Friday, May 18, 2012

Hai hai.. Bye Bye




Ada beberapa sms yang aku terima, pengirimnya kadang-kadang daripada kalangan kawan-kawan sendiri dan kadang-kadang entah daripada siapa-siapa.  Sudah berkali-kali.  Pagi ini terima lagi sms yang serupa.  Katanya “ Sebarkan kepada semua orang Islam mengenai larangan menggunakan perkataan AKUM kerana akum dikatakan bermaksud ‘binatang’ dalam bahasa orang Yahudi.  Jangan guna SEMEKOM kerana semekom bermaksud ‘celaka kamu’, juga dalam bahasa orang Yahudi.   Jangan guna BYE kerana ‘bye’ ialah jarum sulit Kristian yang bermaksud ‘Di bawah naungan Pope’.   Pastu ayat akhirnya berbunyi begini

“Tolong forward sms ini kepada umat Islam yang lain sekiranya sayangkan agama kita , untuk elakkan kita daripada membuat dosa dengan menyebut perkataan Yahudi ini dan dilaknat Allah kerana menjadi jarum orang Kristian meruntuhkan akidah umat Islam”.

Phewwwwwwww… seram! Dosa? Sebut saja pun dah dosa?  Aduyaii, kalau betul berdosa, berapa banyak dosa aku buat dok sebut benda-benda tu.  Lorat. Memang lorat.  Kalau takat sebutpun berdosa, abis kau hantar sms suruh orang forward ke sana kemari dengan takdak kesahihan, tu dikira cemana pulak?  Serious aku tak faham.  Aku tulis ni bukan sebab aku nak mengagung-agungkan bahasa kaum Yahudi atau nak menjadi sebahagian jarum Kristian di bawah naungan Pope yang konon-konon buleh cucuk dan usik akidah orang Islam dengan hanya sebut ‘BYE’. Heran aku kenapalah segelintir orang-orang kita ni mudah sangat nak percaya dengan benda-benda macam ni.  Siap buleh hukum berdosa plak tanpa tahu hujung pangkal.  Okey, sebenarnya aku sangat tidak pasti makna perkataan seperti AKUM, atau SEMEKOM itu dalam bahasa Yahudi memang benar-benar tak bagus dan BYE itu memang benar-benar jarum Kristian atau sebagainya seperti didakwa. 

Tapi alangkah bagusnya sebutkan saja tujuan kau itu tanpa perlu berbelit-belit dengan fakta yang tidak ketahuan.  AKUM ,AS’KUM dan SEMEKOM ini ialah aku yakin sebenarnya terbit dari isu  bagaimana memberi lafaz salam yang sempurna seperti yang dituntut oleh agama kita, iaitu lafaz yang sebenar-benarnya adalah assalamualaikum.  Itu lafaz salam yang sempurna dan mendapat pahala.  Hat tiga tadi tu kalau hang sms kat orang, orang tak wajib jawap pun.  Hat memberi salam ringkas-ringkas macam tu pun aku rasa takde la sampai peringkat kena laknat dengan Allah !  Selalu sangat berburuk sangka dengan Tuhan sendiri.  Sebagai hambaNya, kita kenalah selalu bersangka baik dengan Allah, ni dak.. ayat serupa Allah tu kejam sangat sikit-sikit nak laknat hambaNya.

Yang pasal ‘BYE’ tu pulak, lawak sungguh.  Bayangkan kalau benar itu jarum Kristian, dari umur aku dok pakai lampin sampai sekarang dah 34 tahun, dah berapa puluh ribu kali aku sebut bye. Celah-celah tu pulak berapa belas ribu kali aku sebut bye kat mak aku masa dok ulang alik pi mengaji dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dan sampai sekarang ni, tambah-tambah time nak balik sini selepas bercuti di kampung.  Dari turun tangga masuk dalam kereta pastu kereta bergerak pelan-pelan,  mak aku berdiri di tepi jalan dok melambai aku dan aku jerit ‘bye-bye mak, ai lappppp youuuuuu’ berkali-kali kat dia sampai dia hilang dari pandangan aku dan aku hilang dari pandangan dia, sampai jiran-jiranpun tersenyum-senyum turut melambai sekali.  Agaknya kalau kami tak  kuat iman, hari ni aku dan mak aku bukan takat hanya dok di bawah naungan Pope tapi kami sendiri jadi Pope dah kot sebab setiap hari berpuluh tahun lamanya kami saling tusuk-menusuk sesama sendiri dengan jarum Kristian, kononnya.  Hmmm, kalau macam tu rendah betul kualiti akidah orang Islam…

Bahasa bagi bangsa Yahudi ni pun bukan satu dua, bermacam-macam.  Ada Hebrew, ada Ibrani dan entah berapa puluh lagi.  Dialek dan langgamnya pun kita tak terjangkau.  Semua tu menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah jua yang memberi idea dan buah fikir kepada manusia mewujudkan bahasa mengikut bangsa dan keturunan masing-masing.  Awat.. hangpa percaya ada tuhan lain ka yang khusus mencipta bahasa bagi orang-orang Yahudi ni ?  Sebenarya, aku percaya sebut perkataan tidak elok tak kira dalam bahasa apapun memang mengundang dosa,  tak payah hang sebut dalam bahasa Yahudi baru nak tunggu berdosa.  Habis tu kalau mencarut dalam bahasa Arab dapat pahala ka ?   Lagipun jenuh  kita nak khatam semua bahasa dalam dunia ni yang ntah berapa juta jenis dan duduk buat perbandingan agar perkataan yang kita sebut ini tidak disebut dalam bahasa lain walaupun berbeza agar kita tidak dilaknat Allah.   Kalau macam tu peraturannya, aku rasa ramai yang memilih untuk berdiam, membisu tiada berbahasa.

Macam biasa, ini pendapat dan pandanganku saja.  Tidak semestinya sama dengan pendapat anda semua.

2 comments:

umieliza said...

Aku pun sependapat ngan hang...kemon la..kemonnnn

Lady RaRa said...

hahaha. ok meh nak perhurai lagi sikit. hehe. tambah point ja pun

Assalamualaikum bermaksud sejahtera ke atas kamu atau dalam English peace upon you.

dalam Hebrew ucapan salam depa ialah Shalom Alekhom atau kekadang depa sebut Shalom. maksud yang sama.

perasan dak macam nak sama?

orang melayu kita saja pun suka loncat lebih. padahai bahasa saja pun. bukan berdosa.