Thursday, November 29, 2012

E.V.O.O Bahagian 2





Kali ini aku ingin bercerita lagi mengenai EVOO.  Seperti biasa EVOO ialah ringkasan untuk Extra Virgin Olive Oil, bukan Mitsubhishi EVO ya anak-anak.  Untuk entry kali ni aku bukan nak cerita berapa kilogram dah berat badan aku hilang sejak mengamalkan EVOO kerana selepas hilang enam kilogram masa sesi awal hari tu, berat aku macam stuck kat situ berapa bulan dah pastu yang terakhir timbang 2 bulan selepas tu, turun lagi sekilogram.  Purata kehilangan berat badan adalah sebanyak 7 kilogram saja.  Memang jenis gemuk degil, lemak-lemak yang tak reti kata dan tak makan diajar.  Mak pasrah sebab tak pergi bersenampun.  Dok harap minum EVOO semata-mata.  Tapi manfaat lain yang diperolehi bukan sedikit.  Jadi aku teruskan meminum EVOO untuk manfaat-manfaatnya yang lain itu di samping menyimpan harapan boleh turun lagi beberapa kilo.  Yang penting jangan berputus asa.


Selain daripada faedah-faedah yang aku tulis dalam entry sebelum ni mengenai EVOO tu, satu benda yang aku perasan semasa mengambil EVOO ialah tahap alah kepada kafein aku menjadi zero.  Sebelum ni kalau aku minum Nescaffe, rasanya mau dua hari bulat jer mata tak boleh  tidoq.  Kalau time balik kampung, nak minum kopi kampung mak mertua aku punyer ‘handmade’ pun teragak-agak sebab akan memberi kesan yang sama.  Dan aku jenis yang susah tidur malam.  Dulu paling awal aku masuk tidur jam 12 tengah malam, terlentang dalam gelap berangan sampai ke sistem cakerawala mana barulah terlelap.  Masalah tu dah takdak lagi sejak-sejak mengambil EVOO.  Pukul 9 malam letak kepala, kul 9.01 minit dah terlelap.  Kalau jam 10 malam masuk tidoq, jam 10 jugaklah lenanya.  Tapi bukan masuk tidoq sebab mengantuk ya, ni masuk tidoq sebab memang nak tidoq.  Tak perlu nak tunggu menguap huwarghhh huwarghhh sepuluh round baru nak masuk tidoq.  Pendek kata jam biologi anda sudah kembali normal.  Wahhhh gitu !


Tapi, ada tapinya pulak… sekitar Mei 2012 hari tu, aku diserang batuk.  Batuk berpanjangan dari sebulan melarat ke berbulan-bulan.  Jadi aku stop ambil EVOO sekejap.  Akupun tak tahu apa rasionalnya aku berhenti minum EVOO melainkan dengan kepercayaan aku sendiri, minum EVOO menyebabkan panas.  Panas akan menyebabkan aku batuk sebab aku memang jenis kalo cuaca panas-panas aku akan diserang batuk, badan panas pun batuk jugak.  Kalo sejuk macam dok dalam esbok tu ok pulak, mak sihat walafiat. Dan memang betul minum EVOO akan menyebabkan badan sedikit rasa berbahang dan cepat berpeluh.  Aku rasa EVOO tengah bekerja membakar lemak-lemak degil kot.  Aku batuk sepanjang tiga bulan, maka tiga bulanlah aku tak ambil EVOO sampailah bulan puasa hari tu.  Batuk plak menjadi-jadi sampai aku kena gi x-ray paru-paru, doktor  syak aku kena batu kering pulak.  Keputusan x-ray menidakkan syak wasangka doktor.  Alhamdulillah, cuak jugak aku dengar pada awalnya.


