Aku selalu la mengimpikan untuk bercuti di pulau-pulau yang indah lagi permai dengan air laut nan biru sehingga terzahir di penglihatan akan butiran pasir di dasarnya. Wahhhh… kalo bab berangan serah kat aku ! Nama lagi berangan itu free, cuba bagitau aku sapa yang berangan kena bayar ?? Hehehe.. Dan bagai pucuk dicita ulam mendatang, pada satu hujung minggu yang damai bersuaralah En. WTT mengajak aku ke pulau. Eh, aku yang ajak dia. Lupa pulak ! Sebenarnya tadi aku nak cakap dia setuju bila aku ajak. Malas nak tekan backspace kat kibod. Korang hadam jer lah cerita aku ni..
Bila sampai masanya kamipun berangkatlah berdua ke pulau tersebut yang terletak tidak jauh dari Putrajaya. Perjalanan memakan masa 40 minit akhirnya membawa kami ke Pelabuhan Kelang, dan tepat jam 9.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Pulau Ketam yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Pelabuhan Kelang dengan menaiki feri, dengan kadar tambang RM7 sahaja untuk sorang, sehala !
Sampai di sana benda pertama yang kami buat menyewa basikal, satu basikal RM8, kalo basikal buruk RM5. Pusinglah sepuas-puasnya dengan syarat, jam 5 petang hantar balik. Buleh tahan luas jugak mau berjalan tetapi kenderaan bermotor pula tidak dibenarkan beroperasi di pulau ini. Pemandangan yang menarik ialah di sini tak kira tua muda kecik besar, semua pun terel berbasikal. Diperkasakan dengan skill memasing yang hebat contohnya dengan selamber kodok je pangku anak kecik di peha sambil mengayuh basikal di laluan yang ala-ala. Dan aku plak, hazab gak la mula-mula nak mengayuh basikal. Asik terkeluar dari landasan, menonong entah ke mana-mana. Maklum dah berapa tahun tak pegang basikal, terkial-kial la jugak dibuatnya tapi akhirnya alah bisa tegal biasa.
Pulau Ketam ni penduduknya 99% terdiri dari kaum Cina, maka mencari restoran yang menjual makanan halal memang la tak jumpa. Mujur juga sebelum naik feri kami dah sarapan dalam kadar berat di rumah. Kalo tidak mau kebuluran ! Jadi kami minum air sajalah. Dan penduduknya ada yang ramah-ramah, ada plak yang jenis immune dah kot dengan kedatangan pelancong tempatan mau pun luar negara, tak heran pun! Benda yang menarik kat sini bagi aku antaranya ialah, parabola bersaiz gergasi. Gila gedabak besar wei. Bukan tahap piring dah kalau saiz tu, besar dia dua kali ganda kawah nasik kenduri kat rumah Pengerusi JKKK kampung aku. Jeles aku tau ! Kalau la aku dapat pasang kat balkeni umah aku macam tu.. segala macam siaran buleh ditadah kau!! Tapi biarla kecil parabola Astro itu, asal mendapat keredhoan Ilahi gitu kerana tak buat kerja salah.. ok insaf !
Oh ya, servis hotel dan juga rumah tumpangan serta kelong untuk aktiviti memancing turut disediakan kepada sesiapa yang berminat. Kalo ikut aku, tak perlu nak sewa-sewa hotel semata-mata berniat menjelajah Pulau Ketam. Tiga jam rasanya dah selesai menawaf sebahagian besar pulau. Dah boleh tengok macam-macampun. Tapi, seriusnya pengalaman melawat ke Pulau Ketam adalah salah satu momen indah di tahun 2012 ini. Terima kasih untuk En. WTT yang sudi merealisasikan impian saya bercuti ke pulau. Heheeheh. Sekian, untuk kali ini. Tahun depan kita pi Bora Bora Island naaa.. berangan itu free !
Jom layan gegambar..
Feri yang membawa kami ke Pulau Ketam
Pemandangan menarik sebelum feri berlabuh
Pemandu bot yang mengambil penumpang dari feri dan menghantar ke rumah-rumah di pesisir..
Yang ni tekong bot, mesra !
Bot nelayan
Laluan seperti yang terdapat di sepanjang pulau
Pekerjaan sampingan, mengopek kulit udang
Rumah-rumah di kiri dan kanan
Pemandangan biasa di sini, penduduknya berbasikal tak kira tua muda
Cuba teka apa itu ??
Pemandangan Pulau Ketam apabila air surut
Udang kering
Polos. Wajah-wajah generasi muda Pulau Ketam
Lagi pemandangan menarik i
Industri hiliran, perusahaan ikan kering
dan akhir sekali, parabola gedabak besar yang telah membuatkan hati mak berkesumat kedengkian !
5 comments:
Aku yg ddk Klang ni pn x pernah jejak lg Pulau Ketam tu! Cik Mai dgn Lasyid talak itot itu hari ka?
Aku yg ddk Klang ni pn x pernah jejak lg Pulau Ketam tu! Cik Mai dgn Lasyid talak itot itu hari ka?
waaa..... percutian ke pulau ketam...... ada jumpa ketam dak?
ku pernah ke pulau ketam kak.
bestttt...
Shima - Ni percutian berdua sahaja. Mujur tak bawak depa kalo tidak harus nangis kebuluran di sana.
Kak Nora - Banyak jumpa orang dari jumpa ketam.
Maya - Best kan, bermandi peluh kayu basikal. Ni namanya melancong sambil bersenam.
Post a Comment