Thursday, February 28, 2013

Kerinting




Hari tu aku potong rambut Rumaisa pendek.. sebab adik potong, dia pun nak jugak potong.  Hilang kerinting-kerinting.  Aku ingat tak jadi dah macam tu.. tapi lepas dan panjang balik ni.  Dapat balik bentuk asal rambut dia…

Tu je nak habaq.. sekian !

Friday, February 22, 2013

Perihal makan dan babi..



Besa tak dengaq orang makan mengeluarkan bunyi  cip cap cip cap… aku tak tau bahasa rasmi apa nak panggil keadaan tu.  Makan berkecap ?  Faham kot..


Kecik-kecik dulu dalam lingkungan umur-umur di sekolah rendah, zaman awal kanak-kanak.  Kalau makan berbunyi macam tu mak aku memang tegur la dengan berhemah.  Tutup mulut bila makan, makan pelan-pelan.  Tak baik ada bunyi-bunyi macam tu, katanya.  Tu mak aku.  Apa yang dia cuba sampaikan selalunya berlapik, berkias.  Dan dengan umur-umur aku macam tu, buleh kata banyak benda yang dia cuba sampaikan dengan berlapik dan berkias ni selalunya mesej yang dia nak sampaikan di sebalik lapik dan kias tu memang takkan sampai kat aku.  Dasarrr.. heh heh heh !


Lain pula dengan aruah tokwan aku.  Kalau depan aruah tokwan aku, makan bunyi berkecap-kecap macam tu dia pun akan larang, bukan tak larang.  Tapi aruah tokwan aku ni jenis penyampaian dia takdak kias-kias dan lapik bagai.  Selalunya ayat pertama dia “Makan jangan berbunyi !”.  Keras.   Ya, aruah tokwan aku tu garang orangnya.  Tapi budak-budak macam aku, kalau larang mesti ada sebab dan musababnya mengapa dan kenapa ?  Jadinya akan ada sesi-sesi ulangan makan bunyi berkecap-kecap tuh.  Bila dia larang sekali lagi barulah berani nak tanya kenapa.  Sebab bagi akulah pada masa tu kalo dia larang sekali, kali kedua tak larang dah maknanya benda tu kira boleh dimaafkanlah.  Tapi kalo ada larangan susulan selepas itu, maknanya memang tak boleh. 

“Pasal apa tokwan ?”

Dah kata aruah tokwan aku ni bukan jenis macam mak aku, nak cakap berlapik berkias pantun segala. Jawapannya mestilah lari jauh dari skema jawapan mak aku.

“Hat makan berbunyi ni macam babi dalam kebun !”


Walaupun terkejut, tak sangka dan tak menjangka itu jawapan aruah tokwan aku, tapi jawapan itu berjaya membuatkan aku menutup mulut dan mengelak dari makan bunyi berkecap-kecap hinggalah dewasa.  Walaupun sepanjang nak dewasa tu bermacam persoalan bermain di kepala.  Ye lah aruah tokwan tu, besa ka dia dok tunggu babi makan.  Kalau aku sumpahlah tak pernah, masa tu nak tengok babi punyalah  payah, sesekali kalau mengayuh basikal ke sekolah tetiba terserempak dengan sekawan babi melintas jalan itu yang jadi eksaited lain macam, ha ni kan pulak nak dengar bunyi babi makan macam mana kan..   Tambah pulak orang dulu-dulu memang kaya dengan pantang larangnya.  Jangan lambung kain petang-petang, nanti harimau masuk kampong.  Jangan kerat kuku malam-malam nanti mak mati.  Bawak galah kena angkat betui-betui, jangan main heret-heret je nanti ular mengikut.  Banyak sangatlah pendek kata.  Tinggal lagi antara nak ikut dengan tak ikut saja. 


Tapi dalam banyak-banyak tu, yang makan bunyi berkecap tu la yang paling memberi kesan.  Dari kecik sampai dewasa tertanya-tanya, akhirnya aku mendapat jawapan yang pasti dan jitu sekali.  Gara-gara pergi melawat Zoo Taiping waktu malam dua tahun lepas.   Malam-malam cahaya pun samar-samar.  Banyak binatang yang super melembab time ni walaupun katanya zoo malam lebih eksaited sebab banyak binatang aktif di waktu malam.  Ntah mengapa time aku pi tu semua binatang macam dah bersantai tergolek telentang semua ada.  Macam kecewa pun ada sehinggalah tetiba lalu satu lori yang bawak daun-daun untuk binatang ni.  Jadi aku dan beberapa kawan tadi pun mengekor la lori tu sampai ke satu kandang.  Ingatkan untuk lembu, rupa-rupanya makanan tadi untuk sekawan babi.  Okey dah nak tengok binatang lain semua tak nampak jelas dalam suram-suram malam tu maka aku dan kawan-kawan aku ni memutuskan untuk tunggu tengok sekejap babi-babi ni makan.


Ada dua kandang babi, dekat-dekat letaknya tapi berlainan jenis babi.  Satu babi hutan yang hitam-hitam gemuk pendek tu.  Satu lagi babi  jongkit ? Ntahla tak berapa pasti namanya tapi memang tak lari jauh la jongkit-jongkit tu.  Babi jongkit ni lebih cerah dari babi hutan, bulunya macam kekuning-kuningan.  Muncungnya lebih mancung panjang dan kat muka ada macam bulu-bulu sikit, jambang ?  Oh, babi jongkit ni kalo dalam bahasa omputihnyer bearded pig.  Harap-harap faham la apa yang cuba aku sampaikan nih, akupun tak reti nak explain cemana, memang cetek lagi ilmu kebabian aku nih.  Kahkahkah ! 