Dan setelah sekian lama berhenti, akhirnya bermula seminggu yang lepas aku ambil balik EVOO.  Aku ambil EVOO setelah lepas trimester pertama mengandung.  Alhamdulillah badan rasa sihat, bertenaga dan kurang alahan.  Mengambil EVOO juga mengurangkan gelap di kulit muka dan leher dan juga mengurangkan lingkaran panda di mata.  Stretch marks pun  belum terjadi.  Yang penting memulihkan sistem pemprosesan sisa kumbahan dalam badan..  Tapi bila mengandung, berat badan naik baliklah.  Sejak dari awal kandungan hinggalah nak masuk lima bulan ni, berat aku dah bertambah hampir empat kilogram.  Tak mustahil di akhir trimester nanti aku akan kelihatan seperti seekor penguin yang berjalan.  Tapi itu tidak mengapa, tidak menjadi isu penting buat mak pada masa ini.  Apa yang penting ialah tubuh badan segar bugar dan bebas daripada alahan.


Dan untuk sesi kali ini, sudah bertambah teman EVOO ku di rumah sejak seminggu yang lalu.  Aku menyarankan kepada Bibik Adey untuk ambil EVOO sebagai minuman kesihatan.  Maka botol satu liter EVOO bertajuk Colavita itu sekarang kami kongsi berdua.  Semalam Bibik Adey bagitau aku dia sudah nampak perubahan pada kuku-kukunya yang rapuh dan pecah-pecah sebelum ini.  Struktur kukunya menjadi kuat dan bersinar-sinar.  Baguslah kalau macam tu, bolehlah diteruskan untuk mendapat manfaat yang lain pulak.  


Lagipun masih ada lagi stok EVOO dalam botol satu liter dengan botol 250ml untuk dihabiskan.  Aku beli borong masa Krismas tahun lepas.  Harga asal untuk seliter EVOO bertajuk Colavita ialah 39.90 tetapi sempena promosi Krismas di Carrefour (yang sekarang sudah bertukar menjadi AEON-Big) pada masa itu, harganya RM32.90 sahaja dengan percuma sebotol kecil Colavita 250mlm itu.   Jadi aku beli 6 botol kesemuanya.  Satu botol aku bagi pada emak aku.  Satu botol lagi untuk seorang kawan yang ingin mendapat manfaatnya tapi tidak mampu membeli kerana katanya sebotol EVOO itu nilainya sama seperti wang saku untuk dua orang anaknya ke sekolah selama dua minggu.  Aku niatkan ia sebagai amal jariah, amal jariah dalam bentuk EVOO. Hehhh kejadahan apakah yang sedang berlaku ini, amal jariah pun nak cerita kat orang.. sungguh tak ikhlas namanya tu.  Kehkehkeh !


Sehingga itu, sekian dulu untuk kali ini. 

Thursday, November 22, 2012

Cantik, curang dan miang...



Satu masa dulu, masa awal-awal aku dengan EnWTT nak amik pengasuh a.k.a bibik, ada kawan yang tanya aku samada bibik yang kami nak ambil bekerja tu dah pi telek tengok cemana rupa parasnya cantik ka huduh ka atau fizikalnya cemana macam Miss World ka. Jawab aku, tidak.  Ikut yang mai tu macamana seperti yang dibekalkan oleh ejenlah.  Aku bukan nak bukak agensi model nak yang cantik-cantik atau sebaliknya.


Dia kata aku silap.  Patutnya aku kena pastikan bibik yang mai tu biarlah yang tak lawa langsung, kalau boleh laki aku tengokpun tak seleralah pendek kata.  Maka fahamlah aku apa maksud tujuan pertanyaan itu dan apa pula cabang kebimbangan kawan aku yang seorang ni.  Malas bercerita panjang, aku katalah pada dia kita tengoklah nanti macam mana.  Dia tak puas hati.  Katanya soal-soal macam ni aku tak boleh pandang ringan kerana masa depan rumahtanggaku sebahagian besarnya bergantung kepada bagaimana rupa paras bibik yang bakal mengasuh anak-anak kami nanti.  Senang kata kalau bibik hang cantik, nanti laki hang jatuh cinta dengan bibik pastu ada skandal dengan bibik haa nanti macam mana ?  Bayangan yang kawan aku bagi ni pun buleh tahan ganasnya sehinggakan dia suruh aku imagine katalah satu hari aku balik tengahari tengok-tengok bibik dok bergomoi dengan laki aku atas katil.. euwwww macam scenario dalam dramalah.  Pada masa itu aku tak boleh buat apa dah, katanya. Pendek kata nasik sudah menjadi Proton Saga.  Jadi daripada menanggung risiko untuk membiarkan semua itu terjadi, baiklah aku mengambil langkah awal.  Nasihat kawan aku tadi.  Beria-ia.  Bersungguh-sungguh.


