Wednesday, September 28, 2011

Tiga Rasa !

Gambar hiasan dunia semata...

Jumaat tengahari baru-baru ni aku pi satu tempat makan. Order nasik putih, tingin makan lauk temenung tiga rasa. Murah je semua tu RM4.50. Lepas bayar aku pi order air pula dekat satu lagi stall yang jual bermacam jenis minuman. Jus epal + asam boi. Gila murah lagi rega dia adalah RM1.80 sahaja. Air banyak, ais pulak seadanya saja bukan macam sesetengah tempat air 1/5 dari gelas.. selebihnya ais!

Usai mengoder air minuman, makananpun siap. Laju. Suka. Hikhik. Dan sesuai dengan tahap kebuluran aku pun mula ngap ngap ngap tak tengok kiri kanan. Sedap-sedap kunyah tetiba terasa macam ada alien dalam mulut. Runcing, liat dan keras. Cepat-cepat aku luah balik.

Erkkk.. dalam kepekatan kuah tiga rasa yang masuk ke mulut, tetiba buleh ada satu benda ala-ala apa ya.. ha, berus jamban! Bukan berus seketui tu tapi sehelai bulu berus jamban. Cemana aku kata tu bulu berus jamban ? Aku buat CSI sikit-sikit la. Kalo sapa-sapa yg pernah cuci dan berus sendiri jamban memang akan hapal benar ciri-ciri fizikal berus jamban, terutama berus jamban yang sudah digunakan berkali-kali dengan efek tonyohan dasat. Bulunya, tidak lurus. Ada kesan-kesan bulu berus itu menghadapi episod-episod sengsara di situ, bulunya rebah OK!

Efeknya kat aku tetiba rasa seperti tekak mengembang dan memanjang mcm tekak unta. Mau muntah di situ jugak. Mau tanya sama makcik yang menyediakan hidangan itu, masa adalah tidak cukup kerana waktu rehat tengahari sudah hampir tamat. Tapi mungkin aku tersilap perhitungan, mungkin jatuh dari mana-mana, terpelanting masuk ke dalam hidangan aku tuh. Maka hidangan tengahari yang menggamit-gamit selera pada awalnya itu ditinggal begitu sahaja. Dari rasa teruja dengan ikan tiga rasa, aku rasa macam dipaksa-paksa makan bulu berus jamban tiga rasa. Urrrrrrrr !

5 comments:

Fuuhhhh la la ..... said...

pssst.... kat area mana gerai tu naja?

Lynda @ Speaker @ Rabbit said...

Naja..naja...tergelak aku baca penulisan hang...memula tu memang lah nak simpati..tapi cara penyampaian cerita tentang berus jamban tu terus buat aku tergelak...walaubagaimanapun...tak bersih sungguh gerai itu...

marstories said...

haha..ye ke? hang terlalu berperansangka mungkin..hehe..aku rasa itu bukan bulu berus jamban la..mungkin bulu berus yang digunakan untuk mencuci kuali mcm setengah orang guna lidi yang diikat untuk cuci kuali dengan cepat..ini dari pemerhatian aku la.. hehe..

Naja said...

kaknora - nannti free naja bawak p situ

linda - gerai tu bagi aku bersih gak la cuma itu la. itu saja penyebabnya.

rini - aku dah jenguk2 mmg ada lidi diikat tapi takdak berus diikat.. ya mungkin aku berprasangka sebab tu aku tak gigih pi tanya makcik kedai tu, cumanya lepas ni makan menatang lain plak kot kalo termakan di situ lagi. haha... kesilapan ada di mana2 kan, makcik tu pun bukan sengaja nak p taruk bulu berus dlm idangan dia.

AMIRZA said...

aku rasa berus jamban 3 rasa hang lebih sedap dari cacing ikan masin yg aku kena.... huhuhu syabassss....