Wednesday, July 25, 2012

Tahiti

Aku tak tau nak mula dari mana cerita ni.  Kiranya macam takdak mukadimah pembuka cerita la yer.  Ada masanya mukadimah-mukadimah bagai ni tidak menjadi sesuatu yang penting sangatpun. Adakalanya bermukadimah bagaipun, ke laut jua perginya. Terus tulis saja apa yang terlintas di kepala sajalah.  Haaa, kan tak pasal-pasal dah dapat seperenggan pembukaan dalam dok kata tak tahu dari mana nak mula.

Macam ni cerita dia, sehari sebelum berpuasa hari tu aku pi Alamanda.  Masih dengan tujuan utama membeli-belah di Kafur tercinta selain bercanda di GSC.  Tiba-tiba terasa nak pi toilet.  Masuk kat dalam tu adalah sorang kakak cleaner tengah mop-mop lantai, ada dua tiga batang pengemop bersimpang-siur di lantai.  Jadinya aku tolak pintu toilet yang paling dekat dengan aku.  Aku masuk tapi cepat-cepat keluar balik.  Entah siapalah agaknya yang termeninggal dunia sebelum sempat tekan butang ‘flush’.  Tersergam megah ‘sisa submarine’ dia dalam perairan mangkuk tandas tu.  Memang tahap mangkuk, takda kesedaran sivik langsung !!

Aku beralih pi ke toilet yang kedua.  Aku perasan kakak cleaner tu pun sudah jeling-jeling sama aku.  Jangan tuduh aku sudah !  Bila dah setel urusan-urusan duniawi aku kat dalam tuh, aku pi kat sinki, tujuan utama nak sengih-sengih kat cermin tengok gigi. Tengok gigi tanpa sebab.   Dah jadi habit aku, lepas berak tengok gigi.  Bagaikan hang berak pakai gigi.. ye dak? Kekekekeke.  Ok, tabiat manusia ni kadangkala pelik-pelik.  Lantakkan di situ asal tidak menyusahkan orang lain sudah.

Masa sengih-sengih tengok gigi ni ler, sekumpulan 5 remaja pun masuk.  Suara riuh rendah.  Entah apa yang hepi sangat taktau la.  Masuk toilet jer pun, lain la kalau macam pestaim pi konsert Justin Bieber ke ada gak la lojiknya untuk depa berhepi-hepi sedemikian rupa.  Pastu salah sorang dari depa  masuk la toilet yang pertama tadi pastu terus terjerit-jerit histeria.

“Euuwwwww, wei korang-korang.. sapa berak tak flush nih. Geli! Geli” jerit yang tudung lilit-lilit polka dot.

                        “Ada taik ke? Kih., kih..kih..” tanya sorang lagi kawan dia.

            “Ya lewww! Kuwang hajau mak dia tak ajar cecare guna tandas kot.  Korang tengok nih…” ujar si lilit-lilit polka dot.

Depa ada 5 orang.  Dan aku heran sungguh, sangat-sangat heran.  Kelima-limanya pun pakat menderu jenguk kepala kat dalam toilet tadi tu semata-mata nak tengok taik macamkan selama hayat ni tak pernah tengok.  Lainlah kalau ada sapa-sapa tergugur anak dalam tuh, kira rare lah jugak.  Dah tengok, suasana jadi bertambah riuh-rendah.  Adohaiiii…

“Tekan jerla flush tu dik !”  aku pun terbagi arahan serupa aku ni kakak kawasan pulak.

“Eh tak nak le kak, bukan taik kitorang.. Euuwwwww.. jijik arrr !” jawap yang tuduh merah plak.  Ramai-ramai gelak riuh rendah lagi. 
 
“Yang ramai-ramai pi dok tengok tak jijik plak.. ish ish ish..”. 
          
