Satu petang
yang nyaman. Lepas habis makan malam
pada jam 7.00, Bibik Adey (yang Rasyid panggil Bibik Lofa) cepat-cepat bangun
dari kerusi, menuju ke sinki. Cuci
pinggan yang dia makan. Lepas tu berdiri
tegak di tepi rak pinggan tu. Tiba pula
giliran EnWTT selesai makan, EnWTT cuci
sendiri pinggannya. Lepas tu letak kat
tempat pengering. Pastu tiba giliran
aku, juga basuh pinggan sendiri. Letak
kat rak yang sama diikuti Maksu Jamilah, adik EnWTT habis makan. Sampai kat sinki, dia pun cuci sendiri pinggannya. Lepas itu Rasyid dan Rumaisa, berkejaran di
dapur nak letak pinggan masing-masing dalam sinki sambil berebut-rebut basuh
tangan.
Habis makan masing-masing buat hal
sendiri. Tetiba Bibik Lofa mai kat aku…
“Apa pinggan yang saya bersihkan tidak bisa
memuaskan hati ibu?” soalannya buat aku kehairanan sekejap.
“Ehhh.. kenapa Adey?”
“Saya lihat semua orang dalam rumah ini bersih
sendiri pinggannya bila sudah siap makan.
Saya jadi lagi bertambah risau kalo tidak bisa memuaskan hati ibu dan semua..”
“Ohhhh… jangan bimbang. Semua orang dalam rumah ni kalau makan sudah
biasa basuh sendiri pinggan masing-masing.
Sorang sebijik jer pun. Terkecuali Rasyid dan Rumaisa, mereka masih
kecil tangan tak sampai nak basuh pinggan dalam sinki. Esok bila dah pandai, memang kena basuh
sendiri jugak”.
“Di Malaysia ini memang begitu ya ?” tanyanya
lagi.
“Taktau leh pulak saya dalam Malaysia ni semua
rakyatnya cuci sendiri pinggan masing-masing atau tidak. Tapi dalam rumah ni, sangat-sangat
digalakkan. Cuci pinggan jer bik, bukan
cuci jamban nak kena tonyoh bagai’.
“Beda banget di tempat saya. Bila semua ngumpul makan, seorang saja yang akhirnya akan cuci pinggan
untuk keseluruhan..”.
“Kalau gitu mampoihhhh la’.
“Oh tidak apa-apa , saya lagi mampu kalau disuruh
cuci semuanya di sini,”.
“Bukan mampu ler Adey, mampoihhhhhhhhhh !
“Ya.. ya.. ya,’ kata Adey mengangguk faham.
Di petang yang
lain. Juga lepas makan.
“Ibu, pinggannya ! Ibu usah mampoihhhhh.. sekali
sekala biar aja saya yang buat.”
“Haaa?”
“Iya mampoihhhhh.. maksud ibu mampoihhh itu basuh sendiri pinggannya kan? “ katanya penuh
yakin.
Tetiba rasa kesian plak kat diri
sendiri, nasib baik tak suruh pergi mampoihhh.
Aduihhhh…
5 comments:
Hahaha, lain padang lain belalang. Loghat kedah vs bahasa indon. Klu bahasa melayu biasa tak byk beza dgn bahasa indon sbb bahasa melayu byk menirupakai bahasa indon dan bahasa inggeris. Apa2 pun aku mmg terhibur dgn setiap cerita hang Naja. Best, mmg tertunggu2 hang update.
hahahhaha.. sadis tul.. mampoih! bahser baru utk aktiviti mencuci pinggan sendiri.. wakkakakkak.. (aku dah gelak guling2 dah weih)
Haha... Mmg lawak la..
Shima - Sebab dok vs2 loghat ni yg leh timbul mcm2 insiden hehehe.
Lax - Tu la kan, lepas ni basuh pinggan teringat mampoihhh jer kehkehkeh
Fizah - Lawak jugak bila dikenang2. :)
kelako kelako...
Post a Comment