Thursday, March 22, 2012

E.V.O.O

Hari ni nak berkongsi dengan kawan-kawan semua mengenai kebaikan EVOO – Extra Virgin Olive Oil. Sebelum tu, aku nak bagitau minyak zaitun ni senang gak la nak carik. Pi jer mana-mana supermarket ke haipermarket tengok kat bahagian minyak-minyak, kat situ la terletaknya. Pilih yang Extra Virgin sahaja yakni yang terlebih dara.. yang sikit-sikit dara takmau ya, sebab tidak mujarab dan tidak sesuai bagi melaksanakan impian ini!

Ni nak ceritalah ok, petua menurunkan berat badan menggunakan Olive Oil ni aku baca dari blog Rye Affan. Ekceli telan EVOO bukan untuk kurus pun mengikut kata Rye, tapi untuk membetulkan balik kadar metabolism badan yang tak berapa nak berfungsi dek tabiat pemakanan kita yang ntahapa-hapa tapi baguslah beliau kerana bermurah hati berkongsi petua untuk kurus-secara-tidak-langsung dengan cara EVOO (Cemana nak tempek link blog beliau dengan hanya tulis ‘DI SINI’ dan Korang buleh klik ‘DI SINI’ tu untuk pergi ke blog dia…. Mak belum reti buat. Mahap !!) So lepas baca aku gigih ‘gTalk’ dengan dia bagi mendapatkan maklumat lanjut. Thanks Rye.

Maka bermula bulan 11 hari tu akupun start minum EVOO ni setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur malam. Rasa dia memang la tidak sedap di tekak tapi buleh ja teguk dengan air kalau mau. Aku buat macam ni.. bancuh sesiap air oren letak tepi, telan EVOO dan cepat-cepat telan air oren. Bagusnya EVOO ni dia tak la meninggalkan rasa dan aroma tak best di tekak. Macam sekali lalu saja la, telan dengan air lain aroma minyak zaitun tu pun ilang. Faham dak ? Adeshhh.. takper nanti aku carik ayat lain yang lebih senang nak faham. Untuk kali ni tolong hadam yang ni dulu.

Berdasarkan pengalaman aku.. Aku timbang selepas sebulan kemudian. Tau berapa turun ?? Keputusannya sangat menakjubkan… 5 gram ! 5 gram naa, bukan 5 kilogram. Teruja dak ? Wakakakaka. Alamak, apa yang tak kena ? Rye kata dia buleh turun dalam dua tiga kilo sebulan, pasai apa aku 5 gram saja ? Kompom gemuk degil! Huhhh… Tapi aku berbaik sangka la dengan EVOO ni. Mungkin sebab aku cuma telan ja EVOO tapi tak pi bersenam. Aku salahkan kerja aku time tuh yang tiada masa senggang, lepas punch kad jer terus dengar azan Maghrib ! So celah mana nak bersenam ? Jadi aku sambung lagi. Tapi, ha ni tapinya.. aku ada perasan satu benda kat aku ni. Masa tunduk-tunduk depan cermin tetiba tengok, aiiiii rambut aku dah makin lebat ! Korang tahulah kan macam mana bila kita lepas bersalin, rambut gugur banyak dan menipis sampai adakalanya buleh nampak kulit kepala berbayang-bayang di celah rambut. Kalo lagi 2 tahun rambut aku dok gugur macam tu ada harus aku berkepala botak lepas ni. Tapi dengan khasiat EVOO ni yang aku tak sangka-sangka, rambut pun kembali lebat bersinar. Akar rambut menjadi kuat dan kuantiti rambut gugur tu tak la sadis sangat. Takat 7-8 helai gugur sekali sikat normal la kan? Tak perlu ke pusat rawatan rambut bagai. Dah berapa hang untung kat situ ??

Oleh kerana satu masalah sudah setel, aku teruskan minum EVOO. Selain rambut, kulitpun mendapat manfaat yang bukan sedikit. Kalau yang jenis aku, malas menyapu losen, pelembab bagai maka EVOO jadi penyelesaian. Aku memang rajin beli losyen tapi jenis malas sapu, dah berbotoi expired macam tu aja. Bujang-bujang dulu yer la ada kawan yang baik hati dan sukarela tolong sapukan losyen kat badan, kaki, betis, peha, lengan dan semua-semua part la sebelum tidoq. Hahaha, terima kasih Amy no...

Okeh, balik ke landasan. Dengan EVOO, secara perlahan-lahan kulit akan jadi lembab dan tona kulit sekata gitu. Takyah gigih dok telan kolagen bagai yang melambak di pasaran tu. Telan EVOO lagi best. Aku berani cakap macam ni sebab ada beberapa orang kawan yang aku sajeskan depa amik EVOO hari tu sekarang sudah tersenyum kezaitunan kerana masing-masing sudah nampak hasil dan manfaat dari EVOO. Bukan mahal sangatpun. Kalo tajuk Bertolli dalam RM29 lebih, kalau Colavita RM39.90 untuk satu botol satu liter, tu harga terkini aku tengok kat Kafur Tercinta kat Putrajaya ni (Terpaksa la jadi tercinta, sebab Kafur tu saja yang dekat umahpun.. )

Dan serious, yang gigih nak dok telan minuman Kolagen bagai tu untuk kecantikan kulit, aku sarankan berhenti sajalah sebab apa yang aku ketahui, kulit tidak akan menyerap banyak kolagen dengan cara minum atau telan ubat-ubatan yang mengandungi kolagen melainkan kalau diambil secara suntikan. Retisss sangat nak pi suntik-suntik kolagen bagai !! Kalau minum campuran kolagen 3 in 1 tu bayangkan la, satu peket katalah ada 1 gram kolagen (kalau betul 1 gram), yang diserap kulit tiap kali minum mungkin hanya 0.001 gram.. dan berapa puluh tahun nak minum kolagen untuk dapat kulit yang diidam-idamkan ? Hmmm ni congakan kasar aku saja. Kalau rasa tak setuju, sila sambung telan minuman kolagen masing-masing.