Jadi kata-katanya aku simpan dalam hati saja.  Bukan terasa.  Cuma simpan di sudut hati yang paling dalam.  Dan bibik yang nak mai tu kami serahkan bulat-bulat pada ejen.  Soal dia cantik atau tidak, tidak termasuk dalam pertimbangan aku.  Kadang-kadang aku kena fikir logik jugalah, kalau takut tergoda semata-mata, perlukah aku membuat syarat supaya yang datang bekerja nanti biarlah rupanya walau tidak sama tapi hampir-hampir dengan Mak Lampir.  Kalau pun rasa selamat sebab EnWTT mesti tak lalu nak tengok bibik Mak Lampir kami, bagaimana pula dengan anak-anak?  Perlukah aku mengorbankan perasaan mereka dengan hari-hari tengok bibik seiras Mak Lampir demi menjauhkan rasa terancam dalam diri sendiri?  Kalau aku, EnWTT dan semua orang suka tengok benda atau sesuatu yang sesedap mata memandang, bila mai tang anak-anak wajarkah aku korbankan sudut sedap mata memandang daripada pandangan anak-anak semata untuk menyedapkan hati sendiri ?  Jawapannya tidak.


Kerana aku percaya,  kalau aku takut dengan EnWTT yang mungkin akan tergoda dengan kecantikan perempuan-perempuan lain maka terpaksalah aku menaruh rasa curiga dan syak wasangka sampai akhir hayat aku kerana punyalah ramai wanita-wanita cantik di luar sana yang sentiasa ada di mana-mana.  Rakan-rakan sepejabatnya, yang berurusan dengannya pastilah ada yang cantik yang lawa, yang manja-manja.  Laratkah aku nak telek yang mana satu lawa atau tidak. Atau perlukah letak syarat dengan EnWTT, hari ni pergi pejabat awak jangan bercakap dengan rakan-rakan pejabat atau client-client  awak yang lawa-lawa, yang mekap macam artis atau yang pakai baju ketat nampak berbayang renda bra dan boleh teka sekali cup bra size apa atau pakai kemeja ketat kancing ternganga boleh lihat warna bra tanpa perlu susah payah.  Kalau macam tu sekali, aku rasa biarlah EnWTT berhenti kerja duduk rumah saja jadi surirumahtangga.  Tak perlu amik bibik, tak perlu aku dok pikir dia nak pi kerja tengok perempuan lawa-lawa.   Kalau sampai ke tahap tu punya rasa tergugat, aku rasa aku tak akan boleh jadi waras lagi. 


Dan jantan ni pun kalau nak curang, nak menggatal bukan sebab lawa semata-mata.  Sangat mencapah sebab-sebabnya, infiniti.  Seribu macam alasan, sejuta cabang kemiangan.  Aku harap EnWTT bukanlah tergolong dalam jantan-jantan tersebut kerana aku percaya EnWTT masih waras, terpulanglah kepada dia bagaimana dia hendak mengemudi kewarasan dia.  Sehingga apa-apa yang buruk belum terjadi, aku tidak ingin memikirkannya kerana aku tidak ingin mengorbankan sel-sel otak aku untuk berfikir benda-benda yang buruk dan negatif yang belum tentu terjadi.  Aku ingin menikmati saat-saat ini kerana masa depan tidak siapa yang tahu kalau sungguh terjadi sesuatu yang seperti itu di masa depan, kita bukak chapter barulah.  Buat masa sekarang aku tidak ingin mendera emosi aku dengan memikirkan kemungkinan-kemungkinan buruk yang aku sendiri tidak pasti samada ia akan terjadi atau tidak di masa hadapan.