Dan masa ni lah terlintas balik cakap-cakap tokwan aku dulu,  memang sebijik wei.. makan bunyi berkecap-kecap tu memang sebijik bunyi macam babi makan. Cap cap cap.. cip cap cip cap.. cap cap cap…  OMG !  Rasa macam nak pi kat kubur tokwan aku tu nak bermonolog dengan dia.. maafkanlah cucumu ini kerana selalu membangkang itu dan ini, betuila apa tokwan kata pasai makan berkecap tu sebijik macam babi.  Al Fatihah untuk beliau.  Dan akupun, bila makan kat mana tetiba terdengar orang dok makan bunyi kecap-kecip tu rasa macam dalam hati nak pi tegur.  Tapi yer lah nak cakap apa, takkan nak cakap “Awak makan bunyi macam babi la…” harus berlaku pertembungan di situ, kalaupun tidak pertumpahan darah.. mungkin pinggan mangkuk sudu garpu berterbangan.  Maka apa yang mampu dibuat hanya beristighfar di dalam hati sajalah layaknya.

Ha gigih-gigih menggoogled, akhirnya terjumpa jugak gambar babi jongkit ni..  silakan tengok.  Dua-dua aku letak, babi jongkit dan babi utan sebagai perbezaan. Tapipun tu la, letak la nama apapun, hakikatnya mereka tetaplah jugak babi.  NGW plak dah entry mak kali ni..

Babi jongkit/ bearded pig

Babi hutan

Friday, February 8, 2013

Poskad-poskad Cinta



Hari tu kat Ho Chi Minh masa aku mengikuti trip City Tour seharian yang kami (aku dgn Umie) bayar sorang USD15, salah satu agenda lawatan ialah ke Muzium Peringatan Perang.  Muzium yang mendokumenkan tinggalan Perang Vietnam dengan Amerika sekitar tahun 1957 sehingga 1975. Kami menghabiskan masa sekitar 15 minit saja dalam muzium walaupun diberi masa sehingga sejam, kerana tidak mahu mendera emosi masing-masing.  Cukuplah sikit gambaran mengenai perang antara Vietnam dan Amerika itu yang kami tengok kerana tadak satupun yang boleh membuat kami tersenyum kaedahnya.

Keluar dari muzium tu, kami beli beberapa keping poskad untuk suami dan anak-anak.  Aku beli 5 keping poskad.  Satu untuk EnWTT, dua untuk anak-anak dan satu lagi untuk bibik.  Begitu juga dengan Umie.  Jadinya selepas menulis dengan penuh semangat sementara menunggu masa untuk pi ke pejabat pos di tengah Bandar Ho Chi Minh tu, sempatlah siap poskad-poskad kami ditulis dan ditampal setem lalu dipos dengan hati senang lenang.  Tarikh aku pos ialah 26.1.2013.  Dengan harapan sebelum kami sampai balik ke Malaysia maka poskad-poskad tersebut sudah sampai ke tangan penerimanya.  Nak surprise konon.

Tapipun selepas seminggu genap aku sampai balik ke Putrajaya ni, barulah  dua hari lepas (Rabu) bila aku sampai di rumah, EnWTT pun habaq dia sudah terima poskad Vietnam aku tu, termasuk la anak-anak dan bibik.  Lembab sungguh, nak surprise celah mana kaedahnya.  Tapi takperla, mujur sampai jugak.. buat tenggelam di Sungai Mekong sana, cemana.. ?

Dan, rupa-rupanya ada satu perasaan yang indah bila si penerima bagitau poskad untuk depa dah sampai.  Rasa bahagia.  Kalau nak tau perasaan bahagia yang macam mana, silalah try hantar poskad untuk orang-orang terdekat bila anda di pearantauan.   Tetiba rasa isteri mithali sangat.  Ko mampu tulis poskad sekeping pos kat laki,  pastu terus rasa ala-ala isteri mithali darjah tertinggi ? Serious, aku mampu ! Jangan nak poyo sangat buleh ? Kekekeke

Okeylah, jangan diteruskan repekan ablasa itu.  Mai tengok poskad Vietnam yang lawa-lawa ini.  Untuk EnWTT tu, aku ada la tanyakan pada si Stifler, kami nyer tour guide pada hari kejadian cemana nak tulis I lap u dalam bahasa Vietnam.  Siapa lagi kau nak lap-lap kalo bukan suami sendiri ? Dia pun sukarela tolong tulis kat atas poskad untuk EnWTT tu dan siap tambah lagi ayat.. I love you more than I can say.  Yang tak tahan ada tambah hihi kat belakang.  Gelak miang la kot ya ? Lantakkan di sana.  Nasib baik aku dok Vietnam, kalo Stifler ni tour guide kat Malaysia harus aku sapokbiki kan beliau  bertubi-tubi.  Kasik rosak poskad mak saja.  Tapi, oh ada la tapinya.  Harusla kalau tak tulispun mak sayang laki mak sendiri kan.. sayang yang bukan sekadar I lap u, u lap me then we kering together-gether.  Auuwwwww.

Gambar menarik di poskad-poskad yang terbabit dalam kejadian ini.

Kata-kata untuk mereka dan keluarga mereka yang ditinggalkan.
Buktinyer.. tu ada cop Saigon. Hehehe