Maka akupun dengan sukarela pi la tekan flush button  tuh.  Habis masalah jijik dan geli tadi dibawa pergi ke saluran kumbahan.  Adik-adik tadipun keluar.  Aku plak berpatah balik ke sinki nak basuh tangan, kerana terdetik jugak rasa geli wehhh.  Wakakakaka!

Tetiba kan….

“Emangnya udah lama di situ.  Aku biarin aja nunggu kalau ada yang nyobain ngilangin iya, pasti dialah orangnya” ujar kakak cleaner tadi dengan penuh yakin dan bersemangat patriotik sekali ucapannya.

Oh, kau tuduh aku yang berak di situ?  Ingat aku tak faham ?  Hampeh sungguh…



“Bukan saya berak situ kak.  Saya punya warna hijau-hijau sebab malam tadi banyak makan sayur-sayuran…” kataku pula.

“Sintinggggg..!” kakak cleaner tadi tuduh aku gila plak.

Aku keluar dari toilet, senyum jer lah.   Buat baikpun salah.  Dan oh ya, aku bukan jenis yang takjub dengan taik sendiri, nak kelebek kot ada sayoq ka ada pokok balak ka yang aku makan malam tadi telah terhadam ataupun tidak.  Saja je aku usik kakak cleaner tuh. Kehkehkeh

Salam Ramadhan untuk semua.  Sori entry tak relevan langsung dengan Ramadhan yang mulia ini.

Thursday, July 19, 2012

Meninjau A380 di KLIA..


Tak lama lagi Ramadhan bakal tiba.  Haruslah aktiviti-aktiviti luar  sedikit terbatas seperti membawa anak-anak keluar seharian.  Jadinya aku dan EnWTT memilih untuk bawak anak-anak meronda pada minggu lepas sepuas-puas ati sebelum berehat sebentar di bulan Ramadhan.  Kalau ada rezeki, lepas raya kita sambung lagik.

Pada pagi Sabtu yang permai, kami menuju ke destinasi pertama iaitu KLIA.  Niatnya mau melepak di Anjung Tinjau, KLIA sana.  Manalah tahu kalau-kalau ternampak A380 landing kat situ, tapi jangankan A380.. bayang-bayangnya pun tiada.  Jadi tengoklah mana-mana kapal terbang yang ada.  Rasyid dan Rumaisa teruja seperti biasa.  Aktiviti ini dilakukan sekali-sekala, dan seingat aku tahun ni adalah dalam 5-6 kali kami ke KLIA semata-mata bawak anak-anak tengok kapal terbang mendarat dan berlepas.  Adakalanya kami ke LCCT.  Tapi di LCCT tiada anjung tinjau maka peluang untuk melihat kapal terbang mendarat maupun berlepas dari dekat memanglah zero.  

 Tapi ada satu port di sekitar LCCT iaitu  berhampiran kebun kelapa sawit, memang buleh nampak kapal terbang lalu atas kepala, besar-besar.  Kadang-kadang kami berkelah di situ.  Tempat ini menjadi kegemaran anakanda berdua, apa tidaknya bila tengah makan tetiba deruman enjin kapal terbang mengaum nun di atas kepala.  Teruja sunguh mereka dibuatnya.   Bukan takat anak-anak, mak dan ayah pun teruja jugak sebenarnya.  Hehehe

Kalau ada sesiapa yang tahu kat mana boleh  nampak kapal terbang berlepas secara terang benderang, silalah jangan malu-malu tinggalkan maklumat di ruang komen di belog saya ini.   

Macam biasa, mari layan gegambar..
 

 
Rasyid sedang merenung masa depan..


 
“Tadak bubangpun mak..”  *Bubang = kapal terbang


Keterujaan


 
Adik, tengok sana !


 
Rasyid dengan aktiviti sampingan


Aerotrain










Sesi 'Q&A' antara dua beranak






 Sudah puas berjalan, mari kita merangkak pulak !


 Yeeeha!!




Kami yang gumbira…