Sekian !

Thursday, November 8, 2012

Cuci pinggan pun boleh mampoihhh !





Satu petang yang nyaman.  Lepas habis makan malam pada jam 7.00, Bibik Adey (yang Rasyid panggil Bibik Lofa) cepat-cepat bangun dari kerusi, menuju ke sinki.  Cuci pinggan yang dia makan.  Lepas tu berdiri tegak di tepi rak pinggan tu.  Tiba pula giliran EnWTT selesai makan,  EnWTT cuci sendiri pinggannya.  Lepas tu letak kat tempat pengering.  Pastu tiba giliran aku, juga basuh pinggan sendiri.  Letak kat rak yang sama diikuti Maksu Jamilah, adik EnWTT habis makan.  Sampai kat sinki, dia pun cuci sendiri pinggannya.  Lepas itu Rasyid dan Rumaisa, berkejaran di dapur nak letak pinggan masing-masing dalam sinki sambil berebut-rebut basuh tangan.


Habis makan masing-masing buat hal sendiri.  Tetiba Bibik Lofa mai kat aku…

            “Apa pinggan yang saya bersihkan tidak bisa memuaskan hati ibu?” soalannya buat aku kehairanan sekejap.

            “Ehhh.. kenapa Adey?”

“Saya lihat semua orang dalam rumah ini bersih sendiri pinggannya bila sudah siap makan.  Saya jadi lagi bertambah risau kalo tidak bisa memuaskan hati ibu dan semua..”

“Ohhhh… jangan bimbang.  Semua orang dalam rumah ni kalau makan sudah biasa basuh sendiri pinggan masing-masing.  Sorang sebijik jer pun. Terkecuali Rasyid dan Rumaisa, mereka masih kecil tangan tak sampai nak basuh pinggan dalam sinki.  Esok bila dah pandai, memang kena basuh sendiri jugak”.

“Di Malaysia ini memang begitu ya ?” tanyanya lagi.

“Taktau leh pulak saya dalam Malaysia ni semua rakyatnya cuci sendiri pinggan masing-masing atau tidak.  Tapi dalam rumah ni, sangat-sangat digalakkan.  Cuci pinggan jer bik, bukan cuci jamban nak kena tonyoh bagai’.

“Beda banget di tempat saya.  Bila semua ngumpul makan,  seorang saja yang akhirnya akan cuci pinggan untuk keseluruhan..”.

“Kalau gitu mampoihhhh la’.

“Oh tidak apa-apa , saya lagi mampu kalau disuruh cuci semuanya di sini,”.

“Bukan mampu ler Adey, mampoihhhhhhhhhh !

“Ya.. ya.. ya,’ kata Adey mengangguk faham.



Di petang yang lain. Juga lepas makan.

“Ibu, pinggannya ! Ibu usah mampoihhhhh.. sekali sekala biar aja saya yang buat.”

“Haaa?”

“Iya mampoihhhhh.. maksud ibu mampoihhh itu basuh  sendiri pinggannya kan? “ katanya penuh yakin.


Tetiba rasa kesian plak kat diri sendiri, nasib baik tak suruh pergi mampoihhh.  Aduihhhh…

Thursday, November 1, 2012

Asrama : Peraturan 1 - Berkongsi Kejijikan




                             
Zaman sekolah menengah, dua kali aku duduk di asrama.  Asrama di sekolah-sekolah yang berlainan. Ada satu kejadian yang sama, cuma tempat dan masa yang berlainan. Dan pendekatan yang diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk menanganinya juga sama.  Membuatkan aku terfikir-fikir pada masa itu, sampailah sekarang.. apakah ia adalah satu peraturan tak termaktub yang diwarisi zaman berzaman.  Dan masihkah lagi digunapakai sampai sekarang.


Cerita bermula seawal pagi sewaktu semua penghuni perempuan bersiap-siap mahu ke sekolah.  Tiba-tiba di hujung sana ada sekumpulan pengawas asrama sedang berbicara serius sesama sendiri.  Sesiapa yang lalu di tepi mereka akan direnung tajam dari atas ke bawah.  Tiada segaris senyum di bibir.  Tidak kira kau rakan baik kepada salah seorang pengawas tadi atau sebaliknya.


