Thursday, November 29, 2012

E.V.O.O Bahagian 2





Kali ini aku ingin bercerita lagi mengenai EVOO.  Seperti biasa EVOO ialah ringkasan untuk Extra Virgin Olive Oil, bukan Mitsubhishi EVO ya anak-anak.  Untuk entry kali ni aku bukan nak cerita berapa kilogram dah berat badan aku hilang sejak mengamalkan EVOO kerana selepas hilang enam kilogram masa sesi awal hari tu, berat aku macam stuck kat situ berapa bulan dah pastu yang terakhir timbang 2 bulan selepas tu, turun lagi sekilogram.  Purata kehilangan berat badan adalah sebanyak 7 kilogram saja.  Memang jenis gemuk degil, lemak-lemak yang tak reti kata dan tak makan diajar.  Mak pasrah sebab tak pergi bersenampun.  Dok harap minum EVOO semata-mata.  Tapi manfaat lain yang diperolehi bukan sedikit.  Jadi aku teruskan meminum EVOO untuk manfaat-manfaatnya yang lain itu di samping menyimpan harapan boleh turun lagi beberapa kilo.  Yang penting jangan berputus asa.


Selain daripada faedah-faedah yang aku tulis dalam entry sebelum ni mengenai EVOO tu, satu benda yang aku perasan semasa mengambil EVOO ialah tahap alah kepada kafein aku menjadi zero.  Sebelum ni kalau aku minum Nescaffe, rasanya mau dua hari bulat jer mata tak boleh  tidoq.  Kalau time balik kampung, nak minum kopi kampung mak mertua aku punyer ‘handmade’ pun teragak-agak sebab akan memberi kesan yang sama.  Dan aku jenis yang susah tidur malam.  Dulu paling awal aku masuk tidur jam 12 tengah malam, terlentang dalam gelap berangan sampai ke sistem cakerawala mana barulah terlelap.  Masalah tu dah takdak lagi sejak-sejak mengambil EVOO.  Pukul 9 malam letak kepala, kul 9.01 minit dah terlelap.  Kalau jam 10 malam masuk tidoq, jam 10 jugaklah lenanya.  Tapi bukan masuk tidoq sebab mengantuk ya, ni masuk tidoq sebab memang nak tidoq.  Tak perlu nak tunggu menguap huwarghhh huwarghhh sepuluh round baru nak masuk tidoq.  Pendek kata jam biologi anda sudah kembali normal.  Wahhhh gitu !


Tapi, ada tapinya pulak… sekitar Mei 2012 hari tu, aku diserang batuk.  Batuk berpanjangan dari sebulan melarat ke berbulan-bulan.  Jadi aku stop ambil EVOO sekejap.  Akupun tak tahu apa rasionalnya aku berhenti minum EVOO melainkan dengan kepercayaan aku sendiri, minum EVOO menyebabkan panas.  Panas akan menyebabkan aku batuk sebab aku memang jenis kalo cuaca panas-panas aku akan diserang batuk, badan panas pun batuk jugak.  Kalo sejuk macam dok dalam esbok tu ok pulak, mak sihat walafiat. Dan memang betul minum EVOO akan menyebabkan badan sedikit rasa berbahang dan cepat berpeluh.  Aku rasa EVOO tengah bekerja membakar lemak-lemak degil kot.  Aku batuk sepanjang tiga bulan, maka tiga bulanlah aku tak ambil EVOO sampailah bulan puasa hari tu.  Batuk plak menjadi-jadi sampai aku kena gi x-ray paru-paru, doktor  syak aku kena batu kering pulak.  Keputusan x-ray menidakkan syak wasangka doktor.  Alhamdulillah, cuak jugak aku dengar pada awalnya.


Dan setelah sekian lama berhenti, akhirnya bermula seminggu yang lepas aku ambil balik EVOO.  Aku ambil EVOO setelah lepas trimester pertama mengandung.  Alhamdulillah badan rasa sihat, bertenaga dan kurang alahan.  Mengambil EVOO juga mengurangkan gelap di kulit muka dan leher dan juga mengurangkan lingkaran panda di mata.  Stretch marks pun  belum terjadi.  Yang penting memulihkan sistem pemprosesan sisa kumbahan dalam badan..  Tapi bila mengandung, berat badan naik baliklah.  Sejak dari awal kandungan hinggalah nak masuk lima bulan ni, berat aku dah bertambah hampir empat kilogram.  Tak mustahil di akhir trimester nanti aku akan kelihatan seperti seekor penguin yang berjalan.  Tapi itu tidak mengapa, tidak menjadi isu penting buat mak pada masa ini.  Apa yang penting ialah tubuh badan segar bugar dan bebas daripada alahan.


Dan untuk sesi kali ini, sudah bertambah teman EVOO ku di rumah sejak seminggu yang lalu.  Aku menyarankan kepada Bibik Adey untuk ambil EVOO sebagai minuman kesihatan.  Maka botol satu liter EVOO bertajuk Colavita itu sekarang kami kongsi berdua.  Semalam Bibik Adey bagitau aku dia sudah nampak perubahan pada kuku-kukunya yang rapuh dan pecah-pecah sebelum ini.  Struktur kukunya menjadi kuat dan bersinar-sinar.  Baguslah kalau macam tu, bolehlah diteruskan untuk mendapat manfaat yang lain pulak.  


Lagipun masih ada lagi stok EVOO dalam botol satu liter dengan botol 250ml untuk dihabiskan.  Aku beli borong masa Krismas tahun lepas.  Harga asal untuk seliter EVOO bertajuk Colavita ialah 39.90 tetapi sempena promosi Krismas di Carrefour (yang sekarang sudah bertukar menjadi AEON-Big) pada masa itu, harganya RM32.90 sahaja dengan percuma sebotol kecil Colavita 250mlm itu.   Jadi aku beli 6 botol kesemuanya.  Satu botol aku bagi pada emak aku.  Satu botol lagi untuk seorang kawan yang ingin mendapat manfaatnya tapi tidak mampu membeli kerana katanya sebotol EVOO itu nilainya sama seperti wang saku untuk dua orang anaknya ke sekolah selama dua minggu.  Aku niatkan ia sebagai amal jariah, amal jariah dalam bentuk EVOO. Hehhh kejadahan apakah yang sedang berlaku ini, amal jariah pun nak cerita kat orang.. sungguh tak ikhlas namanya tu.  Kehkehkeh !


Sehingga itu, sekian dulu untuk kali ini. 

No comments: