Thursday, November 22, 2012

Cantik, curang dan miang...



Satu masa dulu, masa awal-awal aku dengan EnWTT nak amik pengasuh a.k.a bibik, ada kawan yang tanya aku samada bibik yang kami nak ambil bekerja tu dah pi telek tengok cemana rupa parasnya cantik ka huduh ka atau fizikalnya cemana macam Miss World ka. Jawab aku, tidak.  Ikut yang mai tu macamana seperti yang dibekalkan oleh ejenlah.  Aku bukan nak bukak agensi model nak yang cantik-cantik atau sebaliknya.


Dia kata aku silap.  Patutnya aku kena pastikan bibik yang mai tu biarlah yang tak lawa langsung, kalau boleh laki aku tengokpun tak seleralah pendek kata.  Maka fahamlah aku apa maksud tujuan pertanyaan itu dan apa pula cabang kebimbangan kawan aku yang seorang ni.  Malas bercerita panjang, aku katalah pada dia kita tengoklah nanti macam mana.  Dia tak puas hati.  Katanya soal-soal macam ni aku tak boleh pandang ringan kerana masa depan rumahtanggaku sebahagian besarnya bergantung kepada bagaimana rupa paras bibik yang bakal mengasuh anak-anak kami nanti.  Senang kata kalau bibik hang cantik, nanti laki hang jatuh cinta dengan bibik pastu ada skandal dengan bibik haa nanti macam mana ?  Bayangan yang kawan aku bagi ni pun buleh tahan ganasnya sehinggakan dia suruh aku imagine katalah satu hari aku balik tengahari tengok-tengok bibik dok bergomoi dengan laki aku atas katil.. euwwww macam scenario dalam dramalah.  Pada masa itu aku tak boleh buat apa dah, katanya. Pendek kata nasik sudah menjadi Proton Saga.  Jadi daripada menanggung risiko untuk membiarkan semua itu terjadi, baiklah aku mengambil langkah awal.  Nasihat kawan aku tadi.  Beria-ia.  Bersungguh-sungguh.


Jadi kata-katanya aku simpan dalam hati saja.  Bukan terasa.  Cuma simpan di sudut hati yang paling dalam.  Dan bibik yang nak mai tu kami serahkan bulat-bulat pada ejen.  Soal dia cantik atau tidak, tidak termasuk dalam pertimbangan aku.  Kadang-kadang aku kena fikir logik jugalah, kalau takut tergoda semata-mata, perlukah aku membuat syarat supaya yang datang bekerja nanti biarlah rupanya walau tidak sama tapi hampir-hampir dengan Mak Lampir.  Kalau pun rasa selamat sebab EnWTT mesti tak lalu nak tengok bibik Mak Lampir kami, bagaimana pula dengan anak-anak?  Perlukah aku mengorbankan perasaan mereka dengan hari-hari tengok bibik seiras Mak Lampir demi menjauhkan rasa terancam dalam diri sendiri?  Kalau aku, EnWTT dan semua orang suka tengok benda atau sesuatu yang sesedap mata memandang, bila mai tang anak-anak wajarkah aku korbankan sudut sedap mata memandang daripada pandangan anak-anak semata untuk menyedapkan hati sendiri ?  Jawapannya tidak.


Kerana aku percaya,  kalau aku takut dengan EnWTT yang mungkin akan tergoda dengan kecantikan perempuan-perempuan lain maka terpaksalah aku menaruh rasa curiga dan syak wasangka sampai akhir hayat aku kerana punyalah ramai wanita-wanita cantik di luar sana yang sentiasa ada di mana-mana.  Rakan-rakan sepejabatnya, yang berurusan dengannya pastilah ada yang cantik yang lawa, yang manja-manja.  Laratkah aku nak telek yang mana satu lawa atau tidak. Atau perlukah letak syarat dengan EnWTT, hari ni pergi pejabat awak jangan bercakap dengan rakan-rakan pejabat atau client-client  awak yang lawa-lawa, yang mekap macam artis atau yang pakai baju ketat nampak berbayang renda bra dan boleh teka sekali cup bra size apa atau pakai kemeja ketat kancing ternganga boleh lihat warna bra tanpa perlu susah payah.  Kalau macam tu sekali, aku rasa biarlah EnWTT berhenti kerja duduk rumah saja jadi surirumahtangga.  Tak perlu amik bibik, tak perlu aku dok pikir dia nak pi kerja tengok perempuan lawa-lawa.   Kalau sampai ke tahap tu punya rasa tergugat, aku rasa aku tak akan boleh jadi waras lagi. 


Dan jantan ni pun kalau nak curang, nak menggatal bukan sebab lawa semata-mata.  Sangat mencapah sebab-sebabnya, infiniti.  Seribu macam alasan, sejuta cabang kemiangan.  Aku harap EnWTT bukanlah tergolong dalam jantan-jantan tersebut kerana aku percaya EnWTT masih waras, terpulanglah kepada dia bagaimana dia hendak mengemudi kewarasan dia.  Sehingga apa-apa yang buruk belum terjadi, aku tidak ingin memikirkannya kerana aku tidak ingin mengorbankan sel-sel otak aku untuk berfikir benda-benda yang buruk dan negatif yang belum tentu terjadi.  Aku ingin menikmati saat-saat ini kerana masa depan tidak siapa yang tahu kalau sungguh terjadi sesuatu yang seperti itu di masa depan, kita bukak chapter barulah.  Buat masa sekarang aku tidak ingin mendera emosi aku dengan memikirkan kemungkinan-kemungkinan buruk yang aku sendiri tidak pasti samada ia akan terjadi atau tidak di masa hadapan.


Sekian !

3 comments:

Anonymous said...

cari yg 40an la. kalo tua sgt tak larat pulak buat keje umah + asyik sakit2 pulak. org indon yg muda2 ni kadang masalah gak. sbb nafsu diorg boleh tahan tinggi. tak kira cantik ke tak. tapi majority pandai beli jiwa mcm bibik MIL saya.

sbb dlm umah MIL smua pompuan so bibik tu ok je. tapi bila laki saya datang tgk mak dia kemain mandi wangi siap perfume bagai. siap pulak nak salam cium tgn laki saya time raya. seram pulak dia nak jumpa mak dia sorg2 lepas ni.

Anonymous said...

anonymous : bibik camtu kasi penampar ajer...hahahaha

Laxmi said...

ye naja agree wit u... apa2 pun kita kena tengok laki kita tuh cemana.. kalo bibik muka lawa cun pun laki kita kena pandai guna otak kan.. lain kalo laki jenis tak tahan miang dia too bad la akan fall into bibik's trap.. cam ko cakap kang amik Mak Lampir.. anak2 pun seram nak pi dekat ngan dia.. tu aku 100% stuju ngan ko.. apa2 pun aku tau WTT tu lelaki setia pada ko.. don worry daling :)