Dan kami pergi ke sekolah dengan penuh tanda tanya.  Apabila hampir tamat waktu sekolah, wakil kelaspun membuat pengumuman.  “Semua penghuni asrama diminta berkumpul di bilik rehat selepas makan tengahari”.  Hidangan tengahari cepat-cepat ditelan, seperti duri-duri yang lekat ditekak.  Bila semua sudah siap makan, lekas-lekas kami ke bilik rehat menanti pengumuman. 


Ketua Pengawas tiba.  Muka kelat.  Dan bersuara nyaring.

“Pagi tadi ada sesapa yang tertinggal pad yang dah digunakan kat bilik air?  Baik mengaku cepat, kalau tidak…”, ayat tergantung.


Dan kami yang disoalsiasat sudah pasti tertanya-tanya, kalau tidak… kenapa ?  Kalau mengaku kenapa ?  Kalau tidak mengaku kenapa ?  Adakah kalau mengaku tetiba akan dikenakan hukuman gantung mandatory ?  Atau disuruh membuang pad berdarah itu sendiri?  Atau dimalukan sesuka hati ?  Kerana tidak tahu apa bentuk hukuman yang bakal menanti, maka semua pun mendiamkan diri.   Aku rasa alangkah elok kalau ketua pengawas tadi berkata begini “ Sesiapa yang ada tertinggal pad di bilik air diminta membuangnya.  Jagalah kebersihan bilik air untuk kepentingan kita bersama”.   Satu pertanyaan dan arahan yang jelas, tidak menghakimi dan tidak memalukan sesiapa. 


Oleh kerana semua berdiam diri,  maka satu syarahan berbentuk nasihat yang lebih kepada kecaman-kecaman keras-keras ditala bulat-bulat ke telinga kami.  Semua diam membantu.  Pada aku, kalau ada sesiapa yang bangun dan mengaku pad itu miliknya, aku rasa dialah heroin tulen yang mampu menelan segala umpat keji sekurang-kurangnya untuk tempoh satu semester akan datang.  Dan kalau ada terjadi lagi kejadian yang sama, pastilah tak perlu dicari lagi sesiapa yang bertanggungjawab, pasti automatik jari-jari sang pengawas akan tertuding kearah orang yang sama lagi.  Hakikat yang harus kau telan.


Dan diakhir sesi perjumpaan itu tiada siapa yang mengaku.  Maka kami disuruh beratur di sepanjang koridor, dari bilik air sampai ke bilik rehat.  Seorang pengawas asrama masuk ke dalam bilik air dan keluar dengan ditangannya adalah satu pad yang telah digunakan, dibalut dengan kertas A4.  Tong sampah di tepi bilik air itu jaraknya tak sampai sekaki di tepi kakinya, ternganga dan tertadah mintak diisi.  Tapi dia punya agenda yang lain.



“Oleh kerana tak ada sapa yang mengaku, saya nak awak semua terima hukuman.  Setiap orang kena pegang pad ini dan bagi pada kawannya di sepanjang barisan ni lepas tu orang yang terakhir kena buangkan dalam tong sampah nun di hujung bilik rehat”.


Maka bermulalah ritual pembuangan pad itu mengikut rukun turun-temurun amalan generasi asrama.  Pad bertukar tangan.  Masing-masing bermuka kelat.  Sang pemberi hukuman dan rakan-rakan tersenyum puas hati kerana merasa telah berjaya memberi hukuman setimpal.  Keadilan telah ditegakkan mengikut versi mereka.  Yang bersalah tapi tak tau sapa telah dihukum walaupun yang lain terpaksa juga turut merasa.  Kejijikan mesti dikongsi bersama tapi bukan untuk kau rakan-rakan kau tapi untuk orang-orang yang telah dikambinghitamkan.


*Pad = tuala wanita untuk sesiapa yg tak tau.. tapi mustahil taktau. Hehe