Mari berbalik pada proses menurunkan berat badan. Lepas penurunan berat badan yang menakjubkan yakni 5 gram tu kan, akupun tak gigih dah nak tengok penimbang hinggalah pada satu hari ( 2 bulan lepas tu, kira aku tengok timbang hari tu yang turun 5 gram tu bulan Disember 2011, yang ni pada awal Februari), Rumaisa dok main timbang tu dengan adik dia, aku pun joinlah jugak. Sekali kau, 6 kilogram less. Sebab tak yakin aku hampuk plak penimbang tu tujuh lapan round. Keletung keletang bunyi dan aku berenti bila aku rasa cukup untuk mendapat maki hamun percuma dari jiranku di bawah. Heheheh. Dan timbang lagi sekali. Pun tetap 6 kilogram kurang dari keberatan aku yang sebelum. Wahhh kau. Daripada kurang 5 gram jadi 6 kilogram ? Mujur mak tak sakit jantung. Dan esoknya aku kebetulan bawa anak-anak pi klinik, aku timbang lagi sekali dengan penimbang kat klinik. Timbang klinik baru meyakinkan.. sebab timbang cap kerajaan kot, mana mau tipu-tipu. He he he

EVOO ni mengurangkan selera makan dalam tak sedar, aku rasa macam ia boleh memprogram semula otak kita ni yang asik nak makan nak makan walaupun pada hakikatnya hasil yang kita dapat tu slow ya Rabbi, jangan la putus asa. Contoh macam ni la senang, kalo dah biasa gemuk 10 tan, telan EVOO secamca sehari tiba-tiba dua minggu kemudian ko dah bajet-bajet beratmu ala supermodel yang berpenyakit anorexia nervosa tu, sila berpijak di bumi nyata. Tetapkan la matlamat realistik, jangan over kang tak tercapai, dari beria nak kurus buleh sakit mental pulak ! Fikirkanlah manfaat-manfaat lain yang berapa banyak EVOO boleh berikan. Lagi satu, berfikir positiflah. Belajar menyayangi diri seadanya dan berusahalah untuk mengubah apa yang kita tak suka tu dengan cara yang sihat lagi menyihatkan. Dan untuk aku, lepas pada hat turun 6 kilogram tu, setakat ni belum turun-turun lagi. Stuck kat situ pulak dah. Memang lemak degil ! Tak payah pikir bab tu dulu, teruskan je telan EVOO dan jalanilah kehidupanmu macam biasa. Sebab dah biasa gemuk, aku tak heran sangatlah tak slim-slim lagi dalam masa terdekat ni. Janji laki aku sayang. Kahkahkah

Banyak lagi manfaat EVOO lepas ni, nanti aku share di entry yang lain. Dan kat bawah ni beberapa contoh EVOO yang terdapat di pasaran.

** Aku telan EVOO tajuk Colavita sebab botol dia lawa. Tak caya cakap aku cer tengok ni...






11 comments:

emak. bukan penari tiang said...

tang part laki aku sayang tu tetiba aku terbahak-bahak.

entah mengapa. hmmmm...

Naja said...

buleh jugak gelak tanpa sebab.. hahahaha !

Laxmi said...

wah naja teruja lak aku.. not for kuruskan badan tapi utk menambahkan rambut tu la yg buat aku sexited nih.. nak arrghh mlm ni gak aku start la telan EVOO nih.. ada sebotoi betolli kat rumah.. thanks kaz :D

amykimi said...

Hat aku suka part sapu losen heheh tq hg ingat gak insiden mlm2 sapu losen smbil mbebel x ktahuan punca gegara nak tlg jaga kcantikan kwn2 sblum naik plamin heheh

Mya said...

entry ni macam advertorial.
bravo bravo.

cikpia said...

mak aku makan lepas aku citer apa yang rai citer kat aku. she lost 5 kg in 2 months KALAU TAK SILAP. then stop (penurunan terhenti). agaknya benda tu turunkan berat badan kita setakat yang sewajarnya ja kot.... he he....

aku nak telan gak la, untuk kulit dan rambut yang sihat.....

Rinah said...

serius aku mahu cuba juga!

Naja said...

Lax - try la tak rugi...

Amy - harus aku ingat part tu. terasa diri disayangi.. hahaha

Mya - Tq tq.. panglaman sendiri kan, buleh la kita versi 'dalam kasut kita'.

Cik Pia - Masalahnyer berat aku tak pernah wajar.. kah kah kah !

Rinah - Selamat mencuba !

Vicc said...

This post macam membuat aku membuak2 nak cuba.. Rambut di depan makin gugur. Umur baru berapa.. and nak cuba juga sebab kak cakap EVOO boleh kurangkan selera makan.
Thanks for this sharing kak..
:)

TiNiE said...

aku mmg dah lama mengagum dgn penulisan hang naja, dan aku juga nk try natang evoo nih...zassss

vampire's lovex said...

boleh la try lepas ni.