangkut kat kain kot.. jadi terumbang ambing tapi dia berjaya imbang. Syukur dia tak tergolek. Tapi pinggan yang penuh dengan kerepek tu terpelanting ke lantai. Tetiba mak dia ni tadi terus macam hangin

“Anak dara apa ni loklaq sangat, bawak pinggan pun tak larat. Satgi tak buleh laki kot umoq-umoq ni pun pinggan mangkuk dok terbang lagi. Tak pa orang balik satgi siap la hang… “. Eh eh, bukan dia nak bersyukur kat Allah anak dia tak jadi apa-apa. Hat dia dok berkisah pinggan hat terbang tu. Pastu dok berkisah anak umoq tu.. umoq belas-belas dah dok kalut nak dapat laki ke dak. Tak ke pelik. Aku dengan mak aku diam saja.

Pastu dia sambung sembang dengan kami. Aku terus mati mood. Dok kata anak dara dia loklaq, culas buat kerja itu ini. Mak aku kuit-kuit kaki aku dengan kaki dia. Aku tau tu hint mak aku bagi warning jangan dok menjawap. Pastu dia kata lagik

“ Eiii kami memang tak boleh la kak tengok anak-anak loklaq ni, sikit pun buat loklaq kami memang kutey sampai keluaq isi. Tunggu la dia, ni orang dok ada takpa tak buleh sakit lagi.. Orang balik satgi siapppppp la dia” siap dengan muka-muka. Aku rasa motif dia, nak habaq kat orang kata dia sorang ja kot pandai didik anak. Sat nak bagi tau, kutey (sebutan dia ku~tay) tu cubit.

Mak aku gelak-gelak. Agaknya sebab mak aku tak bagi respon seperti yang dia harapkan, dia sambung lagi meroyan.

“Cemana nak dapat laki Kak, kak tengok tu.. pegang pinggan pun tak reti !” Mak aku dan aku berpandangan. Anak dia senyum bodo-bodo. Dah biasa direndahtaraf oleh mak sendiri kot no.. kesian!

“Ala makcik, jodoh bukan di tangan pinggan. Jodoh tu di tangan Tuhan.. hik hik hik” otomatik terkeluaq dari mulut aku. Btui ayat tu dok terangka-rangka dalam kepala tapi saraf laju menghantarnya terus ke mulut ibarat kelajuan cahaya, tanpa aku sedar. Ampun mak! Hehehe.

Pastu mak aku sengap. Kawan mak aku sengap. Akupun sengap sambil-sambil dok teguk oren. Kawan mak aku tu tukar cerita lain dok tanya harga komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit. Terskema plak ayat aku.. Lepas ni tobat aku tak jengah dah umah dia kalo tak kerana urusan sakit mati.

Serious aku memang anti dengan mak-mak yang dok membebel tak tentu pasal. Dok kait-kait jodoh anak dengan benda-benda hat tak menasabah. Apa jadah pinggan sebijik bersangkut dengan jodoh anak-anak. Setiap yang terbit dari mulut seorang ibu tu ibarat doa. Selama ni dok tadah tangan mohon ke Tuhan atau mohon ke pinggan? Akupun penah muda-muda dulu pegang pinggan terpelanting, bukan takat terpelanting.. pecah, retak berderai pun besa. Berapa banyak set pinggan mangkuk mak aku yang tak lengkap gara-gara kami adik beradik, atau belanga berlubang gara-gara dok menggoreng skill mamak. Tapi mak aku tak pernah lak dok kata tak dapat laki ka apa. Dia tegur baik-baik. Dah besaq ni, elok jer berlaki masing-masing. Pinggan pun dapat, laki pun dapat! Hehhhhhh…

Awat aku emo ni, PMS kot no? Hehehehehe..

5 comments:

Lady RaRa said...

mak aku kan kak naja, siap simpan almari koleksi pyrex dia sebab kami selalu bagi pecah..

dia jamu kami makan dalam pinggan melamin! hang baling dinding pun payah pecah!

orang melayu memang suka hina anak sendiri depan orang...aku pun heran pasepa..

Naja said...

masa kami kecik-kecik, mak kaknaja tak pernah ada koleksi pinggan mangkuk simpan dalam lemari, yang mana beli yang tu guna..

bab hina anak sendiri tu raina, akupun heran.. mental kot!

marstories said...

hahaha..'pinggan pun dapat, laki pun dapat?"..hahahahahahaha...

TiNiE said...

terbaek..terbaek..terbaek.

like 8juta kali. hiks.

amykimi said...

tak penah lak aku dgr bagi pecah pinggan tak dpt laki hehehhe mak dia tu over la nak marah anak pun jgn la dok doa yg bukan2.... kalo mnyanyi sambil memasak d dapur dpt laki tua tu pun slalu gak org dok sebut.... abis tu ct nohalijah tu dah mmg pnyanyi dpt laki lebih puluh2 thn umuq depa hahahaha nyanyi kat dapuq ka.....