Besa tak dengaq orang makan mengeluarkan
bunyi cip cap cip cap… aku tak tau
bahasa rasmi apa nak panggil keadaan tu.
Makan berkecap ? Faham kot..
Kecik-kecik dulu dalam lingkungan
umur-umur di sekolah rendah, zaman awal kanak-kanak. Kalau makan berbunyi macam tu mak aku memang
tegur la dengan berhemah. Tutup mulut
bila makan, makan pelan-pelan. Tak baik
ada bunyi-bunyi macam tu, katanya. Tu
mak aku. Apa yang dia cuba sampaikan
selalunya berlapik, berkias. Dan dengan
umur-umur aku macam tu, buleh kata banyak benda yang dia cuba sampaikan dengan
berlapik dan berkias ni selalunya mesej yang dia nak sampaikan di sebalik lapik
dan kias tu memang takkan sampai kat aku. Dasarrr.. heh heh heh !
Lain pula dengan aruah tokwan aku. Kalau depan aruah tokwan aku, makan bunyi
berkecap-kecap macam tu dia pun akan larang, bukan tak larang. Tapi aruah tokwan aku ni jenis penyampaian
dia takdak kias-kias dan lapik bagai. Selalunya
ayat pertama dia “Makan jangan berbunyi !”.
Keras. Ya, aruah tokwan aku tu
garang orangnya. Tapi budak-budak macam
aku, kalau larang mesti ada sebab dan musababnya mengapa dan kenapa ? Jadinya akan ada sesi-sesi ulangan makan
bunyi berkecap-kecap tuh. Bila dia
larang sekali lagi barulah berani nak tanya kenapa. Sebab bagi akulah pada masa tu kalo dia
larang sekali, kali kedua tak larang dah maknanya benda tu kira boleh
dimaafkanlah. Tapi kalo ada larangan
susulan selepas itu, maknanya memang tak boleh.
“Pasal apa tokwan ?”
Dah kata aruah tokwan aku ni bukan jenis
macam mak aku, nak cakap berlapik berkias pantun segala. Jawapannya mestilah
lari jauh dari skema jawapan mak aku.
“Hat makan
berbunyi ni macam babi dalam kebun !”
Walaupun terkejut, tak sangka dan tak
menjangka itu jawapan aruah tokwan aku, tapi jawapan itu berjaya membuatkan aku
menutup mulut dan mengelak dari makan bunyi berkecap-kecap hinggalah
dewasa. Walaupun sepanjang nak dewasa tu
bermacam persoalan bermain di kepala. Ye
lah aruah tokwan tu, besa ka dia dok tunggu babi makan. Kalau aku sumpahlah tak pernah, masa tu nak tengok
babi punyalah payah, sesekali kalau
mengayuh basikal ke sekolah tetiba terserempak dengan sekawan babi melintas
jalan itu yang jadi eksaited lain macam, ha ni kan pulak nak dengar bunyi babi
makan macam mana kan.. Tambah pulak
orang dulu-dulu memang kaya dengan pantang larangnya. Jangan lambung kain petang-petang, nanti
harimau masuk kampong. Jangan kerat kuku
malam-malam nanti mak mati. Bawak galah
kena angkat betui-betui, jangan main heret-heret je nanti ular mengikut. Banyak sangatlah pendek kata. Tinggal lagi antara nak ikut dengan tak ikut
saja.
Tapi dalam banyak-banyak tu, yang makan
bunyi berkecap tu la yang paling memberi kesan.
Dari kecik sampai dewasa tertanya-tanya, akhirnya aku mendapat jawapan
yang pasti dan jitu sekali. Gara-gara
pergi melawat Zoo Taiping waktu malam dua tahun lepas. Malam-malam cahaya pun samar-samar. Banyak binatang yang super melembab time ni
walaupun katanya zoo malam lebih eksaited sebab banyak binatang aktif di waktu
malam. Ntah mengapa time aku pi tu semua
binatang macam dah bersantai tergolek telentang semua ada. Macam kecewa pun ada sehinggalah tetiba lalu
satu lori yang bawak daun-daun untuk binatang ni. Jadi aku dan beberapa kawan tadi pun mengekor
la lori tu sampai ke satu kandang.
Ingatkan untuk lembu, rupa-rupanya makanan tadi untuk sekawan babi. Okey dah nak tengok binatang lain semua tak nampak
jelas dalam suram-suram malam tu maka aku dan kawan-kawan aku ni memutuskan
untuk tunggu tengok sekejap babi-babi ni makan.
Ada dua kandang babi, dekat-dekat
letaknya tapi berlainan jenis babi. Satu
babi hutan yang hitam-hitam gemuk pendek tu.
Satu lagi babi jongkit ? Ntahla
tak berapa pasti namanya tapi memang tak lari jauh la jongkit-jongkit tu. Babi jongkit ni lebih cerah dari babi hutan,
bulunya macam kekuning-kuningan.
Muncungnya lebih mancung panjang dan kat muka ada macam bulu-bulu sikit,
jambang ? Oh, babi jongkit ni kalo dalam
bahasa omputihnyer bearded pig. Harap-harap faham la apa yang cuba aku
sampaikan nih, akupun tak reti nak explain cemana, memang cetek lagi ilmu
kebabian aku nih. Kahkahkah !
Dan masa ni lah terlintas balik
cakap-cakap tokwan aku dulu, memang
sebijik wei.. makan bunyi berkecap-kecap tu memang sebijik bunyi macam babi makan.
Cap cap cap.. cip cap cip cap.. cap cap cap…
OMG ! Rasa macam nak pi kat kubur
tokwan aku tu nak bermonolog dengan dia.. maafkanlah cucumu ini kerana selalu
membangkang itu dan ini, betuila apa tokwan kata pasai makan berkecap tu
sebijik macam babi. Al Fatihah untuk
beliau. Dan akupun, bila makan kat mana
tetiba terdengar orang dok makan bunyi kecap-kecip tu rasa macam dalam hati nak
pi tegur. Tapi yer lah nak cakap apa,
takkan nak cakap “Awak makan bunyi macam babi la…” harus berlaku pertembungan
di situ, kalaupun tidak pertumpahan darah.. mungkin pinggan mangkuk sudu garpu
berterbangan. Maka apa yang mampu dibuat
hanya beristighfar di dalam hati sajalah layaknya.
Ha gigih-gigih menggoogled, akhirnya
terjumpa jugak gambar babi jongkit ni..
silakan tengok. Dua-dua aku
letak, babi jongkit dan babi utan sebagai perbezaan. Tapipun tu la, letak la nama apapun, hakikatnya mereka tetaplah jugak babi. NGW
plak dah entry mak kali ni..
Babi jongkit/ bearded pig |
Babi hutan |
5 comments:
Tok aku kata bunyi macam babi kunyah batang pisang.
Tp kalau terliuq sangat merambu ayaq lioq time makan wajib berkecap jugak kahkah
Jongkit ni.. dia kunyah batang apapun rasanya bunyi memang macam tu.. hew hew hew !
agak menjengkelkan bila dgr duk mkn cip cap cip cap nih... nk tegur kang takut kena pang lak...ehehehhee
Sampai skrg aku lrg anak anak aku mkn bkecap...bkicap takper..uhuhu - k.na
babi tunggal la kot yang dipanggil babi jongkit tu...
Post a Comment